Siapa pernah makan Buah Teratai? Ke tak pernah tahu wujud Buah Teratai ni? Hahaha .. saya pasti ada generasi sekarang yang tak kenal, tak pernah tahu .. malah tak pernah makan pun buah teratai ni. Masa saya kecik-kecik dulu .. buah inilah yang menjadi antara kudap-kudap favourite ... terutama semasa memancing.

Sedikit info dan pengetahuan sains tentang Teratai untuk perkongsian - Teratai (nymphaea) adalah nama genus untuk tanaman air dari keluarga Nymphaeaceae. Dalam bahasa Inggeris dikenal sebagai water-lily atau waterlily. Biji yang ada pada kelopak buah Teratai ini mempunyai khasiat tertentu, dan dipercayai boleh membantu dalam penyembuhan beberapa penyakit.

Sedap Ke Buah Teratai?

Sedap Ke Buah Teratai?
Secara amnya, buah Teratai tidak dimakan begitu sahaja. Kalau anda penggemar Lai Chi Kang, pasti akan terjumpa biji buah Teratai ini dalam bahan-bahannya. Ia berbentuk seperti kacang tanah tapi lembut, dan berwarna putih pucat.

Cara Nak Makan

Nak makan buah Teratai ni, anda perlu keluarkan bijinya dari kelopak. Selepas itu, kenalah kupas buang kulit, dan anda akan dapat biji buah (benih) yang saya maksudkan ini. Di tengah-tengah (dalam) biji buah ini ada 'anak benih' berwarna hijau. Kalau tergigit atau termakan bahagian tersebut, perghhhhh memang pahit ... boleh berkerut dahi dibuatnya.

Khasiat Buah Teratai

Menurut beberapa sumber dari pembacaan saya, biji buah teratai ini boleh membantu dalam menghadapi masalah sakit perut, cirit-birit dan penyakit berkaitan usus atau pencernaan. Jika makanan tak lawas, rasa susah nak kencing, maka elok makan buah teratai ni. Ada juga yang mengatakan biji buat teratai boleh membantu dalam masalah ejakulasi, demam panas dan juga masalah keputihan pada alat sulit wanita.

Masa kecik dulu, pokok Teratai mudah je nak dijumpai di bahagian lombong-lombong terbiar sekitar kampung saya di Batu Gajah. Naik sampan, boleh pergi petik sendiri. Ada juga dijual di tepi-tepi jalan dan juga di pasar basah sekitar daerah Kinta, Kampar di Perak.

Rasa Buah Teratai

Rasa buah teratai ni adalah lemak-lemak manis. Kalau dapat yang muda, maka ada sedikit kelat. Jika anda terjumpa ianya dijual di tepi jalan ke .. nak pilih buah teratai yang bagus, pilih yang tidak terlalu kembang, dan tidak terlalu kuncup. Jika terlalu kembang, itu tandanya ia dah tua .. maka isi biji buah teratai tu dah tak berapa best, samalah juga jika terlalu kuncup, tandanya ia masih muda .. jadi kelat sedikit rasa isinya.

Saya suka makan begitu sahaja, ibarat macam makan kuaci. Dulu, sambil lepak bawah tangga rumah arwah Opah, atau lepak memancing dengan kawan-kawan sekampung, maka buah teratailah jadi peneman. Ia boleh buatkan kita hilang dahaga ... huhuhu...

Emak saya pula suka keringkan batang teratai. Menurut emak saya, batang teratai yang dah kering boleh dijadikan ubat resdong. Caranya mudah .. hanya hisap batang teratai tu seperti menghisap rokok .. hahaha...

Huhu.. itu sahaja kot yang saya nak kongsikan mengenai teratai. Baru-baru ni, saya kongsikan gambar buah teratai di beberapa group Facebook, memang ramai yang tak tahu buah ni boleh dimakan, malah ada yang tidak tahu bahawa pokok Teratai ada buah.

Sekarang lagi susah nak dapat dah. Lombong banyak dah tak ada, semua dah kena timbus buat projek perumahan .. huhuhu..

14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. owwhh, first time wawa dengar ni...")

    ReplyDelete
  2. Saya tahu benda ni dari kawan-kawan cina. Dorang ajar buat sup sayur.. sedap jugak.

    ReplyDelete
  3. pernah dengar tapi tak pernah tengok dan makan la buah teratai ni...

    ReplyDelete
  4. first time MK tengok buahnya, biasa tengok bunga yg terapung atas air tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap. Tapi jangan tersilap dgn bunga kiambang, lotus

      Delete
  5. Ooh...ptutla kt vietnm bnyk jual biji teratai rse kacang...mukin saner masih bnyk paya berteratai ..

    ReplyDelete
  6. tak pernah try. macam sedap je.boleh makan rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia rasa lemak-lemak manis kalau yang muda .. :)

      Delete
  7. Sekarang ni ramai yang makan kuaci aje masa mancing. Boleh nak cuba juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu, mana ada duit nak beli. Nak gi kedai pun takut ,,,

      Delete
  8. Semalam singgah rtc simpang pulai ada orang jual 1 ikat rm5.1 ikat ada la dalam 4-5 bunga teratai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm mahal gak ehh .. mungkin sebab dah susah nak dapat. Seingat sayalah, pernah beli RM1 je seikat, ada la dalam 10 batang.

      Delete
  9. sedap juga buah teratai nie. Kalu dulu2 buah teratai ni murah jer harganya, sekarang dah agak mahal... walaupun tiada gst tetapi kawasan air dah semakin kurang, jadi mahu atau tidak harga pun naik jugak la...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement