Haha... saya tak buat cerita, serius ... ia diakui sendiri oleh isteri saya. Rockbund Fishing Chalet memang dibina untuk kaki pancing, tiada tv, wifi pun lemah, menu sarapan pun biasa-biasa, tiada padang golf, tiada kolam renang untuk anak-anak main air, mahupun gym serba lengkap. Malah, ruangan pantri penginapan tiada peti ais untuk sebuah Chalet yang diberikan penarafan 3 bintang.
Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Saya sudah kali kedua ke Rockbund Fishing Chalet ini. Walaupun harga penginapan cecah sehingga RM300 untuk satu malam, ia dianggap berbaloi untuk sesetengah mereka yang memang tegar memancing, tetapi pada masa sama mahu satu tempat penginapan yang selesa, walaupun kemudahan bukan bertaraf sepatutnya.
Pernah seorang pemancing yang menginap di sini mendapat lebih 5 kilo ikan Gelama kerana mudahnya ia memakan umpan. Apatah lagi setiap dua chalet disediakan khas pelantar untuk memancing yang luas dan selesa - siap dengan lampu di waktu malam dan tempat duduk.
Trip memancing kali ini, saya dan anak-anak telah berjaya menaikkan 3 ekor pari Nyiru (Tetuka), seekor Jenahak, dua ekor Kerapu Pisang, seekor Belut, 3 ekor Kerapu Singa dan seekor ketam.
[Nak Tempah] Cari Rockbund Fishing Chalet, dan tempah online menerusi pautan ini - Tawaran Menarik Dengan Diskaun
Kalau anda yang sukakan satu lokasi memancing terbaik, dengan mempunyai kemudahan penginapan tilam empuk, berhawa dingin, bilik yang selesa ... maka bolehlah tinggal di Rockbund ini... :)
Klu husband sye ni, pasti suka..
ReplyDeleteHah .. apalagi, ajaklah husband pergi sini. Sesuai ntuk honeymoon sebb sunyi, damai, dan asyik ... :)
Deletesalam...boleh memasak x di sana
ReplyDeleteBoleh memasak di luar kabin, kena minta kebenaran dulu, dan pihak mereka akan sediakan peralatan tetapi disewa.
DeleteAssalam tuan. Umpan tuan bawa dari rumah atau beli di sana?
ReplyDeleteSaya beli kat Kg Setiawan .. :)
DeletePakai umpan apa mancing kat situ?
ReplyDeleteElok pakai udang hidup. Tapi kalau tak ada, udang mati tapi fresh buang kulit pun boleh. Nak pancing spesies lagi best, boleh gunakan anak belanak, dan sotong fresh.
DeleteBoleh refer pada artikel yang lain .. saya ada sebut tempat dan cara nak dapatkan umpan, terutama udang hidup.
Deleteas'kum,
ReplyDeletepelantar kabin mana yang selalu dapat ikan tuan??
Ok. Kalau daripada pengalaman saya ke sini, kabin 820-822
Deletechalet dia ada aircond tak?
ReplyDeleteUhh ada ekon. SEJUKKK lak tu.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.