Semenjak saya tinggal di Parit Buntar, rasanya sudah 5 kali lokasi Along Char Kue Teow ini berubah. Lokasi yang pertama adalah di hujung sebuah lot kedai, yang sekarang telah diduduki oleh Kedai RM2 (sebelum ini Longwan), kemudiannya berubah ke belakang stesen minyak Petronas.
Setelah beberapa lama beroperasi, Along Char Kue Teow kena pindah lokasi sekali lagi, kali ini di tempat yang sama cuma agak jauh sikit dari lokasi asal. Dan kali ini lebih dekat dengan kawasan perkuburan. Sebab kena pindah lokasi kerana lokasi asal dimajukan menjadi sebuah masjid baru.
Along Char Kue Teow Perlu Cari Lokasi Lebih Baik
Memandangkan lokasi ketiga agak sempit, Along Char Kue Teow berpindah lagi. Kali ini ke satu kawasan yang nampak sangat strategik - di tepi jalan besar berhampiran Kampung Kedah. Disebabkan lokasi ini, Along Char Kue Teow semakin dikenali kerana terletak di jalan utama antara Taiping ke Butterworth. Setiap malam ada sahaja yang berhenti makan di situ.Namun, akibat beberapa masalah ... lokasi terbaru (setakat entri ini ditulis) telah berpindah ke kawasan yang sama cuma kedudukannya lebih ke dalam sedikit, dan lebih jauh dari jalan besar. Ia terletak bersempadanan dengan kawasan perumahan yang baru dibangunkan.
Cuma masalahnya ialah ...
Banyak Nyamuk Sehingga Tengah Makan Pun Hinggap di Hidung
Kawasan tersebut terlalu banyak nyamuk. Nyamuk menjadi musuh utama sehingga pelanggan yang datang terpaksa menaikkan kaki ke kerusi untuk elak nyamuk yang suka benar menyerang kaki. Jumlah nyamuk ini .... memang cukup banyak, sehingga sedang menikmati Char Kue Teow pun dia boleh hinggap di hidung dan berdesing di telinga.Serius. Kalau tidak kerana kesedapan Along Char Kue Teow, tentu ramai dah angkat kaki dah ... Ramai pelanggan sanggup menunggu dengan aksi menampar nyamuk sana sini sebelum hidangan sampai. Malah, ada yang berkelubung kaki untuk elak nyamuk dari menggigit. Jenis nyamuk pula adalah spesies yang halus, dan kalau terkena gigitan memang gatal tak boleh nak digambarkan.
Cadangan Penyelesaian
Mungkin Along Char Kue Teow kena cari lokasi baru yang lebih baik. Tapi, pastinya ia akan libatkan kos. Dah la tempat dan lokasi sekarang sudah dikeluarkan modal agak besar juga - dari pemerhatian. Atau .. cuba lakukan sesuatu untuk selesaikan masalah kawasan banyak nyamuk ini.Apa yang saya lihat, kawasan sekeliling yang penuh dengan semak, dan becak serta terdapat beberapa tinggalan barang pembinaan mungkin menjadi penyebab kenapa terlalu banyak nyamuk di lokasi Along Char Kue Teow. Jadi, kalau boleh ... untuk keselesaan pengunjung dan pelanggan, boleh ikhtiarkan untuk buat gotong royong, atau pembersihan kawasan sekeliling.
Sedap memang sedap, namum lama-lama orang akan lupa akan kesedapan Along Char Kue Teow sebab perlu asyik menampar dan risaukan akan nyamuk dari mengadap serta menikmati hidangan terbaik Along Char Kue Teow.
p.s: Sampai saya tak sempat nak snap gambar char kue teow ... sbb sibuk nak makan, dan sibuk nak tampar nyamuk ..
rasanya boleh mohon tapak dengan majlis perbandaran kot BRO HH..atau sewa lot gerai..
ReplyDeleteSudah tiba masanya Along char kuey teow mencri satu lot kedai dua pintu...lokasi yg sesuai di taman wawasan menghadap jalan besar ataupyn dkt ngan sinpang kfc di kawasan hujung tepi tue... boleh tgk area jitra kwsn dpn yawata..mmg rancak
ReplyDeleteParit Buntar tak jauh dah dengan semanggol. nanti balik kampung boleh la contact bro minum sini... tak pernah try lagi... boleh borak pasal blog... sambil-sambil tampar nyamuk...huhu
ReplyDeleteBaru je balik Semanggol minggu lepas .. hoho .. :) gi Bukit Merah .. main air.
Deletekampung kat semanggol ka? area mana?
ReplyDeletesekarang pergi bukit merah bawak anak main kolam dekat club house jer... murah dan makan pun sodap...
Kedai makanan sedap ceruk mana pun orang sanggup pergi..
ReplyDeleteMungkin kena bersihkan sikit sekitarnya untuk kurangkan nyamuk
Ramai yg x puas hati kenapa bro buka dekat tanjung malim padahal kat rawangkan lebih baik. Lepas dgr penjelesan baru fhm.
ReplyDeleteHuh?? Siapa punya Char Kue Teow?
Deletepening2..ambo tak faham cerita nih...
DeleteIni cerita lain agaknya.
Deletemungkin terbaca entry lain, terkomen di blog lain... kadang-kadang terlalu banyak blogwalkingpun boleh berlaku kes macam ni.
DeleteSiapa yang boleh tolong nie?
ReplyDeletelalu jeee tak pernah singgah ngeh3..
ReplyDeleteslalu makan char kuey teow depan taman pekaka tu jeee..
Kena singgah juga nanti bila sampai sana. Nak merasa sambil tampar nyamuk.
ReplyDeletekalau makanan best, jauh pun takpa,janji redah dan rasa
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.