Cara nak masak telur suku atau separuh masak - Salah satu kegemaran saya dan anak-anak ialah makan telur separuh masak. Jika masa kecik-kecik, mak saya akan gunakan bekas berlubang untuk dapatkan telur suku masak yang sempurna. Bekas ini boleh dibeli di pasaraya besar. Kalau di Mydin Parit Buntar, bekas memasak telur separuh masak ini dijual dengan harga RM9.50. Tetapi kali ini, saya nak kongsikan cara hasilkan telur suku masak gaya House Husband.

Sebenarnya agak sukar untuk mendapatkan telur suku masak yang sempurna. Tapi alhamdulillah, setakat ini semua percubaan saya untuk hasilkan telur suku masak berjaya. Untuk hasilkan telur suku masak yang sempurna, paling penting ialah anda perlu tahu kekuatan api. Ia juga bergantung dengan jumlah telur yang anda masak.

Cara Hasilkan Telur Suku Masak Gaya House Husband

Tapi cara saya ini tidak perlu pun ambil kira soal jumlah telur. Anda boleh masukkan seberapa banyak telur, dengan syarat air dimasukkan untuk cukup menenggelamkan separuh bahagian telur tersebut.

Ok. Boleh gunakan tips atau cara saya hasilkan telur suku masak ini, huhuhu .. telur suku masak gaya house husband.
  1. Basuh telur sehingga bersih
  2. Masukkan telur tersebut ke dalam periuk atau kuali
  3. Masukkan air sehingga separuh telur
  4. Buka api dengan kekuatan sederhana
  5. Tunggu sehingga air mengelegak penuh (banyak buih air)
  6. Biarkan selama 5 minit (jangan terlebih)
  7. Tutup api.
  8. Biarkan selama 5 minit lagi dengan golek-golekkan telur dalam periuk atau kuali.
  9. Dah siap ..

Hasilnya adalah seperti di bawah ini.
Cara Hasilkan Telur Suku Masak Gaya House Husband
Saya dan anak-anak suka letak kicap Jalen Lemak Manis, dan juga sedikit lada sulah. Pastu kacau sehingga sebati ... fuh .... memang the best.
Cara Hasilkan Telur Suku Masak Gaya House Husband
Boleh cuba cara saya masak telur suku masak ini. Kalau nak kuning telur tidak terlalu cair, tutup periuk atau kuali tadi dan biarkan telur selama 5 minit. In Sha Allah, telur akan lebih pejal dan tidak mencair seperti di atas.

Wife saya lak, dia beritahu .. kalau nak masak telur separuh masak, kena didihkan air sehingga menggelegak, pastu baru masukkan telur dan biarkan selama 4 minit dengan keadaan bertutup. Tapi masalahnya ialah ... apabila masuk telur lebih dari 2 biji, ada telur yang tidak masak terutama bahagian kuningnya.

Selamat mencuba.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hahahha..dulu, waktu aktif kat gym, sehari boleh katakan banyak makan telur separuh masak ni..tapi sekarang ni, dah takde lagi. bila baca entry sifu ni, adoi la..terasa nak makan balik laa...huhuhu

    ReplyDelete
  2. aku pun nak share jugak..ahha..nanti aku tulis entri pasal ni..cambest plak kan..ahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement