Pernah dengar nama Restoran Silaturrahim Teluk Batik tak? Restoran ini memang popular dan menjadi pilihan utama untuk makan tengahari bagi penduduk sekitar Teluk Batik, Perak. Malah, ia turut menjadi pilihan tempat makan terbaik bagi pelancong yang datang ke pantai peranginan Teluk Batik, Lumut.

Selama saya ingatlah, setiap kali bercuti atau berkunjung ke Teluk Batik mahupun Lumut, Restoran Silaturrahim ini sering menjadi pilihan utama untuk makan tengahari. Dan setiap kali itulah, ia sentiasa dipenuhi oleh pelanggan sehingga terpaksa kongsi meja dan kerusi. Nak-nak lagi bila hari biasa waktu kerja, memang penuh dengan warga kerja dari navy, hospital, kontraktor dan pejabat kerajaan.

Restoran Silaturrahim - Tempat Makan Tengahari Masakan Kampung Terbaik di Teluk Batik, Lumut

Memang terbaik. Siapa yang pernah makan di sini akan berikan tarafan 4-5 bintang mengenai menu masakan yang ada. Ia merupakan restoran paling best untuk menikmati hidangan masakan ala kampung, ulam-ulaman, ikan bakar, masak tempoyak, budu, dan macam-macam lagi. Aneka jenis minuman sejuk dan panas juga terdapat di restoran ini.

Walaupun sentiasa ramai orang, jaranglah pelanggan kecewa dengan menu masakan dan layanan yang diterima. Malah, saya pernah datang makan pada jam 3:30 petang ... dan lauk-lauk yang tinggal masih lagi mampu membuka selera. Jadi, tak salah saya katakan tempat makan ini adalah yang terbaik di Teluk Batik.
Restoran Silaturrahim - Tempat Makan Terbaik di Teluk Batik, Lumut

Fakta Menarik Mengenai Restoran Silaturrahim, Teluk Batik, Lumut

Saya akan berikan beberapa fakta menarik mengenai restoran ini...
  • Dibuka dari 11 pagi hingga 4 petang. Malam tutup.
  • Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.
  • Terletak betul-betul di simpang masuk ke Teluk Batik, berhadapan dengan kuarters TLDM.
  • Hidangan menu masakan adalah masakan kampung.
  • Banyak pilihan untuk ulam-ulaman segar.
  • Disediakan menu pekasam yang siap dengan harga.
  • Disediakan menu kari kepala ikan juga siap dengan harga - hanya pilih mana yang nak.
  • Air tersedia, hanya perlu campurkan ais. Jika manis, boleh tambah air masak secara percuma.
  • Ais kosong, air masak, air suam adalah percuma.
  • Hidangan terbaik adalah ikan bakar termasuk Ikan Terubok Bakar.
  • Kari Kepala Ikan dijual antara RM3-RM5 semangkuk.
  • Juga ada ayam panggang yang fresh.
  • Ada tempat letak kereta.
  • Ikan Patin Masak Tempoyak antara favourite di restoran ini.
  • Pelbagai sambal disediakan, termasuk untuk cecah ikan bakar.
  • Ada buah-buahan, sebagai pencuci mulut - RM1 je.
Restoran Silaturrahim - Tempat Makan Terbaik di Teluk Batik, Lumut
Restoran Silaturrahim - Tempat Makan Terbaik di Teluk Batik, Lumut
Amacam? Memang best dan terbaik kan? Sekarang, kalau saya ke Lumut, Teluk Batik atau nak memancing di Rockbund Fishing Chalet, memang akan singgah makan di sini. Dan apabila malam, saya dan keluarga akan pilih tempat makan Steamboat Terbaik di Lumut ... bayar sekali, makan banyak kali ...hohohoho .....
Kedai Makan Silaturrahim - Tempat Makan Tengahari Terbaik di Teluk Batik Lumut
Oh ya, apa yang menarik lagi mengenai restoran ini ialah sistem yang ada. Setiap kali orang sudah makan, sudah ada pekerja yang bersihkan meja .. jadi, mereka yang menunggu untuk dapatkan meja dan tempat duduk akan lebih cepat diselesaikan.

[Ads] Mahu Kerja Sampingan Online Dibayar Sehingga RM50-RM300 Untuk Satu Tugasan? Klik Sini.

Dan saya pernah bersembang dengan owner restoran ini ... jelas memang peramah, dan seorang yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman, rahsia serta cerita menarik mengenai restoran Silaturrahim. Jika anda lihat pada nama restoran ini, anda boleh agak ... kebanyakkan meja dan kerusi makan di sini disediakan dalam kapasiti boleh muat lebih daripada 4 orang. Jadi, kemungkinan untuk ada dua keluarga berbeza menikmati hidangan adalah perkara biasa di restoran ini.
Best. Restoran Silaturrahim memang terbaik, dan saya syorkan sesiapa sahaja untuk singgah makan tengahari di restoran ini. Dah la menu dan lauk pauk semua sedap .... murah pulak tu .. hoho ...

Restoran Silaturrahim
019 574 7491No. 3A (Lot 1598) Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. boleh rambang mata la HH..byk betul lauk lauk..

    ReplyDelete
  2. rambang mata tengok lauk byk mcm ni.. huhu

    ReplyDelete
  3. MashaAllah!!! Meriahhhh nya makanan kat sini.. Meleleh tengokk

    ReplyDelete
  4. Makanan memang byk dan kedai cantik tp harga makanan agak mahal sikit....kami cuma beli nasi 2, kerabu 3 senduk, terung 1... Harga semua rm 10.... Dak lauk tp harga hummm kira lah sendiri

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement