Antara gerai makan yang best di Parit Buntar ialah gerai Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah. Ia menjadi antara pilihan saya untuk menu makan malam yang sempoi, mudah, cepat dan paling utama ialah sedap. Semua anak-anak saya suka makan Nasi Kukus Faizal ni, tak pernah lagi mengecewakan.

Mungkin ada yang tidak tahu, Nasi Kukus Faizal adalah nama baru ... sebelum ini gerai nasi kukus yang popular di Parit Buntar ini menggunakan nama francais - Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah memang dah popular terutama di Sungai Petani, malah ia pernah viral di media sosial apabila ada netizen yang kongsi gambar orang beratur untuk beli nasi kukus yang sememangnya istimewa rasanya ini.

12 Sebab Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah Jadi Pilihan Menu Makan Malam di Parit Buntar

12 Sebab Nasi Kukus Faizal Jadi Pilihan Menu Makan Malam di Parit Buntar
Kalau tidak silap, nama Fazial Nasi Kukus Ayam Berempah ini mula digunakan pada tahun 2015 menggantikan nama sebelum ini iaitu Syed Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.

Walaupun nama bertukar, tetapi ia tetap menjadi pilihan saya dan keluarga kalau nak makan malam yang mudah, cepat, sempoi dan sedap. Berikut adalah beberapa sebab kenapa Faizal Nasi Kukus menjadi pilihan makan malam kami terutama apabila makan di luar.
12 Sebab Nasi Kukus Faizal Jadi Pilihan Menu Makan Malam di Parit Buntar

  1. Nasi kukus dimasak dengan sempurna, lembut dan sedap. Makan panas-panas memang menyelerakan. Portion yang cukup walaupun nampak macam sedikit.
  2. Ayam Goreng Berempah memang terbaik. Ada rasa rempah, ada rasa rangup. Pilihan kami sekeluarga adalah kepak ayam.
  3. Dibungkus dengan dialas daun pisang, menaikkan aroma nasi kukus dan ayam goreng berempah.
  4. Makan tak pakai pinggan.
  5. Sambal dan kuah rempah yang disediakan memang sedap. Anak saya hanya gunakan kuah rempah disediakan ... memang habis dimakan. Saya dan isteri pula, selalu ambil sambal lebih, dalam pedas-pedas berpeluh makan Nasi Kukus Ayam Berempah .... kami sangat puas hati.
  6. Lokasi atau kawasan gerai Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah ini luas, parking tiada masalah.
  7. Hidangan disediakan dengan pantas, tanpa perlu menunggu lama.
  8. Ayam Berempah dan Nasi Kukus ... dimasak di lokasi, boleh lihat cara penyediaan untuk keyakinan dari segi kebersihan.
  9. Saiz ayam agak kecil tetapi memadai.
  10. Harga yang dijual adalah RM4.50 sebungkus. Boleh asing kuah dan sambal jika mahu. Boleh tambah ayam goreng jika mahu .. :)
  11. Dibuka hanya pada waktu malam sahaja, jadi ia menjadi pilihan untuk makan malam .. tak adalah nak makan nasi kukus seharian je.
  12. Menjadi pilihan makan malam oleh pelbagai bangsa dan kaum. 
12 Sebab Nasi Kukus Faizal Jadi Pilihan Menu Makan Malam di Parit Buntar
Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah Parit Buntar
Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah Parit Buntar
Saya tidak pernah melihat gerai Faizal Nasi Kukus Ayam Berempah ni lengang. Ada je pelanggan yang datang, samada makan di situ atau dibawa balik. Yang menariknya ialah ... samada bungkus atau makan di situ, nasi akan dibungkus dengan cara yang sama.

[Baca] Kaya Raya Dengan Bisnes Air Balang di Bulan Ramadan

Oh ya, bulan puasa pun gerai ini beroperasi tetapi di lokasi lain, jika tidak silap saya di Bazaar Ramadan Taman Kerian Permai, Parit Buntar.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wowww ,, tengokk ayam dia... sedappnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sedapnya terletak pada kuah dengan sambal tu .. memang terangkat habis.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement