Huhu.. dengarnya ada kontroversi juga tentang drama Cinta Teruna Kimchi, malah ramai yang dakwa bahawa drama ini adalah drama sampah. Alahai ...apa susah, tak suka tak perlu tengok, dan jika tak tengok drama ini janganlah kondem. Mudah je kan? Tak yah nak tambah benda tak elok dalam diri... ye tak? Baik belajar cara nak buat resepi Kimchi ... satu menu yang bagus untuk kesihatan.
Fakta Menarik Mengenai Kimchi
Ok, sebelum kita sama-sama belajar cara nak buat Kimchi ini, mari kita ketahui serba sedikit fakta menarik mengenainya. Ia merupakan makanan yang baik untuk kesihatan kerana dipercayai boleh melambatkan penuaan, menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi sistem pencernaan manusia.Rasa awal Kimchi adalah masam, sebelum ia ditambah cili pada zaman Dinasti Koryo menjadikannya mempunyai rasa pedas. Ia sesuai dimakan dengan nasi panas, dan menjadi makanan lauk kegemaran di Korea. Sebagai pengetahuan tambahan, terdapat lebih daripada 200 jenis Kimchi - dibezakan dengan bahan-bahan sampingan yang digunakan.
Cara serta Resepi Membuat Kimchi 'Korea'
Sekarang, saya nak kongsikan cara untuk membuat Kimchi 'Korea' ini. Resepi ini adalah resepi olahan daripada dua sumber berbeza, in Sha Allah anda boleh cuba untuk hasilkan Kimchi yang sedap lagi lazat.Bahan-Bahan Utama Kimchi Korea
- 2 buku Kobis Panjang dikenali sebagai Napa Cabbage
- 1 cawan garam - disyorkan gunakan Garam Bukit atau Garam Laut Asli
- 1 batang Lobak Putih saiz sederhana
- 2 sudu teh Sos Ikan
- Cili paste atau serbuk cili - dosyorkankan Cap Babas
- 4 sudu besar Tepung Pulut
- 1-2 batang Daun Bawang
- 1 inci Halia*
- 3 ulas Bawang Putih*
- 2 biji Bawang Holland*
- 1 biji buah Pear Gong dikupas kulit*
Cara Membuat Kimchi
Potong kobis dengan potongan besar/kasar sebesar 1 inci atau bersegi. Jangan terlalu kecil kerana potongan kobis ini akan mengecut apabila diperam. Gaulkan dengan garam, pastikan rata ke semua bahagian kobis. Letakkan dalam sebuah bekas, dan peram semalaman. Kalau boleh cuba tindih peraman tersebut dengan benda berat. Tujuannya ialah untuk keluarkan air berlebihan yang ada pada kobis.Setelah diperam, basuh kobis dengan bersih. Pastikan kobis dibuang airnya, dan kalau boleh perah sehingga kobis itu habis air dikeluarkan. Hati-hati kerana kobis ketika ini telah menjadi layu.
Ok sekarang untuk membuat sos atau paste untuk Kimchi. Ia merupakan kandungan penting untuk menjadikan Kimchi rasa sedap lagi lazat.
Kisar bahan-bahan bertanda (*). Kemudian tambahkan dengan paste cili atau serbuk cili, kacau sehingga sebati. Anda boleh tambah sedikit gula untuk mempercepatkan proses tapaian/penjerukkan. Biarkan seketika.
Sekarang, anda campurkan sos ikan, tepung pulut dengan sedikit air yang telah dimasak/ditapis. Gaul sehingga tepung telah melarut. Kemudian, letakkan bahan ini diatas api yang kecil. Tunggu sehingga bahan-bahan campuran mendidih. Pastikan ia tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
Setelah itu, campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan bahan-bahan campuran yang telah dididihkan tadi. Gaul sehingga sebati.
Masukkan lobak dan juga daun bawang yang telah dihiris dengan halus ke dalam campuran tadi. Kemudian masukkan pula kobis tadi. Gaul sehingga rata dan sebati. Masukkan ke dalam bekas yang bertutup dan biar paling minima semalaman. Anda akan nampak ada buih-buih muncul di dalam bekas tadi - itu tandanya proses penjerukkan telah berjaya.
Buka bekas dan cuba rasa, jika tak cukup masam, maka teruskan dengan proses simpan tadi. Boleh tambah sedikit serbuk cili andai kurang rasa pedas. Ada sesetengah memasukkan cili api yang dipotong kecil. Bila rasa dah cukup ummmphhh bagi anda, masukkan Kimchi ini ke dalam peti sejuk agar ia tahan lama.
Mengikut petua orang Korea, Kimchi boleh bertahan sehingga berbulan lamanya. Dan rasanya akan jadi lebih sedap dan lazat selepas seminggu disimpan di dalam peti sejuk.
Amacam? Boleh cuba kot resepi membuat Kimchi Korea ni, dan mungkin boleh dibandingkan dengan beberapa makanan yang hampir sama cara menyediakannnya di Malaysia ni. Pernah makan Jeruk Maman tak? Huhuhuhu... cuba resepi luar, jangan dilupa pula resepi tempatan ye .. hoho.
Selamat mencuba.
Kredit: Super Daughter dan Ourkizuna
huih..macam lama pulak penyediaan makanannya...
ReplyDeletetu la..boleh buat diet lagi tau..
ReplyDeleteDiet bagus untuk mereka yang nak kurus ni
DeleteBoleh nak cuba juga ni. Nak kena cari bahan nanti.
ReplyDeleteMenarik juga benda ni. Nak cuba juga Bro HH.
ReplyDeletebetul tu.. kalo x nak tengok jangan tengok !! hidup kimchi !! ahaha..
ReplyDeleteramai yg suka makan kimchi rupanya. saya tak pernah cuba.
ReplyDeleteTerima kasih share resepi dan backlink yg diberikan. Kimchi ni rasanya masam dan pedas. Sedap dimakan dgn nasi panas. Baik utk kesihatan..
ReplyDeleteYeap, masam dan pedas .. macam jeruk cili .. :)
Deleteselalu tengok runningman, ada kimchi ni.. masa tengok tu pun terfikir gak macam mana rasa kimchi ni, nampak macam sedap je.. boleh lah buat lepas ni.sebab dah ada resepi.
ReplyDeleteBuatlah ... :) ada je jual, tapi takut tak halal je
DeleteSemakin ramai la yang share buat kimci lepas ni, korea dah kembali melanda..hihi
ReplyDeleteTerima kasih admin utk resepi. Mohon Screenshoot. Terima kasih banyak.
ReplyDeleteKalau x simoan dalam peti sejuk selepas buat pon x pe kan?
ReplyDeleteYa, takpe. Dulu dulu pun mana ada peti sejuk ..hehehe .. serang simpan dalam balang je.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.