Saya pasti ramai kakitangan kerajaan (sektor awam) yang masih lagi mushkil dan keliru tentang cara untuk membuat pinjaman perumahan kerajaan. Dulunya, pinjaman perumahan kerajaan diuruskan di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), tetapi mulai 1 Januari 2016, ianya telah dijadikan sebuah badan berkanun dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Setakat ini (dalam pengetahuan saya), skim pinjaman perumahan kerajaan adalah merupakan skim yang memberikan kadar faedah pinjaman terendah, dan pinjaman boleh lulus sehingga 100% nilai harga pembelian rumah/hartanah. Amat beruntung sekali mereka yang menjadi penjawat awam.

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA)

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan
Sebagai memudahkan pemahaman bagi mereka yang merupakan penjawat awam, saya akan kongsikan satu infografik yang saya fikir akan membantu mereka yang berkelayakkan untuk memohon dan membuat pinjaman perumahan di bawah kendalian LPPSA. Infografik ini saya peroleh (dengan keizinan) daripada Mega 3 Housing, dengan niat untuk menambah pengetahuan dan memberikan informasi berkaitan pinjaman perumahan yang ada.

Namun sebelum itu, elok saya kongsikan terlebih dahulu kelayakan pinjaman yang boleh dipohon bersandarkan kepada gaji bulanan hakiki seorang kakitangan awam. Ia penting supaya anda boleh tahu had kelayakan harga rumah yang boleh anda beli dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan LPPSA ini.

Berikut adalah kelayakan pinjaman berdasarkan gaji bulanan hakiki seorang penjawat awam:


Gaji Bulanan Hakiki (RM)Kelayakan Pinjaman (RM)
8,500 ke atas600,000.00
6,500 ke 8,499562,000.00
5,500 ke 6,499525,000.00
4,500 ke 5,499500,000.00
3,500 ke 4,499475,000.00
3,000 ke 3,499400,000.00
2,500 ke 2,999350,000.00
2,000 ke 2,499320,000.00
1,500 ke 1,999260,000.00
1,200 ke 1,499210,000.00
1,000 ke 1,199150,000.00
999 dan ke bawah120,000.00
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Peraturan BPP - Anda boleh rujuk peraturan pinjaman berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki ini berdasarkan jadual pertama yang saya paparkan tadi. Untuk peraturan jabatan, anda kena rujuk dengan jabatan masing-masing, tetapi sejauh pengetahuan saya, ia tidak banyak bezanya pun.

Namun, untuk lebih pemahaman, boleh klik contoh-contoh pengiraan yang telah disediakan di bawah ini.
Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA Cara-Cara Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Cara-Cara Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA
Cara-Cara Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

Saya harap infografik di atas dapat membantu sedikit sebanyak untuk memahami aliran bagaimana untuk membuat pinjaman perumahan khususnya untuk kakitangan awam. Panduan ini merupakan inisiatif untuk membolehkan ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, terutama bagi mereka yang masih lagi menyewa di kediamaan yang kurang selesa. Daripada menyewa, adalah lebih baik memiliki, tak gitu?

Sudah bersedia untuk memiliki rumah sendiri? Lawati laman web - Mega Three Housing untuk mengetahui dan mendapatkan info berkaitan harga dan lokasi rumah yang ditawarkan untuk kakitangan awam.

Kongsikan dengan rakan-rakan anda, dan manfaatkan infografik panduan membuat pinjaman perumahan kerajaan ini sebaiknya. Jangan lupa untuk klik pautan yang disediakan sebagai alat bantu tambahan untuk faham dengan lebih jelas.

Semoga dapat dimanfaatkan bersama.

[full_width]

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement