Muzium yang sesuai dikunjungi tidak kira peringkat umur. Dan boleh menjadi antara destinasi bajet yang harus anda lawati jika ke negeri Pulau Pinang (Penang). Anak-anak pasti akan seronok berada di muzium ini. Ikuti kisah saya ketika berkesempatan melawat muzium ini buat kali ketiga di lokasi yang baru!
Toy Museum Heritage Garden Penang
Muzium ini asalnya terletak di Jalan Tanjung Bungah, berdekatan sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Ketika di lokasi lama, saya dan keluarga telah berkunjung sebanyak 2 kali untuk melihat segala koleksi mainan yang ada.Jika anda kurang arif dengan jalan di Teluk Bahang, anda mungkin tidak menyangka bahawa terdapat sebuah muzium mainan terbesar di dunia ini yang lokasinya agak tersorok.
Peta Lokasi Toy Museum Heritage Garden, Penang
Koleksi mainan yang tersimpan di muzium ini terdiri daripada figura layar perak, permainan komputer, permainan konsol, malah daripada filem-filem terkenal dari Hollywood, termasuk dari Asia seperti anime Jepun.
Tiket Masuk:
Harga istimewa jika datang dalam rombongan dan kumpulan besar.
- Dewasa - RM15
- Kanak-Kanak - RM10
Saya dan keluarga mengambil masa lebih daripada sejam untuk 'menggelidah' dan melihat segala koleksi mainan terhebat, terkenal dan popular di dalam muzium ini. Terdapat lebih daripada 120,000 mainan yang dipamerkan di sini; jadi tidak hairanlah ia berjaya berada di dalam The Malaysia Book of Records.
Apabila masuk ke dalam ruang dewan yang menempatkan mainan ini, saya terus terimbau zaman kanak-kanak saya ketika menetap di Sarawak dan Pahang. Nostalgia betul bila melihat figura Marine Boy, Mobidick, Silverhawks, kenderaan The Masks, Gundam dan macam-macam lagi.
Serius, andai anda ke sini ... pasti ia akan membawa kembali emosi, rasa, jiwa kanak-kanak anda dalam diri... hatta usia anda ketika ini sudah mencecah 50 tahun!
Wah menarik menarik ni..Teluk Bahang memang ada mcm2 tempat menarik kan..
ReplyDeletePenang salah 1 tempat yang Alycia jarang pergi...
ReplyDeleteAnak Mrs. A baru je gi rombangan seoklah ke Penang tapi mereka tak pi sini pun :-(
ReplyDeletePenah sampai toy museum..skali jek...takde patung2 yang open bleh gambar ker tn HH? Sib baik aa harga masih sama macam dolu2 gak...ingat nak repeat aa cuti sekolah nie..bleh roger2 tn HH jadi guider... :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.