Saya boleh dikatakan kerap juga pergi memancing. Di tempat saya, tempat atau lokasi memancing paling hot ialah di Ban Pecah, Kuala Sungai Baru, Kuala Kurau. Dah bertahun juga saya tak ke tempat ni ..... malah sejak saya 'tinggalkan' spot memancing ini, sudah banyak perubahan dari segi struktur dan muka bumi Ban Pecah. Lokasi ini juga sering dikunjungi pemancing untuk menjerat Siakap Merah, dan juga Kerapu di tepian batu.

Sekarang, kalau saya mahu memancing .. saya pilih dua tempat, iaitu di Chalet Amir, Setiawan untuk memancing Siakap, dan di Rockbund Fishing Chalet untuk memancing Kerapu. In Sha Allah, dua tempat ini tidak akan menghampakan, paling tidak mesti akan dapat sekor dua ikan - walaupun bukan ikan yang dalam kategori kelas A.

Tips Memancing Ikan Kerapu di Tepian Batu

Tips Memancing Kerapu di Tepian Batu
Disebabkan rezeki Allah S.W.T berikan, saya dan anak-anak kerap mendapat ikan Kerapu kalau pergi memancing di Rockbund Fishing Chalet. Mulanya tu, terkapai-kapai juga nak menjerat ikan ini yang sering bersembunyi di celahan batu tepian pantai.

Tapi alhamdulillah, ilham dikurniakan Allah S.W.T kepada anak saya untuk mengetahui teknik memancing yang mujarab bagi menaikkan ikan Kerapu, terutama Kerapu jenis gred A yang banyak terdapat di batu-batuan Rockbund Fishing Chalet ini. Al-maklumlah, satu waktu dahulu kawasan ini penuh dengan batuan karang yang menjadi habitat ikan yang berharga mahal di pasaran ini.
Tips Memancing Kerapu di Tepian Batu
[post_ads]
Ok, ini adalah tips memancing ikan Kerapu yang anak saya praktikan:
  • Memancing menggunakan mata kail bersaiz kecil (10 - 12)
  • Mata kail mestilah bengkok sisi dan mempunyai bukaan luas.
  • Jika air laut mati, gunakan joran dengan batu ladung kecil tanpa menggunakan pin.
  • Jika air laut deras dan berombak kuat, gunakan joran tanpa batu ladung, tanpa pin - seperti memancing ikan Puyu.
  • Untuk merasakan aksi terbaik, gunakan pancing atau joran aksi ringan. Akan lebih terasa bila ikan Kerapu makan umpan.
  • Perambut mata kail mestilah pendek, kurang 15 cm.
  • Gunakan umpan udang mati - tetapi bukan udang pasar. Boleh dipotong kecil.
  • Jika gunakan umpan udang hidup, kopek bahagian kepala sedikit sehingga otak udang keluar.
  • Jangan sentap terlalu kuat jika umpan dimakan Kerapu, takut tersangkut pada tepian batu.
  • Baling umpan lebih kurang satu hingga dua meter daripada tepian batu. Lepaskan tali sedikit.
  • Apabila terasa umpan dimakan - getuan kecil, cuba tarik. Jangan panik jika rasa tersangkut sebab ikan Kerapu suka bawa umpan masuk ke celahan batu. Anda mungkin akan rasa seperti pancing tersangkut. Jika berlaku keadaan sebegini, longgarkan tarikan atau tali sedikit. Dan kemudian karau kekili, buat berulang kali sehingga ikan dapat dinaikkan.
Tips Memancing Kerapu di Tepian Batu
[post_ads_2]
Semoga tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan berguna untuk mereka yang nak memancing ikan Kerapu di celahan dan tepian batu. Teknik ini memang mujarab setakat entri ini ditulis, dan alhamdulillah, kami tidak pernah hampa untuk mendapatkan ikan Kerapu setiap kali memancing di Rockbund Fishing Chalet.

Cubalah.

Sedap weihhh dapat makan ikan fresh .. lagi-lagi hasil pancingan sendiri dan anak-anak. Anak-anaklah paling gembira ...


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement