Income yang akan anda diperoleh adalah menerusi komisen yang dijana hasil daripada beberapa cara disertakan di dalam program Involve Asia ini. Anda boleh pilih mana yang sesuai, contohnya samada menerusi blog ataupun media sosial seperti Facebook atau Twitter.
Buat Duit Online Menerusi Affiliate Percuma Involve Asia
Saya telah mendaftar dengan Involve Asia sejak ia pertama kali diperkenalkan. Sejak dari itu, saya telah berjaya menjana empat angka menerusi program ini secara keseluruhan. Walaupun ia bukanlah program jana income yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan, namun setidak-tidaknya ia adalah salah satu cara atau cabang rezeki yang boleh dicuba.
Untuk membantu anda membuat pendaftaran percuma program jana income menerusi affiliate Involve Asia ini, saya akan cuba menyelusuri langkah demi langkah secara ringkas buat anda yang berminat untuk menjana pendapatan menerusi Involve Asia.
Ok.
Sebelum saya tunjukkan cara untuk mendaftar dengan program ini. Saya perlu jelaskan juga bagaimana anda akan menerima komisen menerusi Involve Asia.
Apabila anda telah mendaftar, anda akan diberikan link untuk mempromosikan pelbagai produk dari pelbagai jenama seperti Mydin, Lazada, Zalora, Shopee, Watsons, Yoodo, Sen Heng, PTT Outdoor dan banyak lagi.
Malah, menerusi Involve Asia ini, anda boleh promosikan hingga ke luar negara dan menjana pendapatan dalam USD atau matawang lain. Asalkan menerusi platform yang dibenarkan.
Apabila seseorang klik pada link yang anda kongsikan, dan jika ada sebarang jualan berlaku, anda akan terima komisen berdasarkan nilai jualan produk tersebut. Komisen ini akan dibayar oleh pemilik produk menerusi Involve Asia.
Saya harap ia jelas. Dan dapatlah menghilangkan keraguan, terutama dari segi halal dan haram pendapatan yang anda peroleh.
Jom ke cara nak mendaftarkan diri dengan Involve Asia dan mulakan langkah menjana wang menerusi program affiliate percuma ini.
Langkah Demi Langkah Daftar Affiliate Involve Asia
Pertama sekali, anda perlu ke laman pendaftaran Involve Asia. Dari situ, ikuti arahan dan isi borang serta ruangan disediakan satu persatu.Pergi ke sini - https://invol.co/cl476c3
Anda akan dibawa ke laman web Involve Asia seperti yang saya tunjukkan di atas. Ruangan pertama (1), anda perlu isi platform yang akan anda gunakan untuk promosi produk atau letakkan link affiliate anda.
Contohnya, saya letakkan url blog saya - https://www.hasrulhassan.com. Jika anda tiada blog, boleh letakkan url facebook anda, atau facebook page. Boleh juga letakkan url twitter mahupun instagram.
Ruangan kedua, letakkan nama platform anda. Jika blog, letakkan nama blog. Jika facebook, letakkan 'Facebook Profile' atau 'Facebook Page'. Hanya letakkan nama sahaja sebab url dah diletakkan sebelum tu.
Pada ruangan ketiga (3), anda boleh pilih samada 'Content' atau Other. Jika anda ada ramai followers, boleh pilih 'Influencer'. Ruangan seterusnya isi maklumat berkaitan perkara nombor dua (2) tadi. Cerita ringkas sahaja, contoh 'Ia adalah merupakan blog peribadi berkaitan kehidupan ..etc ..'. atau 'Ia adalah laman media sosial peribadi saya berkongsi pendapat mengenai kehidupan'.
Seterusnya, ke ruangan berikutnya, di mana pada ruangan empat (4) ditunjukkan di atas, anda boleh pilih 'pay per sale' atau 'pay per click'. Tetapi ikut pengalaman saya, 'pay per sale' lebih senang untuk dapatkan komisen.
Pada ruangan lima (5), anda boleh pilih kategori yang bersesuai dengan (2) tadi. Contohnya, saya letakkan blog saya, dan saya pilih 'shopping' sebab blog saya banyak berkongsi cerita mengenai produk yang saya beli atau dapat.
Ruangan keenam (6), iaitu memilih cara bagaimana perkara (2) tadi mendapatkan trafik atau klik. Jika anda gunakan facebook atau blog, boleh pilih 'network'. Anda boleh juga pilih 'unclassified' iaitu tanpa menyatakan.
Seterusnya, pada ruangan ketujuh (7), kena pilih cara untuk promosikan link affliate anda. Pilih mana yang berkenaan dengan perkara (2) tadi. Boleh pilih lebih daripada satu. Contohnya macam saya menggunakan blog, saya boleh pilih 'text links', 'IAB banners' dan juga 'facebook page'.
Kemudian ke laman berikutnya, iaitu samada anda ingin menerima atau mendapatkan peluang untuk mempromosikan produk yang eksklusif atau premium. Pilihan ini bergantung kepada kekuatan anda. Jika anda ada followers yang ramai atau blog anda ada pembaca yang ramai, boleh pilih 'yes'.
Ok, laman seterusnya cuma mengisi butiran diri anda. Jika anda orang perorangan, isikan nama penuh anda pada bahagian 'Company Name'.
Kemudian isi dan penuhkan butiran yang lain, termasuklah email yang sah. Nyatakan 'password' anda untuk digunakan semasa nak login ke dashboard Involve Asia ini nanti.
Akhir sekali tekan butang 'Submit'.
Dah selesai pendaftaran.
Anda akan terima email confirmation daripada Involve Asia, dan seterusnya langkah yang perlu anda buat selepas diterima dalam program affiliate ini.
Aha .. anda ikut sahaja langkah-langkah seterusnya nanti, ia akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh mula untuk menjana pendapatan menerusi Involve Asia ini.
Anda juga boleh rujuk beberapa post saya berkaitan Involve Asia ini - Buat Duit Dengan Involve Asia.
Selamat mencuba.
Tq info
ReplyDeleteMudah aje bila ikut panduan ni kan Bro HH
ReplyDeleteAda daftar. tak sempat buat apa lagi.
ReplyDeletethanks info tuan
ReplyDeleteMenarik ni..saya pon dah join..tq bro HH
ReplyDeleteorait sifu! dah banyak baca cerita blogger berjaya buat duit dengan involveasia ni, harini terus register..hehehe.
ReplyDeletewww.ceritaejoy.com
URL blog Tu mcm mana
ReplyDeleteDH daftar tp still X blh gunakn LG X pasti nape
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.