Sekarang ni dah susah nak cari ebook yang power untuk belajar mengenai Adsense. Apatah lagi setelah laman web Ashadee.com ditutup operasi. Kalau tak memang ia menjadi lubuk ilmu untuk seorang Internet Marketer dan House Husband yang cari duit online macam saya.
Cara Nak Tahu Adsense Full Account atau Hosted?
Ramai yang tanya mengenai perkara ini, malah ramai blogger yang keliru mengenainya. Ada yang beritahu saya bahawa mereka dah diluluskan permohonan untuk Google Adsense, tapi bila letak kod Adsense di dalam blog, tak keluar pula iklan Adsense. Jadi, mereka jadi tak tentu arah .... hoho...
Bagi blogger yang fikir mereka sudah memiliki sebuah akaun Adsense, sila periksa kembali 'taraf' akaun Adsense anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba login ke laman web Adsense - http://www.adsense.com. Anda perlu login menggunakan email dan password yang serupa semasa mendaftarkan blog anda untuk Adsense ini. Dah masuk ke bahagian dashboard, cuba lihat penjuru atas ... ada tak nampak seperti di bawah ini:
Akaun Hosted-Account Adsense memang sukar nak paparkan iklan, ambil sedikit masa iklan nak keluar, mungkin sampai 2-3 bulan.
Jika tak ada apa-apa .. seperti ditunjukkan di bawah ini, maka ... anda boleh gunakan kod HTML Adsense yang ada ... untuk digunakan merata tempat di dalam blog sedia-ada (yang didaftarkan) atau di mana-mana blog yang anda ada, termasuklah dalam blog yang bukan 100% milik anda sepenuhnya .. hehehe...
Akaun Hosted Account Adsense boleh diperoleh dengan mudah dengan mendaftarkan secara percuma menerusi Blogger.com atau YouTube.com
Seandainya anda telah memohon Adsense menerusi dashboard Blogger.com atau terus menerusi laman web Adsense, dan tertera 'Hosted Account'; langkah seterusnya ialah untuk memohon mendapatkan akaun penuh Adsense.
Apa yang perlu dibuat ialah kena pastikan anda mempunyai blog yang mempunyai konten yang kaya dengan pelbagai kata kunci yang boleh mendatangkan trafik dari Google, terutama kata kunci bernilai tinggi. Kemudian, pergi ke bahagian Account Setting (dalam dashboard Adsense.com), lihat pada bahagian Access and Authorization. Klik edit dan masukkan URL blog yang baru.
Ok. Pihak Adsense akan review permintaan anda ini. Jika diluluskan, anda boleh guna kod Adsense di blog yang didaftarkan tadi, dan seandainya kena reject, ia tidak akan beri kesan pada blog yang sebelum ini, in Sha Allah.
[Baca] Use my hosted AdSense account to show ads on my own site
Nanti, saya nak kongsikan pula tentang bagaimana nak dapatkan kelulusan Google Adsense untuk blog yang baru berusia dua-tiga bulan (dengan nama domain sendiri).
Pastikan anda follow saya di Google Plus, dan Like FB Page HasrulHassan.com untuk info terkini.
info yg sgt berguna..Nasib baiklah fida punya dah settle
BalasPadamsaya punya akaun hosted..duit baru ada usd1.04..ishh
BalasPadamAmbil masa lama gak rasanya baru boleh hasil, kan? Content kena banyak baru trafik mari... ya lah saya cakap taujer... tapi sendiri punya blog trafik pun ciput juga.
Padamejoy masih lagi hosted? tp iklan da keluar. tggu dpt usd10 kot. nnt en gugel anta surat.
PadamYa... info yang ada manyak baik punya. Saya dulu pun puas juga nunggu untuk dapat full AS akaun ni. Seperti yang dikatakan oleh Sifu HH... perlu ada sendiri punya website dan taruk code yang dapat dari hosted akaun tu. Bila contentnya cukup... saya dapat full selepas melepasi 10 artikel yang saya buat dalam blog ini: - taruk dalam web site ini http://tulisjerwangmari.co/tulisjerwangmari.com/ menggunakan wordpress. Tapi saya dah ada lebih dari 50 artikel dalam blogspot (http://emjay-freedom.blogspot.my/)... dan yang peliknya blogspot punya lebih banyak income dari yang wordpress tu. So... ingat nak kill jer lah wordpress punya tu. Dah lah tiap bulan kena bayar.. USD pulak tu. Yinkam yilex (ada pun sikit bebeno).. oh pening gak. SO... adakah baik maintai 1 blog saja... lagi pun dah dapat fill akaun? TK.
BalasPadamstill hosted account..kena tunggu sebulan dua lagi la ni
BalasPadamkalau kita ada iklan dr google adsense ni ada effect ke pd akaun nuffnang kite ya tuan sebab semenjak saya letak iklan google adsense ni saya tak dapat BE dari nuffnang. tq
BalasPadamSetahu saya .. ia tak beri kesan sgt, lagipun Nuffnang memang benarkan letak Adsense, tak mudarat pun untuk dia
Padambaru saya faham...tq hh
BalasPadamsalam tuan,, say pun masih hosted akaun.. tapi kalau still hosted akaun ni, earnings yg kita dapat tu boleh keluar ke tak// ke kena full account baru boleh.. tq tuan info bermanffaat.. untuk orang yg kurang ilmu macam saya
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.