Bila ada anak yang sudah mula bersekolah, perkara paling payah nak buat ialah supaya anak-anak seronok untuk pergi ke sekolah. Ia satu cabaran buat ibu bapa, khusus untuk anak-anak yang tak berapa minat dan bermasalah untuk ke sekolah, terutama di minggu awal persekolahan.

Memang azab juga bila anak-anak tetiba merengek, menangis, meraung-raung depan pintu pagar sekolah - tak mahu ke sekolah. Fuh .. kena tebal muka ooo. Nak marah anak, takut nanti jadi viral kat media sosial .. haha .. yelah, orang kita ni pantang sikit bila nampak kelaku ibu bapa yang tak berapa disenangi.

11 Tips Buat Anak Anda Seronok Untuk Ke Sekolah

Tips Buat Anak Anda Seronok Sekolah
Beginilah, saya cuba kongsikan sedikit tips yang digunakan oleh saya dan isteri supaya anak seronok nak pergi ke sekolah. Tips ini masih lagi digunapakai walaupun anak dah nak ambik UPSR pun. Alhamdulillah, apa yang kami lakukan ini berjaya untuk anak sulong kami.

Malah, anak saya ni .. pernah menangis sebab lambat ke sekolah, tak tahulah samada takut guru besar atau takut kena denda, tapi sejak dipraktikkan tips yang akan saya kongsikan ini, setiap hari bangun awal sendiri untuk ke sekolah. Dari darjah dua sudah pandai berdikari ... dan sekarang, tips yang sama digunakan untuk anak-anak saya yang lain. Cuma hasilnya agak berbeza, namun in Sha Allah, sebahagian tips untuk anak seronok ke sekolah di bawah boleh anda praktikkan.
Tips Buat Anak Anda Seronok Untuk Pergi ke Sekolah
Sapa yang nak tahu tips supaya anak suka pergi ke sekolah? Hmm ni yang kami buat kata anak-anak saya .. cubalah ye.
  1. Malam tu sebelum pergi sekolah esoknya, tanya anak yang nak ke sekolah tu, apa yang nak dia makan atau bekal apa yang nak dia bawa. Kalau sempat, cubalah masak untuk anak anda, lebih berkat gitu.
  2. Sediakan air panas untuk anak anda mandi pagi2, kalau anda ada pemanas shower tu .. lagi mudah kerja anda. Selalunya mandi sejuk adalah alasan anak anda untuk malas ke sekolah.
  3. Sediakan baju sekolah anak anda dalam keadaan terbaik, iaitu dah diseterika, dan disangkut cantik. Anak-anak seronok bila nampak baju sekolah derang kemas dan cantik.
  4. Pastikan anak dah tahu pakai baju sendiri, jangan terlalu manjakan sampai mandi pun nak anda mandikan dan baju nak anda pakaikan, bagi mereka usaha sikit dan dengan cara ini akan buat mereka lebih teruja.
  5. Puji anak anda setiap pagi dalam apa jua yang mereka buat, cth - siap mandi, siap pakai baju atau kasut. Dia akan terasa dihargai bila semua benda yang dia buat tu mendapat pujian dari ibubapa.
  6. Hantar anak anda dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa, kalau boleh bangun awal sediakan segala persiapan sepeti bekal makanan dan sebagainya. Ini akan buat anak anda berasa selesa dan bukan dalam keadaan terkejar untuk ke sekolah. Dan ini juga mengelakkan anak anda lewat dan kena denda nanti. Bila kena denda, tentu dia rasa tak seronok nanti.
  7. Peluk anak anda sekali sekala dan kalau boleh setiap hari semasa hantar ke sekolah. Cium pipi anak anda dan berikan kata-kata semangat. Jangan berjanji apa-apa jika anda tak dapat tunaikan pada hari tersebut.
  8. Bila ambil anak anda, terus anda tanya apa yang dia belajar. Tanya bagaimana keadaan kat sekolah. Anak anda pasti seronok untuk berkongsi cerita dengan anda.
  9. Bila di rumah lepas balik sekolah, minta anak anda mandi dan sediakan makan tengahari, makan bersama dengan anak anda sambil sembang2 apa yang dia belajar.
  10. Minta anak anda selesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Anda bantu untuk faham dan minta dia tunjukkan apa yang dia belajar hari tersebut. Kerja sekolah yang dah siap akan buatkan anak anda selesa untuk buat perkara lain.
  11. Sebelum tidur, anda sama-sama dengan anak anda, kemas buku untuk pelajaran keesokkan harinya.

Ok, harap ini membantu anda sebab ia membantu anak-anak saya terutama anak sulong saya untuk seronok berada pergi ke sekolah. Jadi, saya kongsikan tips ini sebagai seorang ayah dan seorang house husband untuk anda dapat hasil yang sama untuk anak-anak.

[Baca Juga] 8 Tips Untuk Memenangi Hati Si Anak

Oh ya, sebahagian besar tugas dalam tips di atas dilakukan oleh isteri saya ... dan sesuku darinya saya lakukan. Penting, peranan kedua ibu bapa mesti seimbang serta saling membantu untuk mendidik anak-anak di rumah.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih utk tips ini kerana my ggurl mmg liat nak kesekolah kerana dia takut kat orang dan xtao nape...duk umah pun main sesorang jerk..aiyaa!!

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  2. moga admin lebih banyk kongsi tips lagi selepas ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah... saya akan cuba kongsikan lebih banyak tips kekeluargaan ikut perspektif saya sebagai house husband

      Delete
  3. Alami mslh ank x mo ke sekolah..semua xnk buat sendiri 4bln da gini..umur 5thn..sabar je la huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm .. alhamdulillah, anak saya yang bongsu sejak umur 4 tahun dah pandai siap diri sendiri, cuma kena sangkutkan baju sekolah siap2 je.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement