Apple telah pun mencapai ulangtahun ke 40 pada 1 April 2016. Ini bermakna sudah 4 dekad Apple berada di kalangan pengguna serata dunia. Misi dan visinya yang mahu dekat dengan pengguna telah memberikan impak yang sangat fenomena. Kini, Apple mendekati pengguna dari segenap sumber dari produktiviti kerja, kediaman di rumah, menerusi muzik dan hiburan termasuklah cara kita berfikir.
20 Kelebihan iPhone SE
Dan pada tahun ini, 2016 ... Apple telah mengumumkan beberapa perubahan besar dalam produknya. Antara yang paling menarik ialah program recycle atau kitar semula. Ia adalah kesinambungan misi Apple untuk membantu dalam memelihara alam sekitar, iaitu menambah penggunaan tenaga boleh diperbaharui, menggunakan bahan yang boleh dikitar semula, mengurangkan penggunaan bahan merbahaya kepada alam sekitar dan menambah nilai kepada produk yang sedia ada, kepada keperluan yang lebih bersifat individu.Berikut adalah 20 kelebihan yang ada pada iPhone SE ... dan in Sha Allah, akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi sekitar penghujung April 2016 (tidak rasmi).
Berikut adalah perbandingan spesifikasi di antara iPhone SE, iPhone 6 dan iPhone 6S ...
Pihak Apple mendakwa bahawa iPhone SE merupakan telefon pintar berskrin 4 inci yang paling berkuasa untuk masa ini, dan bakal menjadi perhatian kepada pelanggan yang menyukai telefon pintar yang kompak dengan cirinya kuasa tanpa tolok bandingan.
Untuk lebih gambaran mengenai iPhone SE, anda boleh rujuk laman rasmi Apple di pautan berikut - http://www.apple.com/iphone-se/
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.