Ikan Kerapu Harimau adalah jenis ikan kerapu yang lambat membesar, berbanding dengan ikan kerapu jenis lain. Ia merupakan antara jenis ikan kerapu yang banyak diternak di Malaysia, termasuklah Kerapu Hibrid, serta Kertang.
Harga Ikan Kerapu Harimau
Sebenarnya harga ikan kerapu terutama spesies Kerapu Harimau ini adalah bergantung dengan penawaran dan permintaan. Memandangkan ia spesies yang lambat membesar, maka harganya sedikit mahal daripada jenis kerapu yang lain. Sebab itulah, ikan jenis ini banyaknya diimport ke luar negara dan dihidangkan di restoran makanan laut yang mewah.Jenis Ikan Kerapu Dijual Di Pasar
Saya selalu membeli ikan kerapu tatkala musim ia banyak berada di pasaran. Harga ikan kerapu biasa yang dijual di pasar boleh jatuh sehingga RM11-15 sekilogram ikut saiz dan jenis, tetapi bukan jenis Kerapu Hairmau ni ye ... Spesies ikan kerapu yang biasa kita nampak di pasar tu adalah dari jenis Kerapu Pinang (berbintik oren kecil di badan), Kerapu Belang, Kerapu Botol dan juga Kerapu Bara (warna merah menyala).Harga Ikan Kerapu Paling Mahal
Gambar di bawah ini adalah spesies Ikan Kerapu Tikus atau Humpback Grouper (Chromileptes altivelis).. ikan kerapu ini adalah diketahui mempunyai nilai tinggi dan berharga mahal di pasaran. Pada kaki pancing, anda boleh lihat bentuk ikan kerapu ini seperti Ikan Siakap ..cuma beza pada corak di badan dan juga bentuk sirip. Andailah ada dijual di restoran, cuba tanya harga dia .. nanti boleh tercekik dibuatnya semata-mata tahu harga sekilogram ikan kerapu jenis ini... haha.Harga Ikan Kerapu Harimau terutama yang ditangkap liar oleh nelayan memang mahal. Ikan ini kategori laut dalam, dan memang susah nak mendapatkannya kerana habitatnya di terumbu karang. Di Malaysia, mana-mana perairan yang ada terumbu karang, akan jumpa spesies ikan ni ... itu sebab saya akan ke Rockbund Fishing Chalet kerana dengar cerita ada ikan kerapu jenis ini sedang menghuni di perairannya.
Namun, harga ikan Kerapu Harimau ini agak murah di sesetengah tempat terutamanya di Sabah. Harganya juga jauh lebih murah kalau ianya diternak dalam sangkar. Nak kata murah sangat tu tidaklah .. tetapi boleh dapat harga dengan beza sebanyak RM10-30 sekilogram (harga pasar).
[Info] Harga Ikan Kerapu Harimau dijual di Pasaraya NSK sekitar RM48.80 sekilogram (gambar di bawah)
Nak makan ikan mahal ni murah-murah sampai muntah .. sila pergi memancing sendiri .. haha... sebab itu yang selalu saya buat ... :P
p.s: Jika orang yang selalu makan ikan segar di restoran makanan laut .. bab harga ni dah kira tahu dah .. hanya mereka yang jarang makan je yang mungkin akan terkejut kalau dapat bil cecah ribu ringgit untuk hampir 10 orang makan.
asalam Sifu HH..ala tak pernah makan ikan begitu ..lagi. beli ikan yang biasa ja..ni ikan mahal. Orang mewah ja dapat beli..namun terbaik gambar ikan cun lawa
ReplyDeleteBeli kerapu murah tu .. kerapu bintik .. err kerapu belang .. dalam RM10 sekilo pun ada jual. Paling tidak pun RM20-25 sekilogram .. sama harga dengan ikan jemuduk, ikan merah ...
DeleteSeekor boleh jatuh dalam beberapa belas ringgit je kalau tak sampai sekilo.
Moralnya jangan nak segan - segan untuk bertanya harga sebelum , membuat pesanan supaya anda tak rasa nak pengsan untuk membuat pembayaran hihihi
ReplyDeleteYe betul tu .. saya kalau makan kat restoran yang ada ikan segar ni .. memang akan tengok harga .. dah tengok .. tanya lagi .. pastu sahkan pula masa timbang ikan .. hoho
Deletelenkali kena tanya dulu.. berapa segram.. main sedap order tunjuk kaya jer.. Tula padah dia..
ReplyDeleteBANkami Blog
Mahal betul harga dia. Saya makan ikan murah aje HH.
ReplyDeleteMemang menarik harga dia. Macam Bro HH kata, baik pancing sendiri.
ReplyDeleteNak masuk restoran ni pun segan..sebab memang harga ikan kerapu yang segar..segar jugak mata memlihat harganya tu..hehe..
ReplyDeleteSalam kalau kerapu hitam berapa 1kg ?
ReplyDeleteKerapu harimau ni kalau saya dapat memang x akan jual,lebih baik saya makan dgn family sebab nak beli memang tak mampu.Alhamdulillah,saya tinggal area Langkawi masih boleh dpt kerapu harimau ni.tidak perlu ke laut dlm sebab saya jalan kaki saja utk mancing kerapu ni.selalu jugak dpt spesis harimau ni,bila org tengok mesti org ingat saya ke laut dlm.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.