Sebelum ini, saya pernah menulis mengenai situasi #SayaZahra dan berkongsikan tentang - Tips serta Penyelesaian Masalah Kewangan dan Cara Memiliki Rumah Sendiri Untuk Belia Generasi Y. Walaupun saya telah menulis dengan agak panjang lebar, dan berkongsi sesuatu yang boleh membantu golongan muda di Malaysia, nampaknya ia kurang mendapat perhatian.
5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian Sendiri di Usia Muda
Post saya yang disebutkan #SayaZahra di atas tadi nampaknya kurang respon dan hanya dikongsikan sebanyak 15 kali sahaja. Nampak jelas, sebenarnya ramai generasi muda yang masih lagi alpa dan tidak memikirkan akan masa depan mereka. Oleh sebab itu, tidak menjadi satu kehairanan buat saya mengapa dan kenapa ramai golongan muda yang muflis, yang banyak hutang, serta tidak mampu memiliki rumah sendiri, dewasa ini. Hanya segelintir sahaja yang sedar, dan melakukan sesuatu untuk memastikan masa depan mereka terjamin.
Jangan Sampai Nama Masuk Blacklist!
Apabila sudah berada di situasi sukar, barulah mencari segala pertolongan. Tetapi, apa boleh buat, hutang sudah bertimbun, kemudian nama pula berada di dalam barisan nama blacklist CCRIS dan CTOS. Apabila ini berlaku, nak buat pinjaman perumahan pun sudah tidak boleh. Maka, haraplah pada skim itu dan skim ini ... yang nyata beribu lagi sedang bersusun untuk memohon pada skim yang sama.Jom Praktikkan 5 Rahsia Untuk Miliki Rumah Impian di Usia Muda
Cuba praktikkan 5 rahsia ini, sebaik sahaja anda mendapat pekerjaan pertama anda. Kata orang, biar bersakit dahulu, bersenang-lenang kemudian. Rahsia memiliki rumah di usia muda ini telah diguna-pakai oleh ramai golongan yang berjaya memiliki rumah sendiri, bukan setakat satu atau dua.. malah lebih. Paling menarik, ada yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan pula.- Ketepikan sedikit duit secara tetap pada tiap-tiap bulan untuk “Tabung Rumah Impian”. Mungkin mula dengan RM200 pada bulan pertama, kemudian meningkat pada bulan seterusnya. Yang penting mestilah Istiqomah iaitu tetap dan berterusan. Kalau anda mempunya masalah disiplin, boleh terus buat simpanan melalui potongan autodebit, cara ini lebih konsisten kan? Tak adalah tabungan anda macam chipsmore nanti, kejap ada kejap takde. Tapi senang cerita anda hanya perlu disiplin dan tahan hawa nafsu memboros.
- Jangan sesekali terima cinta oleh kad kredit. Memang semuanya nampak manis di awal perkenalan, semua yang anda nak dia tunaikan. Tapi tahukah anda, cinta ini memakan diri anda sendiri. Saat nak melunaskan semua yang ditunaikan dengan tamak haloba anda, pahit nya hanya anda yang boleh rasa. Hati-hati, licik tau dia ni. Jangan terpedaya! Tapi kalau dah terikat, cepat-cepat selesaikan semua hutang anda, elakkan meggunakannya dan jangan biar ada baki tertunggak.
- Tak cukup dengan godaan kad kredit, ditambah lagi dengan kemudahan sewa beli gadget terkini. Nampak mudah kan, tapi kalau boleh jangan lah banyak sangat komitmen. Dapatkan apa yang paling penting dulu.
- Mula buat tinjauan harga rumah, kalau rajin , sentiasa kunjungi seminar atau pameran membeli rumah, almaklumlah semua benda kena belajar, jangan belagak pandai… nanti sendiri yang rugi. Setidak-tidaknya, anda dapat tahu info berguna dan tidak kena tipu semasa proses pembelian rumah nanti.
- Pembiayaan Peribadi pun jangan! Interest tinggi dan anda pasti akan rasa terbeban untuk membayarnya sebab tak nampak mana pergi duit tu bila dah habis.
Sudah Terlambat?
Ok. Mungkin anda sudahpun tidak lagi muda. Dan anda mungkin sudah bertahun bekerja. Niat masih ada untuk memiliki rumah sendiri, jadi anda kena rajinkan diri untuk mencari info dan maklumat berguna tentang perumahan baru atau lama yang hendak dijual. Mungkin masih ada yang dijual pada harga yang mampu anda miliki, siapa tau.Lawati laman web - Mega Three Housing untuk mengetahui dan mendapatkan info berkaitan rumah mampu milik untuk golongan seperti anda.
Kesimpulannya, wujudkan impian untuk memiliki rumah dari awal. Awal 20an, awal 30an, awal dapat kerja, awal dapat kerjaya baru, awal dapat isteri, awal dapat anak ... dan pastikan anda melakukannya dengan bersungguh dan berdisiplin. Jangan sampai anda sudah bercucu-cicit .. anda masih lagi berada di sebuah rumah sewa yang diduduki bersama anak dan cucu-cucu anda.
Lakukan dari sekarang. Ikuti tips yang telah saya kongsikan tadi, dan jadikan 5 rahsia memiliki rumah impian sendiri di usia muda sebagai panduan untuk anda.
Semoga bermanfaat.
Artikel di atas telah diubahsuai dan diolah oleh saya berdasarkan artikel - Rahsia Memiliki Rumah di Usia Muda. Ia adalah sebahagian dari usaha saya bersama Mega Three Housing untuk mendidik masyarakat khususnya golongan muda dan belia untuk memiliki rumah sendiri di usia muda.
Kongsikan artikel ini sebanyak yang mungkin, dan tag rakan-rakan anda. Prihatin anda akan dapat membantu lebih ramai berjaya memiliki rumah impian mereka. Support this, do please share.
[full_width]
Saya banyak emmbaca pasal pelaburan. saya banyak gagal dalam melabur. Tapi satu pekara common yang saya belajar ialah; dalam apa jua pelaburan, simpanan adalah pekara paling basic yang perlu dijaga. Simpan untuk modal. Tiada pelaburan atas angin. Kalau ada pun mesti ada unsr-unsur gelap dalam pelaburan itu.
ReplyDeleteSetelah melabur pun, boleh atau tidak pelaburan itu berhasil masih lagi bergantung kepada boleh atau tidak sesorang itu menyimpan. Kalau tak boleh menyimpan, hasil pelaburan itu akan hangus, pelaburan itu akan lingkup.
Kebanyakan orang kata kalau nak berjinak dalam pelaburan mulalah dengan fiedx deposit. Berapa sen sangat intrest fixed deposit tu. Tak de orang akan kaya pun simpan fix deposit tu. Tapi sebenarnya, displin menyimpan tu adalah 'intrest' sebenarnya.
Kalau tak usik duit yang disimpan untuk tempohnya, berjaya displinkanbuat amcam tu, bidang pelaburan apa pun, dia boleh ceburi.
"Menyimpan adalah asas kepada pelaburan"
mantap banget ini tips nya, salam sukse.!
ReplyDeletememang tips ni berguna sangat.. kunci nya .. kena simpan.. itu jer.. dh dpt 1st rumah.. dh best dpt profit hasil sewa.. semangat tu dh senang cari..
ReplyDeleteNice Articles
ReplyDeleteBagus tips yang diberikan. Memang btul tu, perlu ketepikan sedikit sedikit wang untuk simpanan Sikit2, lama2 banyak jugak..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.