Begini Rupa Bilik Gold Coast Malacca International Resort
Yeap, perabut memang lengkap, dan alhamdulillah semuanya masih baru semasa kami menginap di sini. Peralatan dapur seperti cerek eletrik, peti ais serta peralatan asas pinggan mangkuk juga disediakan (tetapi minima). Cuma agak malang sedikit, tiada kemudahan untuk masak-memasak - tiada dapur gas. Jadi, kalau nak masak-memasak, hanya boleh masak mee segera sahajalah ... kalau kreatif boleh masak menggunakan periuk nasi - buat tomyam atau sup (periuk nasi tidak disediakan).
Apartment boleh memuatkan 3 malah lebih keluarga dalam satu-satu masa. Ruang tamu cukup luas untuk memuatkan 1-2 keluarga (4 orang dewasa). Ada TV skrin leper di ruang tamu dengan capaian ke rangkaian Astro. Bilik air juga luas dan disediakan sabun, syampoo serta tuala mandi tambahan. Bagi setiap bilik juga dah disediakan 2 helai tuala mandi yang bersih.
Di bilik utama apartment ini ada bilik air yang disediakan bath tub, kalau rasa tak puas mandi di kolam yang ada di Gold Coast Malacca International Resort ini, bolehlah sambung berendam dalam bilik ... hhoho ...
9 Perkara Best di Gold Coast Malacca Water Park
Apa yang best di Gold Coast Malacca International Resort?- Boleh main air sehingga tengah malam (12 tgh malam)
- Ada kolam air berombak - terbesar di Malaysia (menurut laman web mereka)
- Punyai life guard menjaga setiap kolam
- Ada gelonsor air pusing-pusing yang panjang
- Ada jakuzi atau kolam air panas awam
- Ada kolam renang dewasa yang luas
- Harga masuk taman tema air - RM20/Dewasa dan RM10/Kanak-kanak; boleh keluar masuk selagi ada gelang dalam tempoh 24 jam.
- Ada kapal lanun
- Ada kawasan permainan kanak-kanak yang besar
Gambar Bilik/Apartment Gold Coast Melaka
Selamat bercuti, dan pastikan anda ikuti kisah percutian saya dengan keluarga menerusi label/tag/kategori - Holiday Getaway .... huhuhu...
Fuh hebat tapi kenapa lantai bukan karpet?
ReplyDeletePada PC ok...makanannya ok tak :)
ReplyDeleteFuh dahsyat. Lantai tentu sejuk. :)
ReplyDeleteCantik biliknya. Boleh nak pergi bercuti melaka.
ReplyDeleteSampai melaka kena singgah bermalam kat sini.
ReplyDeleteBoleh tahan cantik jugak bilik dia. kalau nak duduk lebih satu keluarga ok la tu
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemcm lebh kurng same jugak gold coast kt morib tu..
aprtment 3 bilik..2h 1m 600 lebih..huuu
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.