Fuh. Memang masyuk kalau buat bisnes jual air time cuaca panas. Tentu ramai nak tahu, bolehkah jual air ni jadi kaya raya ehh? Ok, jawapannya boleh ... lagi-lagi kalau anda jual air balang. Mengapa tidak? Sebab kosnya adalah rendah, tidak seperti bisnes lain yang perlukan kos agak tinggi. Anda boleh mulakan bisnes air balang anda sendiri dengan hanya bermodal RM300 - RM500 sahaja.

Air balang ni ada macam-macam jenis. Ada air balang yang biasa kita tengok seperti air sirap, air jagung, air oren, air milo dan sebagainya. Ada pula air balang yang menjual jenis air yang lebih khusus dan lebih menarik seperti air tebu, air tembikai, air soya dan macam-macam lagi.

Kaya Raya Menerusi Bisnes Air Balang

Ok, saya berikan satu contoh mudah bersandarkan kepada pengalaman saya menjual air balang ni semasa konvo USM ketika saya di Matrikulasi. Serius, ia sangat menguntungkan!

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan. Amacam? Tak ke leh kaya kalau buat bisnes air balang seperti ini?
Bagaimana nak mulakan bisnes air balang

Cerita di atas memang seronok anda baca dan ketahui. Dalam setiap yang mudah itu, ada cabarannya juga. Kalau setakat nak jual ketika bulan Ramadhan, jual dari rumah, jual tepi simpang .. mungkin ok.

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Kaya raya menerusi bisnes jual air balang memang bukan mustahil, tetapi ada beberapa aspek yang perlu anda tahu dan mahirkan dulu terutama dari segi jenis air yang popular, kos nak beli balang, kos nak setup sebuah gerai jual air balang, kos pengangkutan dan sebagainya.

Bagaimana kalau saya berikan anda jalan penyelesaian terbaik untuk atasi masalah yang mungkin akan berlaku apabila anda nak memulakan bisnes air balang ini? Anda perlu tahu banyak perkara dalam bisnes air balang ini sebelum anda boleh jadi kaya raya dengan mengaut keuntungan berlipat-kali ganda.

Jika nak tahu selok-belok bisnes ini, anda boleh baca panduan yang telah tersedia untuk anda yang mahu memulakan bisnes air balang ini, khususnya apabila tiba musim panas dan juga di bulan Ramadan. Yeap... bulan Ramadan, bulan terbuka luas rezeki ... dan salah satu rezeki untuk anda ialah dengan menjual air balang!

Klik pautan ini - Panduan Bisnes Air Balang

Semoga panduan di atas akan membantu. In Sha Allah.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ramadhan dah dekat ni...stand by balang dan keperluan lain...tapi memang betul abang sepupu PC jual air balang ni alhamdulillah ok...air yang tak habis yang belum campur ais...dibuat aiskrim pulak...jadi...air balang ada..ais krim ada...

    ReplyDelete
  2. Hebat lah brader tu, jual 3 jus air dah dapat 7K sebulan...fuhhh..hebat...

    ReplyDelete
  3. Kebetulan ada kawan jual air soya, sampai sekarang masih jual air soya. Katanya modal cukup kecil untuk buat air soya ni. Sekarang cuaca makin panas, insya-Allah bertambah murah rezeki.

    ReplyDelete
  4. emmm, tak mustahil bisnes air balang boleh jadikaya raya,..

    ReplyDelete
  5. kalau memang kena gaya dan tempatnya memang masyuk boh

    ReplyDelete
  6. Saya mencari Balang air yg murah,baru nak mula belajar niaga .. Wsapp sy 0172901982

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement