Bukan semua ikan itu sedap untuk digoreng. Ada ikan apabila digoreng akan lunyai, akan jadi kering, dan banyak juga yang menghasilkan banyak minyak. Namun, ia juga bergantung dengan selera orang. Apapun, saya suka nak berkongsi pengalaman sebagai seorang house husband yang gemar menggoreng ikan. Apakah spesies atau jenis ikan yang paling sedap digoreng? Meh lihat pilihan saya ...
12 Jenis Ikan Sedap Digoreng
Ikan Kembong atau Mabong
Ikan ini memang sedap digoreng tak kira saiz. Jika mengoreng ikan kembong yang bersaiz kecil, gunakan api bersaiz sederhana agar ikan tidak nampak kering atau terlalu garing .... nanti hilanglah manis rasa ikan. Saya lebih suka menggoreng ikan Mabong, spesies kembong saiz besar yang juga sangat sesuai dibuat gulai masak lemak tempoyak atau cili api.Ikan Kerisi
Ikan Rebus atau Lengat
Ikan Rebus memang sedap kalau digoreng atau dimasak sambal. Di sesetengah negeri, ada masakan Nasi Goreng Ikan Rebus lagi ... Ini disebabkan oleh rasa ikan rebus yang sedikit masin. Tak perlu menggoreng menggunakan serbuk kunyit, cukup hanya dengan membuang isi perut ikan ini, dan goreng dengan minyak yang sedikit. Untuk memudahkan anda buang isi perut, masukkan dulu ke dalam petiais ruang sejuk beku. Ikan Rebus dihasilkan dari ikan kembong, dan selalunya dari saiz sederhana besar.Ikan Keli
Ikan Keli memang sesuai digoreng ... disebabkan ia ikan sungai, maka ia agak berlemak ... maka proses menggoreng perlu berhati-hati kerana ada masa ia akan 'meletop'. Anak-anak saya memang sukakan Ikan Keli Goreng. Sesetengah orang, akan tambahkan sambal tumis untuk jadikan ia lebih kick ... Di Parit Buntar, ikan keli goreng madu sangat disukai ramai, dan menjadi antara menu menarik di Nasi Kandar Ali - Nasi Kandar Beratur yang terkenal di Malaysia.Ikan Talapia
Ikan ini selain sedap dipanggang, ia juga sedap jika digoreng. Seperti mana ikan keli, rasanya agak lemak manis. Andai ikan Talapia anda agak berbau hamis dan hanyir, cuba goreng sehingga rangup dan jadikan ia gorengan bersambal ... in Sha Allah, ia pasti menyelerakan. Ikan Talapia ada beberapa jenis, tetapi jenis yang popular ialah Ikan Talapia Merah dan Ikan Talapia Hitam. Ikan Talapia Merah (Putih), rasanya lebih sedap berbanding Ikan Talapia Hitam.Ikan Kerapu
Ikan Kerapu bersaiz kecil dan sederhana memang sedap kalau digoreng. Andai ia bersaiz besar, boleh digoreng dan dijadikan masakan Tiga Rasa atau Sweet Sour. Isinya yang kenyal juga sesuai untuk dijadikan gulai, terutama masak lemak cili api dan juga kari. Ikan kerapu yang bersaiz besar tidak berapa sedap digoreng kerana isinya agak keras, lebih sesuai untuk sup.Ikan Jenahak
Seperti juga Kerapu, saiz sederhana ke bawah sahaja yang sedap untuk digoreng. Kalau besar, elok dijadikan gulai kari. Sangat sesuai untuk menggoreng bagi masakan Tiga Rasa atau Sweet Sour. Ia juga sesuai untuk dipanggang.Ikan Bawal
Di sesetengah tempat, masakan Ikan Bawal Goreng Tepung agak popular dan digemari ramai. Apatah lagi andai ia dihidangkan panas-panas. Bagi saya, saya lebih suka menggoreng ikan Bawal yang bersaiz kecil iaitu dari jenis Ikan Bawal Putih. Sedap digoreng sehingga rangup dan makan seperti memakan keropok. Manakala ikan Bawal Emas, dan Bawal Hitam selalunya digoreng untuk dijadikan masakan Sweet Sour.Ikan Nyok-Nyok
Saya suka menggoreng ikan ini, dan jadikan ia sebagai bahan untuk Masak Asam. Saya pernah sediakan resepi mudah Ikan Nyok-Nyok Masak Asam yang kini menjadi antara menu sedap kami setiap minggu. Boleh dikatakan ia merupakan resepi mudah turun-temurun, dari emak saya .. memang lazat ... terbaik.Ikan Selar Kuning
Ikan Selar .. ikan yang sangat mudah didapati di pasar. Ikan ini memang tak ada resepi lain dah yang lebih sedap selain digoreng.Ikan Sardin
Seperti juga ikan Selar Kuning, ikan Sardin sesuai untuk digoreng ... dan boleh juga dijadikan ikan alternatif untuk dijadikan bahan utama Masak Asam. Ada juga yang jadikan ikan ini untuk menu Asam Pedas. Sangat sesuai untuk dijadikan isi ikan untuk membuat kuah laksa.Ikan Bilis
Ahhh .. ikan ni tak yah cerita ... memang sedap kalau digoreng, lagi-lagi ikan bilik Tamban ... :) boleh divariasikan menjadi sambal bilis. Mudah, memang mudah .. dan pada masa sama menyelerakan dan menjadi hidangan bajet terbaik.[Baca] Rahsia Menjadikan Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap Menyelerakan
Orait. Sebenarnya hampir semua ikan yang dijual di pasar boleh dijadikan ikan goreng. Cumanya nak menggoreng itu kena gunakan teknik berbeza. Ada yang kena guna api kecil, ada api sederhana.. dan ada yang sedap digoreng jika menggunakan api besar.
Goreng adalah cara asas untuk menyediakan lauk. Jika tak pandai menggoreng ... saya fikir memang ada yang tak kenalah. Cukup hanya ketahui dua benda - masak nasi dan goreng ikan .. in Sha Allah, orang muda yang baru berkeluarga boleh survive dan berjimat.
Fida suka ikan temenung..memang boleh ratah biarpun 5 ekoq..hahaha
BalasPadamHmm adik beradik ikan kembong je .. :)
Padamikan sepat satu lagi bang sedap...aummmm
BalasPadamSA tak kisah ikan apa kalau goreng sedap je..baru2 ni SA suka ikan tamban yang baru naik dari laut..beli kat nelayan..goreng garing sedap betul cuma kena hati2 sebab ikan ni banyak tulang
BalasPadamSy pilih ikan kerisi.hee
BalasPadamSy pilih ikan kerisi.hee
BalasPadamtengok ikan goreng pon dah terliuq nie. haha
BalasPadamikan goreng lauk simple tetapi menyelerakan
BalasPadamIkan yang paling Mrs. A suka goreng aje ikan kembong yang besar-besar tu. Kalau makan nasi dengan itu pun aje dah cukup
BalasPadamYa .. Mabong .. badan ada sikit warna hijau .. baru sedap.
PadamXpandai pakai api selain medium...semua kasik.medium je
BalasPadamXpandai pakai api selain medium...semua kasik.medium je
BalasPadamWahh.. mmg sesedap ikan2 tuh.. dapt pulak mkna ngan nasik panas yang lelembek.. perhh....
BalasPadamterima kasih tuan tanah HH... sekarang ni saya baru berjinak-jinak dalam hobi memasak...keluar pula post macam ni...memang terbaik =)
BalasPadamIkan jenahak tak pernah rasa lagi kalau digoreng
BalasPadamIkan Jenahak orang suka masak stim, dan 3 rasa. 3 rasa atau sweet sour ikan mesti kena goreng dulu kan? Huhuhu .. panggang pun banyak orang buat
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.