Resepi Nyok-Nyok Masak Asam. Saya tak pasti samada saya ada kongsi resepi ni dengan anda semua. Bagi saya, dan isteri .. inilah resepi paling mudah, ringkas tetapi sedap ....hmm nyum nyumm .. sekali rasa, pasti nak makan sampai kenyang. Dan terbaiknya ialah, ia boleh menjadi salah satu alternatif andai ada ikan goreng yang tak dimakan atau dibiar tidak bersentuh. Ikan goreng dua tiga hari pun .. boleh dijadikan hidangan best dengan resepi masak Asam ni.

Sebenarnya, ini merupakan resepi dari mak saya. Kemudian, saya belajar ... uhh mudah sangat weihh, memang sesuai untuk orang bujang mahupun house husband seperti saya. Setelah berkahwin, saya ajarkan resepi ini kepada isteri, hmmm ... memang kalau dah hilang idea nak masak lauk apa untuk makan tengahari atau makan malam, memang resepi inilah yang akan isteri saya tala.

Resepi Ikan Nyok-Nyok Masak Asam

Resepi Ikan Nyok-Nyok Masak Asam
Ok. Let's Masak ... dan try out resepi mudah Ikan Nyok Nyok Masak Asam. Tak kenal rupa ikan ni, sila google kat tempat lain .. haha.
Bahan-Bahan
  • Ikan Nyok-Nyok potong gulai
  • 4-5 biji Bawang Besar dipotong kasar
  • 2-3 ulas Bawang Putih dihiris atau leh tumbok kasar
  • Seinci Halia
  • 5-6 biji cili api 
  • 1-3 biji cabai masak
  • 4 biji buah Tomato
  • Sedikit garam
  • Suku mangkuk kecil atau secawan air Asam Jawa

Cara Menyediakan

  1. Letak serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan, dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Selesai gorengkan ikan, angkat dan toskan minyaknya. Letak tepi ...
  3. Tumis bawang yang dah dipotong, bawang putih, halia, tomato yang dibelah empat serta cili api. Cili api elok dibelah atau ditumbuk sedikit. Tumis sehingga bawang kekuningan dan dah naik bau.
  4. Masukkan air kira-kira setengah periuk .. biarkan sampai mengelegak.
  5. Masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit dengan merasa kuah tadi samada masam atau tidak.
  6. Kecilkan api, dan masukkan ikan goreng tadi.
  7. Kacau perlahan, jangan kuat sangat nanti ikan terlerai. Masukkan cabai masak untuk cantikkan menu.
  8. Cuba rasa, jika nak rasa masam lebih, tambah air asam jawa atau buah tomato.
  9. Letakkan garam sedikit jika perlu. Nak pedas, boleh tambah lagi cili api yang dikisar.

Siap. Mudah ye tak?
Resepi Ikan Nyok-Nyok Masak Asam

Boleh Gunakan Ikan Lain

Tak kisah sebenarnya nak letak ikan goreng apa. Tapi saya syorkan gunakan ikan Nyok Nyok, Merah, Kembong, Selar, Sardin segar, malah boleh juga ikan Bawal.

Resepi masak asam ni bila berada di dalam mulut, dimakan dengan nasi .. rasa dia ada pedas-pedas masam tetapi sedikit berminyak.

Kadangkala saya letakkan cengkih, bunga lawang, kayu manis dan juga sedikit biji jintan. Tapi asas resepi ni adalah seperti di atas.
Resepi Lauk Mudah dari House Husband Malaysia
Anak-anak saya sukakan resepi ni, malah saya sendiri boleh tambah lebih dua kali hanya kerana berlaukkan resepi ikan Nyok Nyok Masak Asam.

Oh ya, lagi satu ... resepi ni macam kuah laksa.... makin lama disimpan panas, akan tambah jadi semakin sedappp ... :)

Cubalah ye. Mudah je kot!



6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. melihatnya saja sudah sangat mengundang selera pak :)

    ReplyDelete
  2. aduh bang... tengah lapar ni tunjuk masak asam lagi. Ada sambal, pucuk ubi,ikan bakar pulak dah,.. bikin hal ni. Masakan ringkas yang saya suka adalah singgang. hehe.. orang kelantan memang tak boleh lari dengan singgang.

    ReplyDelete
  3. tak ernah makan ikan nyok nyyok..sedap eh HH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm ... ikan nyok2 sedap buat kari kepala ikan. :)
      ada mcm2 jenis, ada putih ada hitam ada belang .. tapi kat pasar, rupa bentuk ikan ni senang nak cam.

      Delete
  4. masak kampung memang sedap... teringat masakan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni kalau nak buat lauk buka puasa. Mudah lak tu

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement