Jadi, atas nasihat dan cadangan isteri, saya telah memilih dan mencari bilik paling murah di Marina Cove Resort. Antara sebab memilih hotel ini adalah adanya pakej yang mengandungi tiket masuk ke mini Waterpark yang berhadapan dengan hotel.
Bilik Paling Murah Marina Cove Resort, Lumut
Saya telah menggunakan perkhidmatan mencari hotel online menerusi Agoda. Alhamdulillah, tawaran harga yang diberikan adalah dirasakan paling mampu dan murah jika dibandingkan dengan bilik-bilik lain. Lagipun, dapat tiket percuma ke mini waterpark ... kira berbaloilah. Jadi, anak-anak dapat main air, dan saya bolehlah lari sekejap untuk memancing Kerapu di Rockbund Fishing Chalet yang tidak jauh dari situ.[Klik] Tempah Bilik Murah Sekitar Lumut - Agoda
Bilik hotel yang kami tempah ialah bilik Superior, dengan harga semalam RM140.00 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Keadaan bilik yang saya anggap paling murah di Marina Cove Resort ini boleh diberikan penarafan - ok dan selesa untuk kami sekeluarga. Semua kemudahan asas disediakan dengan memuaskan. Ada TV skrin leper, peti ais dan bilik air juga bersih.
Sebenarnya, kami dah pernah 2-3 kali menginap di Marina Cove Resort. Antara tu disebabkan menjadi lokasi untuk reunion isteri saya bersama rakan sekolah rendahnya - Sekolah Seri Utama, Sungai Besar, Selangor. Dan memang lokasi hotel ini sesuai untuk aktiviti reunion.
Dua Jenis Bilik Penginapan Marina Cove Resort
Resort ini ada dua jenis bilik - iaitu pangsapuri dan juga bilik hotel. Kalau nak murah, pilihlah bilik hotel, dan jika nak extra selesa bolehlah pilih pakej pangsapuri.Layan beberapa gambar bilik paling murah Marina Cove Resort, Lumut ini ... manalah tahu kot-kot berkenan nak bercuti weekend getaway ke sini.
Kalau nak cari tempat makan tengahari yang best berdekatan, bolehlah ke Restoran Silaturrahim ... pasti puas hati dan in Sha Allah, sesuai dengan bajet sekeluarga.
bookmark dlu..mana tau nanti nak gi ke sana
BalasPadamberbaloi
BalasPadamdah lama juga tak tido kat hotel....sejak gomen cut cost ni..hehe
BalasPadamPernah juga menginap di sini. Pergi family day.;-)
BalasPadamAda masa nanti nak ke sana lagi tahun ni. Jalan-jalan Lumut.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.