Cara Kira DSR dan Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank. Ramai antara kita yang mahu memiliki rumah, yelah .. sampai bila nak menumpang rumah orang dengan membayar sewa. Antara penyebab ramai antara kita masih lagi tidak memiliki rumah sendiri kerana risau mengenai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan daripada bank.

Cara Kira DSR & Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank

Ada di antara kita yang takut apabila mengetahui dan mendengar tentang harga rumah sehingga RM300k sehingga RM400k. Ramai yang terus menyangka bahawa mereka tidak layak untuk membeli rumah tersebut menerusi pinjaman dan pembiayaan perumahan daripada bank. Walhal mereka tidak pun mengetahui mengenai pengiraan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman perumahan, dan juga mengenai Debt Service Ratio (DSR).
Cara Kira DSR & Kelayakan Pinjaman Perumahan Bank

DSR ialah antara elemen terpenting untuk menentukan sama ada sesuatu pinjaman itu boleh lulus atau tidak. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai DSR pinjaman perumahan. Selain DSR ada juga faktor lain yang menentukan kelayakan dan jumlah pinjaman bank, namun untuk entri kali ini, saya kongsikan sedikit info tentang DSR dan bagaimana untuk kira kelayakan pinjaman perumahan bank.

DSR untuk pinjaman perumahan oleh bank ditentukan berdasarkan kepada formula di bawah.

Debt Service Ratio (DSR) = (Potongan pada slip gaji + Komitmen hutang  + ansuran baru perumahan / Gaji bersih) X 100%
Gaji bersih = Gaji kasar – potongan wajib seperti EPF, Socso, LHDN, dan Zakat

Sebagai contoh, katakan saya mahu membuat pinjaman perumahan dari bank A. Maka kiraan DSR saya adalah seperti berikut:

  • Gaji Pokok – RM2,500
  • Komitmen bulanan – EPF+ LHDN + Socso + Zakat = RM400
  • Pinjaman Peribadi – RM250 sebulan (boleh dilihat menerusi CCRIS)
  • Ansuran pinjaman baru = RM500
 Faham ye? Seterusnya ..
  • Gaji Bersih = 2500 – 400 = RM2100
  • Debt Service Ratio = (500+250/2100) * 100%
  • Debt Service Ratio Baru = 35.7%

Setiap bank di Malaysia mempunyai kadar DSR yang berbeza. Kadar ini dibezakan mengikut gaji pokok pemohon tersebut. Ada bank yang memberikan kadar DSR sehingga 74% maksimum, dan ada yang berikan kadar DSR 35% minimum.

Jadi, bersandarkan kepada contoh di atas, seandainya bank itu menetapkan kadar DSR adalah sebanyak 35% minimum, maka saya sudah dikira layak untuk memohon pinjaman perumahan dari bank tersebut. Namun, DSR bukanlah satu-satunya penentu. Bagaimana dengan jumlah pinjaman perumahan yang layak untuk anda?

Video Cara Pengiraan Jumlah Pinjaman Bank Yang Anda Layak

Sekarang, mari lihat cara pengiraan untuk kelayakan pinjaman dalam jumlah tertentu dengan lebih jelas lagi menerusi video yang saya kongsikan di bawah:



Jadi bagaimana? Agak jelas bukan? Apabila dah tahu cara kira DSR sendiri, dan melihat kepada cara pengiraan oleh pihak bank untuk memberikan anda pinjaman perumahan, anda bakal mengetahui samada anda layak atau tidak untuk membeli sesebuah rumah idaman anda.

Masalah seterusnya ialah, bagaimana selepas pengiraan tadi, anda didapati tidak layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan? Ok, jangan terlalu hampa dan kecewa, ada kaedah lain ... cuba tonton video di bawah ini pula.

Tak Layak? Adakah Alternatif Lain Untuk Melayakkan Pinjaman Perumahan?

Ya. Memang ada. Video di bawah ini akan tunjukkan kepada anda alternatif lain bagi anda (secara individu) yang mungkin tidak tepati syarat yang saya ceritakan di atas tadi.


Dah boleh tersenyum? Mestilah sebab sekarang anda sudah tahu cara kira DSR, tahu kelayakkan dari segi kewangan untuk membeli rumah idaman, dan sudah tahu bagaimana untuk membolehkan anda layak membuat pinjaman perumahan daripada bank.

Uruskan Kewangan Untuk Mendapatkan Pinjaman Perumahan Lebih Tinggi

Ini ilmu baru buat anda yang mungkin mahu memiliki rumah sendiri. Dari itu, dengan pengetahuan yang ada ini, maka bolehlah bermula dari sekarang untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik, terutama dari segi komitmen bulanan, agar nilai DSR menjadi lebih tinggi dan lebih baik. Mengapa? Supaya anda boleh membeli dan mendapatkan rumah idaman anda dengan harga yang ditawarkan.

Seandainya anda mahu mencari projek perumahan yang berkualiti, saya sarankan anda untuk melihat kepada projek-projek perumahan yang dikendalikan oleh Mega 3 Housing Sdn. Bhd. dan juga Raya Baiduri Sdn. Bhd. Anda boleh lihat senarai projek perumahan mereka menerusi laman web berikut - http://mega3.com.my/site2/project

Semoga paparan video serta post ini memberikan manfaat kepada anda. Kongsikan kepada rakan-rakan anda terutama untuk generasi baharu agar tahu bahawa pemilikan rumah itu tidak sesukar mana andai tahu cara dan kaedah.

Jika anda ada persoalan lain mengenai pinjaman perumahan bank, dan juga pinjaman perumahan kerajaan, boleh sahaja anda klik pautan di bawah ini untuk ketahui lebih lagi, khususnya soalan-soalan lazim mengenai pinjaman perumahan ini.

[+] Soalan Lazim Mengenai Pinjaman Perumahan

Akhir sekali, nasihat saya ialah ... fikirkan masa depan, beli rumah sekarang, jangan tunggu sehingga anda sudah tidak mampu membelinya. Ini adalah kerana harga rumah akan naik berkali ganda, jauh dengan gaji anda nanti. Ketika itu, pasti anda akan ketinggalan.

[full_width]

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam tuan Hasrul saya nak tanya berkaitan DSR tu, yg [Debt Service Ratio (DSR) = (Potongan pada slip gaji + Komitmen hutang + ansuran baru perumahan / Gaji bersih) X 100%] yang 'Ansuran Baru Pinjaman' tu sebenarnya apa ya? dia berkaitan dengan pembayaran sewa rumah yg sedia ada atau macam mana ya? sebab saya kuranng faham yang tu..harap tuan Hasrul dapat beri penjelasan yang mudah untuk saya faham. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sedia ada ni .. kalau kita nak buat pembelian rumah lain.

      Delete
    2. ouh ok2 faham...Terima Kasih Tuan sebab sudi reply comment saya.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement