Kisah Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau telah menjadi viral di laman sosial! Akibatnya, ramai pelanggan yang datang berpusu-pusu ke gerai makan tersebut yang terletak jauh masuk ke jalan tali air berdekatan Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak. Persoalannya, sedapkah Mee Udang di Gerai Parit 30 yang menjadi viral tersebut? Maka, saya dan keluarga telah pergi untuk menyiasat rasa dan selera. Ikuti review kami ...

Hmm nak dijadikan cerita, pemilik gerai tersebut adalah seseorang yang isteri saya kenal. Beliau merupakan seorang kakitangan Hospital Parit Buntar, dan menjadi nelayan adalah kerja sampingan yang diusahakannya setiap minggu. Jadi, daripada hasil tangkapan udang, ketam dan siput segar ... beliau ambil inisiatif mencari pendapatan sampingan dengan membuka Gerai Parit 30, dengan menu utamanya Mee Udang, Mee Ketam dan juga Mee Siput Siput Kemudi. Seorang yang patutnya dicontohi ramai!

Sedapkah Mee Udang Gerai Parit 30 Kuala Kurau Yang Viral Tu?

Sedapkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral Tu?
Saya dan isteri telah berkesempatan ke Gerai Parit 30, yang terletak lebih kurang 4.0 km atau 10 minit perjalanan sahaja dari pekan Kuala Kurau. Jalan masuk ke sini memang sedikit berlopak kalau hujan, dan berdebu ketika kering. Jalan selorong ke gerai ini merupakan jalan tepian ban atau tepian tali air, jadi kena hati-hati. Di hujung jalan, anda akan nampak kunci air ke muara sungai, yang merupakan spot memancing ikan Siakap. Gerai ini dari jauh boleh anda kena-pasti kerana ianya satu-satunya gerai yang ada di situ, betul-betul bersebelahan dengan jeti nelayan.

Keterujaan Isteri Tentang Mee Udang Segar

Isteri saya memang teruja untuk ke Gerai Parit 30 ini, memandangkan ramai kawan-kawan yang dok memperkatakannya selain menjadi viral di laman sosial kisah Mee Udang dan Mee Ketam yang disebut-sebut sangat segar dan sedap. Uhhh orang jauh pun dah sampai tempat ni macam Dato' Malek Nor, takkan kami yang berjarak sepelaung ni tidak sampai ke sini .. huhuhu.. malulah bila ditanya orang .. haha.
Sedapkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral Tu?
Gerai Mee Udang Parit 30 ini dibuka seawal jam 11 pagi setiap hari. Namun, kami berkesempatan ke sini pada sebelah petang di mana ramai pelanggan sudah pun memenuhi ruang makan. Ada 3 kawasan ruang makan disediakan di gerai ini, jadi ... anda boleh pilih mana yang sesuai. Tapi, saya nasihatkan .. baik pilih tempat atau meja makan yang berdekatan dengan tempat ambil order, atau bahagian yang dekat dengan dapur. Kalau tak ... pesanan anda mungkin ke laut .. haha.

Info dan Fakta Ringkas Gerai Parit 30 Kuala Kurau

Sedikit fakta ringkas untuk saya kongsikan:
  • Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam, kecuali hari Isnin.
  • Pemilik merupakan kakitangan Hospital Parit Buntar, adiknya pula adalah seorang anggota polis di Pulau Pinang.
  • Mee Siput Kemudi adalah makanan istimewa di sini selain Mee Ketam.
  • Udang, ketam dan siput adalah hasil tangkapan sendiri dan nelayan berdekatan.
  • Sistem sebut nama adalah sistem digunapakai untuk ambil pesanan. Anda boleh gunakan nama samaran best-best supaya mudah diingati contohnya Shah Rukh Khan, Lee Chong Wei, Siti Nurhaliza, Aaron Aziz mahupun Hasrul Hassan.... hehehe. Jadi, apabila pesanan anda siap, nama akan disebut dan anda hanya perlu angkat tangan atau menyahut, tiada sistem nombor meja disediakan.
  • Jika anda memesan Mee Ketam, pesanan anda akan ambil masa sedikit berbanding Mee Udang.
  • Saiz udang dan ketam memang besar, tak muat mangkuk dibuatnya.
  • Tempat parkir kereta agak selesa dan mencukupi.
  • Sesekali akan ada bau hanyir dari jeti berdekatan, dan air sungai.
  • Jarak dari jalan utama lebih kurang 1 km, maka kalau datang malam ... mungkin tak berapa perasan gerai ni yang terletak di penghujung jalan. 
  • Kawasan Gerai Parit 30 ini juga merupakan spot memancing ikan Siakap ketika air surut.

Mendukacitakan?

Agak mendukacita apabila sampai ke sini sebenarnya .. huhu ... sebab apa yang kami hajati tak ada. Kami sebenarnya, err saya sebenarnya nak merasa Mee Ketam yang disebut-sebut dan menjadi viral di laman sosial, tetapi malangnya bekalan ketam segar tidak mencukupi. Jadi, terpaksa berpuas-hati dengan memesan Mee Udang sahaja. Uhh ingat senang ke nak dapat ketam? Saya pernah menjerat ketam di Banting ... perghhh memang sukar ... tak percaya, cubalah sendiri.
Sedapkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral Tu?

Sedapkah Mee Udang di Gerai Parit 30 ini? Hmm .... secara jujurnya, saya dan isteri pernah merasai Mee Udang yang rasanya lebih sedap dari apa yang dihidangkan di gerai ini. Tetapi, tidak menolak kenyataan bahawa udang yang dihidangkan memang segar dan rasanya manis. Cuma rasa kuahnya sahaja yang kurang menepati selera kami. Pada sesetengah orang, apa yang dihidangkan mungkin terbaik untuk selera mereka. Apapun, habis jugalah 4 pinggan Mee Udang yang kami pesan, anak sulong sayalah yang paling owesome sehingga dihabiskan ketiga-tiga pinggan yang tak dihabiskan sepenuhnya.

Terkilan rasa tidak dapat memesan Mee Ketam. Jika dilihat pada page Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau, ramai yang kongsikan gambar Mee Ketam yang nampak sangat sedap, apatah lagi dengan saiz ketam yang menyentap keinginan. Saya pernah makan Mee Ketam yang best di Langkawi, jadi .. ada  juga keinginan mahu bandingkan rasa antara duanya .. huhuhu ...

Mahu Datang Lagi .... Sudah Pasti!

Mungkin akan ada peluang di lain masa untuk merasai Mee Ketam di Gerai Parit 30 ini, in Sha Allah .. saya akan kongsikan andai ada kesempatan. Buat masa ini, enjoy beberapa gambar yang saya ambil ... dan beberapa gambar Mee Udang dan Mee Ketam yang diperoleh dari laman Facebook.


Sedapkah Mee Udang Gerai Parit 30 Yang Viral Tu?
Review Gerai Parit Tiga Puluh Kualau Kurau, Perak
Review Gerai Parit Tiga Puluh Kualau Kurau, Perak
Review Gerai Parit Tiga Puluh Kualau Kurau, Perak

Teguran Untuk Gerai Mee Udang Parit 30, Kuala Kurau

Oh ya, ramai juga pelanggan yang tinggalkan komen berbentuk kritikan dan teguran terhadap Gerai Mee Udang Parit 30 ini di laman sosial. Antara perkara yang ditegur adalah:
  • Pesanan lambat diterima - biasalah benda ni berlaku bila pelanggan ramai datang serentak. Jadi, mohon kesabaran anda diletakkan.
  • Pesanan silap - pesanan diambil guna kertas + pensil .. memang sering berlaku kesilapan. Kedai mamak pun biasa buat silap.
  • Harga minuman yang tidak seragam - harga satu jug lebih mahal dari harga segelas air (andai dicampurkan jumlah gelas dari satu jug), baru berbisnes ... normallah.
  • Selalu menu tak ada - bekalan ketam dan siput terhad .... err macam kes sayalah. Ini memang tidak boleh dijangka.
  • Kakitangan tidak cekap - untuk ambil dan hantar pesanan, kebanyakkan bebudak kampung je yang kerja sambilan. Biasalah tu. Bagus bagi kerja kat anak-anak kampung sendiri.
Komen pengunjung gerai parit 30
Dan saya nampak teguran dan kritikan yang diterima ini telah diambil perhatian oleh pemilik. Yelah, pemilik pun bukannya orang sebarangan, orang yang kerja di hospital yang memang berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai orang ramai, jadi sedia maklumlah tu. Lagipun, gerai ini masih baru ... terkejut lagi apabila jadi viral, maka beri peluang untuk perbetulkan dan perbaiki. Jangan nak kondem je ... huhuhu.. 
Review Gerai Parit Tiga Puluh Kualau Kurau, Perak
Berikut beberapa gambar Mee Udang dan Mee Ketam dari Gerai Parit Tiga Puluh (30) yang menjadi viral di laman sosial .. uhhh .. tak mengundang ke namanya?

Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau

Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau
Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau
Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau
Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau
Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau
Gambar-Gambar Mee Udang, Mee Ketam Gerai Parit 30, Kuala Kurau
Untuk lihat lebih banyak gambar, dan juga komen daripada pengunjung yang pernah makan Mee Udang, Mee Ketam di Gerai Parit 30, Kuala Kurau ini .. bolehlah jenguk di page ini - FB Mee Udang Parit 30 Kuala Kurau

Jika anda pernah ke sini, boleh kongsikan rasa dan pendapat di ruangan komen di bawah. Jika belum, bolehlah mencubanya nanti. Gunakan aplikasi Waze atau Google Map pun leh jumpa gerai ni, in Sha Allah.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nampak sedap je tu ha..ohoh..penah sampai ke Ban Pecah..tapi lepak kejap je masa tu. sempat la amek kamera shoot sunset..oho..lawa sini

    BalasPadam
  2. Uih terliur tengok ketam gedabak besaq sepingan mangkuk tu.. Hishh sedap2.. bila lah nak pi sana ni .. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tengah tunggu peluang untuk pergi kali kedua.

      Padam
  3. Semua info sgt berguna, tp harga x di sebut :)

    BalasPadam
  4. Semua info sgt berguna, tp harga x di sebut :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement