Setiap Selasa atau Rabu, saya pasti akan singgah beli makanan di Balak Inn, Parit Buntar. Selain merasa menu istimewa Jagung Sagat, ABC, Banana Split dan Lai Chi Kang; antara menu lain yang best ialah Laksa dan juga Mee Rebus Balak Inn.

Bukan saya je penggemar Laksa dan Mee Rebus di Balak Inn ini, anak-anak saya juga suka. Jadi, kalau pergi makan di sini memang berbaloilah. Anak-anak suka, mak pak derang suka ... dan harga makanan pun alhamdulillah, mampu untuk semua, berpatutan dan tidak membebankan. Dan kalau anda makan di Balak Inn, anda tidak perlu bayar untuk mendapatkan air suam atau air ais kosong, sebab ia diberikan percuma dan boleh top up sebanyak mana anda suka!

Sedapnya .. Mee Rebus Balak Inn Parit Buntar

Sedapnya .. Mee Rebus Balak Inn Parit Buntar
Apa yang sedapnya Mee Rebus dijual di Balak Inn, Parit Buntar ini? Ini kata saya ....
  • Pertama, sebab kuahnya yang pekat. Anda boleh rasa - rasa udang kering dalam kuah. Ada kemanisan dalam kuah, dan ada rasa pedas selepas menikmatinya beberapa ketika. Jadi, ada rasa masin udang kering, manis-manis pedas kuah mee.
  • Keduanya ialah ada hirisan daging yang lembut. Setengah yang menjual mee rebus akan letak udang. Tapi Mee Rebus Balak Inn gunakan hirisan daging untuk rencahnya.
  • Ketiga adalah telur separuh, bukan suku, bukan 3 suka. Mee rebus tanpa telur adalah bukan mee rebus... hoho. Memang lengkap sebagai mee rebus. Memang bahan-bahan semua ada dalam Mee Rebus Balak Inn ... tu yang membuatkan ia sedap!
  • Keempat ialah ia menu yang mengeyangkan. Sekali beli, memang puas sebab banyak. Berpatutan dengan harga.

Dan kelima ... sebab ramai awek makan kat sini .. hahahaha...errk lawak je .. nak tahu kenalah datang mai sini. Abang-abang sado dari beberapa pejabat kerajaan kat sini pun suka makan sini, dari gym berdekatan pun biasa makan kat Balak Inn Parit Buntar .. hoho.
Sedapnya .. Mee Rebus Balak Inn Parit Buntar
Sedapnya .. Mee Rebus Balak Inn Parit Buntar

Hoho. Kalau ke Parit Buntar, bolehlah singgah makan di kedai ni. Ada menu lain seperti Nasi Tomato yang dikatakan agak sedap juga. Bekas boss isteri saya .. memang suka bawa orang dari KL, Ipoh makan di Balak Inn. Suasananya pun redup ... ala-ala Bali gitu.

[Baca[ ABC Balak Inn yang Menyegarkan

Saya sebagai seorang House Husband memang perlukan restoran yang jual makanan 'segera' macam dijual di Balak Inn ini. Mudah bagi saya. Yang penting, makanannya sedap, berbaloi dengan harga ... dan cepat.



8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Datang ke Parit Buntar .. anda mesti cuba. Gi Pasar Kemboja .. leh lepak sini.

      Delete
  2. sedap ja nampak...bila agaknya dapat merasa...nanti singgah boleh jumpa HH sekali

    ReplyDelete
  3. Tengok sepinggan pun penuh dengan warna warni, memang kompom sedap nih

    ReplyDelete
  4. Dulu zaman sekolah di sana kakaubtak silap namq kedai asalnya ialah Bamboo .. kedai tumpan budak asrama detim .. haha. BRO HH nati kita singgah pekena kalau kebetulan pcl blk kampung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement