Petua Untuk Lahirkan Anak Yang Bijak. Zuriat merupakan penyambung legasi keluarga. Zuriat yang baik akan memberikan kehidupan masa depan yang cerah. Zuriat yang baik juga merupakan satu tinggalan berharga apabila ibu bapa sudah tiada. Anak, adalah harta tidak ternilai dan mempunyai 'kuasa' tertentu agar kehidupan ibu dan bapa selamat dunia dan akhirat. Dan sudah semestinya menjadi satu dambaan buat ibu bapa mendapatkan dan melahirkan anak yang bijak.

Anak yang bijak - memang best kalau dapat anak yang bijak, bijak mengurus diri, bijak dalam pelajaran, bijak dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anak .... dan seterusnya.

3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak

3 Petua Untuk Lahirkan Anak Bijak
Andai mahu anak bijak, ibu bapa harus mulakan didikan sejak si anak masih dalam kandungan lagi. Seperti di Israel, ibu-ibu yang mengandung diharuskan mengambil peperiksaan matematik agar anak yang dilahirkan genius dalam bidang matematik.

Petua 1 - Baca 3 Ayat Ini Semasa Kandungan Cecah 4 Bulan

Dalam Islam, anda boleh mencuba petua ini, sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.

Petua 2 - Makanan Ketika Mengandung

Jaga pemakanan, semasa anak dalam kandungan, si ibu boleh amalkan makan kismis, madu, halia dan susu segar. Makanan ini amat sesuai untuk perkembangan otak dan pemikiran ibu serta bayi.

Petua 3 - Banyakkan Kata Nasihat

Buat pasangan, semasa si ibu mengandung, si bapa perlulah berikan sokongan yang baik. Jangan stresskan si ibu mengandung dan banyakkan bicara dengan kata-kata nasihat yang baik buat anak dalam kandungan.

Setelah anak dilahirkan ...

Sebagai ibu bapa, tatkala anak sedang dalam baru nak lena tidur, usapkan ubun-ubun kepalanya dan bisikkan dengan kata-kata nasihat, pujian serta dibisikan pedoman hidup. Ajarkan anak anda untuk membaca doa sebelum tidur seawal anak anda cecah umur dua tahun.
Mahu tips lagi? Cuba dapatkan bahan bacaan ini - Petua Anak Pintar Cerdas

In Sha Allah, petua di atas boleh dilaksanakan bagi menzahirkan hasrat ibu bapa untuk mempunyai anak yang bijak.

Dan ambil perhatian, sulamkan sifat anak dengan sifat cintakan agama dan terapkan nilai syariat Islam agar kebijaksanaan itu berkat dan hindarkan diri dari melakukan perkara terlarang kelak.

Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement