Zakat hanya dikenakan kepada umat Islam dan ianya wajib ditunaikan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditentukan oleh syarak. Bukan semua umat Islam itu 'layak' secara fizikalnya. Namun, setiap umat Islam perlu ada niat untuk membayar zakat. Paling penting kena tahu samada syarat dipenuhi atau tidak.
Zakat dari sudut bahasa ialah suci, bersih dan bertambah. Zakat dari sudut istilah ialah mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu kepada asnaf yang berhak dengan syarat-syarat yang tertentu.
Bayar Zakat Dah Dipermudah
8 Cabang Zakat Harta
Zakat harta ini ada cabang-cabangnya iaitu:- Zakat pendapatan
- Zakat wang simpanan
- Zakat emas dan perak
- Zakat perniagaan
- Zakat saham
- Zakat pertanian
- Zakat ternakan
- Zakat KWSP
Takrifan Asnaf
Takrifan asnaf yang layak ini adalah seperti berikut; seperti yang dirujuk menerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP:Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.Amil
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.Muallaf
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :Al-Riqab
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.Al-Gharimin
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.Fisabillah
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.Ibnu Sabil
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantua...
...
Salah satu agensi yang bertanggungjawab mengutip dan menguruskan wang zakat ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Mereka telah bertindak dengan proaktif untuk memudahkan umat Islam khususnya yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk menunaikan tuntutan agama ini.
6 Cara Memudahkan Bayar Zakat
- Menerusi laman web Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang boleh diakses menerusi pautan - www.zakat.com.my
- Aplikasi iZakat yang boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan App Store.
- Kaunter-kaunter zakat yang terletak di beberapa lokasi tumpuan iaitu Masjid Negara, Wisma PPZ Taman Shamelin, Wangsa Maju, Presint 9 Putrajaya, Presint Diplomatik Putrajaya, Masjid At-Taqwa TTDI, Masjid Abdul Rahman Auf Puchong, Masjid Imam Al Ghazali Kepong, UTC Pudu Sentral, Bangunan Daruzzakah Kampung Baru KL, Labuan Time Square.
- Pembayaran menerusi 13 perbankan internet
- Skim potongan gaji
- Kaunter zakat van bergerak PPZ MAIWP
[Rujukan] Agihan Zakat oleh MAIWP - Agihan Zakat Menerusi 28 Skim
Mereka mengagihkan wang zakat yang telah dipungut menerusi 28 skim bantuan yang bersifat jangka pendek dan juga jangkamasa panjang. Ia selaras untuk memastikan ekonomi, kehidupan sara diri umat Islam terutama golongan 8 asnaf terpelihara dan dilindungi. Dan kepada Allah S.W.T kita berserah agar semuanya diterima dan diberkati, in Sha Allah.
Kempen Zakat Online Sempena Maulidur Rasul
Sebagai langkah bagi menggalakkan lebih ramai umat Islam sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengeluarkan 2.5 peratus dari harta layak dizakatkan, pihak MAIWP telah melancarkan satu kempen - Kempen Zakat Online sempena Maulidur Rasul 2015. Kempen ini telah bermula sejak 15 Disember 2015 dan akan berakhir pada jam 9:00 malam 31 Disember 2015.Untuk info dan keterangan, serta mungkin mencari jawapan untuk sebarang persoalan, anda boleh merujuk kepada pautan-pautan di bawah ini:
Website Pusat Pungutan Zakat: www.zakat.com.my
Website MAIWP (Agihan Zakat) : www.maiwp.gov.my
Facebook PPZ MAIWP: www.facebook.com/myzakat
Facebook Baitumal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp
Pusat Panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.