Alhamdulillah, di Parit Buntar .. harga ikan segar semuanya boleh dianggap murah pada saya. Memang bertuah dan beruntung saya dan famili dapat menjadi pemastautin tetap tinggal berhampiran dengan pekan Parit Buntar. Itu sebab saya pernah menulis post 16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar lima tahun lepas dan post itu mendapat perhatian ramai dalam komuniti FB - Parit Buntar is My Hometown.

Ikan segar yang dijual di sini memang murah disebabkan ia berdekatan dengan jeti pendaratan ikan di sini. Boleh baca entri ni - Jom Cari Ikan Segar di Jeti Sungai Udang. Kalau beli ikan segar di jeti .. fuhh ... leh tengok ikan dok hauppp haupppp hauppp lagi. Mata pun bersinar putih jernih je. Samalah dengan udang ... memang murah sikit jika dibandingkan dengan tempat lain.

Ikan Segar Murah di Parit Buntar

Ikan Segar Murah di Parit Buntar
Sini ada beberapa pengkalan jeti besar naik ikan segar, ada Jeti Sungai Udang, Jeti Kuala Kurau, Jeti Tanjung Piandang dan beberapa jeti kecil lain dibina sepanjang perairan di sini.

Kenapa Harga Ikan Segar Murah di Parit Buntar?

Kenapa harga ikan segar ni murah? Sebabnya ialah kos pengangkutan tu telah dikurangkan. Kos nak simpan ikan pun kurang sebab tak perlu nak tunggu atau simpan lama ikan-ikan yang didaratkan nelayan. Sampai jeti dah boleh terus jual pada pemborong, dan peruncit. Tu sebab kalau nak beli ikan segar dengan harga jauh lebih murah .. terus je pegi jeti .. bawa bekas, bawa duit kecil ... lagi bagus .. bawa penimbang sekali.

[Iklan] Peluang jana income sampingan di rumah, hanya lakukan kerja depan komputer

Tapi, macam saya .. tak adalah nak ke jeti tetiap hari. Nak mudah, beli je di pasar. In Sha Allah, harga tak jauh beza sangat ... dalam 50 sen hingga seringgit je. Dan lagi, ada lebih pilihan sebab bekalan ikan segar kadang datang dari Kuala Muda, Kedah dan Pantai Remis, Perak yang tak jauh pun dari daerah Kerian ni.
Ikan Segar Murah di Parit Buntar
Cuma yang peliknya ialah .. kat Parit Buntar tak ada medan ikan bakar yang glamor... walaupun ikan segar mudah nak dapat. Lepas tu, kat sotong agak sukar nak peroleh dengan harga rendah. Yang selalu dapat harga ikan murah adalah jenis ikan Muara, ikan pesisir pantai, ketam Nipah, dan udang. Tu sebab antara menu dan masakan yang popular di sini ialah Mee Udang, Char Kue Teow, Mee Ketam, laksa, Gulai Kari Semilang.

Kalau kesempatan ke sini .. cubalah dapatkan ikan segar atau paling tidak makan masakan berasaskan laut. In Sha Allah, anda akan puas hati.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. minat nyer pegi beli ikan kat sampan je terus! biase setiap tahun balik labuan mesti cari ikan segar macam nie. Murah terlajar murah!

    ReplyDelete
  2. A'ah kan abg hasrul ... terdetik jugak di hati kat situ ada pasar jual ikan segar tapi restoran seafood takda pulak hehe.

    ReplyDelete
  3. Beli ikan terus dari nekayan best...freshnya tak dinafi...bila balik kampung biasa tak ke pasar rumah berhampiran laut...sebahagian besar nelayan kawan sekampung babah PC...mudah sedikit untuk dapat ikan segar dan murah...alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita masih ada kesempatan untuk merasa nikmat seperti ini. Esok lusa belum tentu lagi.

      Delete
  4. Dkat mane area ikan murah,parit buntar ni

    ReplyDelete
  5. Dekat mana nak beli ikan di Parit Buntar ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement