Uhh sedapnya Sup Ekor Lembu. Sebut sahaja Sup Ekor Lembu, ramai yang akan ingat dalam kepala akan rahsia khasiatnya yang boleh meningkatkan kekuatan tenaga ... khususnya tenaga batin seorang lelaki. Samada benar atau tidak, ia tidak dapat dipastikan secara saintifik. Tetapi, memang umum diketahui khususnya dalam masyarakat Melayu, bahawasanya khasiat dan rahsia Sup Ekor Lembu adalah untuk tenaga batin.

Ekor lembu adalah bertulang dan berdaging. Dagingnya pula adalah lembut dan berlemak. Jika ada program Aqiqah atau Qurban, sememangnya bahagian ini menjadi idaman semua. Harga ekor lembu yang dijual di pasar memang mahal sebabnya satu bahagian tersebut hanya boleh dapat dari seekor lembu sahaja, walhal permintaannya tinggi.

Khasiat Serta Rahsia Sup Ekor Lembu

Khasiat Rahsia Sup Ekor Lembu
Orang lelaki memang sukakan Sup Ekor Lembu. Orang perempuan pula, terutama yang sudah berumah tangga juga suka andai suaminya makan Sup Ekor Lembu. Kata orang tua-tua, sup ini jika dimakan panas-panas dua tiga jam sebelum melakukan hubungang intim suami isteri, ia akan bantu si suami menambah kekuatan tenaga batin. Fuhhhh ... berpeluhhhh kauuu ....

Suami yang nak makan Sup Ekor Lembu setiap hari ... belajarlah memasak sup ini .. bukan susah pun.

Kisah Kadi Nasihatkan Pasangan Muda Dengan Sup Ekor Lembu

Pernah dengar cerita pasal sepasang suami isteri muda di Kelantan yang datang ke pejabat kadi untuk bercerai tak? Alkisahnya .. seorang isteri yang muda lagi cantik dan jelita telah datang bersama suaminya ke pejabat kadi untuk bercerai .. tetapi telah dinasihatian oleh tuan kadi untuk pulang dahulu .....

Katanya bila ada pasangan-pasangan suami isteri yang masih muda datang menemuinya untuk bercerai, terutama di pihak perempuan, dia nasihatkan pasangan itu supaya pulang dulu, dan jangan berburu-buru hendak bercerai.  

Antara lain katanya, “Baliklah dulu. Berilah cik abang makan sup ekor setiap hari. Lebih baik kalau dicampur dengan madu. Kalau nak bercerai juga datanglah semula”.

Beliau seterus berkata, biasanya selepas itu mereka tak datang-datang lagi untuk menuntut cerai.

Itulah hebatnya penangan Sup Ekor Lembu ini. Khasiat serta rahsianya memang dah diketahui ramai, cuma mungkin disebabkan harga 'sebatang' ekor lembu agak mahal, maka jaranglah si isteri memasakkan sup ini untuk suaminya yang tersayang.

Suami Kena Tahu Masak Sup Ekor Lembu

Kalau si suami nak makan Sup Ekor Lembu, maka terpaksalah ke restoran dan kedai makan. Uhh .. kalau dah hari-hari nak pekena Sup Ekor Lembu ... mau kena pecah tabunglah jawabnya. Jadi, itu sebab lelaki House Husband seperti saya wajib tahu cara nak masak sup ini yang terangkat-angkat ... hoho.

Tahukah anda cara nak memasak Sup Ekor Lembu yang sedap dan penuh khasiat? Rahsia untuk menyediakan menu meransang tenaga batin ini adalah terletak pada bahan rempah ratusnya. Tidak boleh terlebih dan tidak boleh terkurang. Sup perlu ada rasa rempah yang sesuai dengan rasa. Andai terlebih bahan (awah) dalam rempah sup .. mungkin rasanya akan menjadi sedikit pelik.

Ciri-Ciri Sup Ekor Sedap Penguat Tenaga Batin


Sup Ekor Lembu yang sedap mempunyai kuah yang agak pekat. Anda boleh rasa rempah ratus di dalam sup yang sebenarnya menjadi pemangkin dalam tubuh untuk kekuatan dalaman. Sup yang dimakan ketika panas akan meransang sel-sel dalam badan ... itu sebab apabila menghirup dan menikmati Sup Ekor Lembu, tubuh akan mudah mengeluarkan peluh .. petanda baik untuk si suami yang akan 'bersama' dengan isteri ...huhuhu...

Ada yang beritahu saya, untuk memasak Sup Ekor Lembu yang power ... rahsianya adalah jangan tumis bahan-bahan rempah ratus seperti ramai yang melakukannya. Apa yang perlu dilakukan adalah terus merenih ekor lembu yang telah dibersihkan dan kemudian campurkan terus bahan rempah ratus ke dalam air rebusan. Tambahan lagi, ekor lembu sudah ada lemaknya sendiri .. dengan mengelakkan dari menumis, maka kuranglah sedikit rasa minyak dan berlemak.

Adakah anda seorang penggemar Sup Ekor Lembu? Adakah anda percaya bahawa khasiat rahsia Sup Ekor Lembu dapat memberikan kekuatan tenaga batin untuk lelaki? Huhuu... hanya satu cara sahaja untuk mengetahuinya .... huhuhu...

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement