Memang dah lama saya nantikan saat untuk berbuka puasa dengan rakan blogger di Casa Ombak ini, al maklumlah .. dulu puas promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak, tapi tak berkesempatan untuk mencuba dan merasa. Masa tu, asyik dengar dan baca kisah blogger lain akan hidangan buffet Ramadhan yang sedap-sedap dihidang di Casa Ombak.
Berbuka Puasa Bersama Blogger di Buffet Selera Ramadhan Casa Ombak
Mana taknya, saya, isteri dan tiga orang anak, kemudian emak saya serta adik ipar bersama dua bayi kembar. Kesemuanya 9 orang!! Huhu .. blogger lain cuma bawa isteri dan anak, dan ada juga yang datang single mingle .. huhuhu...
Kata isteri saya, "Banyak pahala dapat si Akma ni ..."
Ramai Rakan Blogger Yang Hadir
Hoho .. walaupun ramai nama rakan blogger yang saya sebut, tapi sebab rakaman old fashioned dalam kepala, masih ada rakan blogger yang susah saya nak cam nama dan wajah, yelah ... bukan kerap sangat pun saya jumpa. Tapi in Sha Allah, yang mana selalu tegur tu memang mudahlah saya nak ingat.
Orait .. so macamana dengan hidangan Buffet Selera Ramadhan Casa Ombak?
Bagi saya, alhamdulillah .. ia kena dengan selera saya. Disebabkan itu, saya tak berjaya nak ambil gambar makanan yang ada, sebab semuanya dah selamat masuk ke dalam perut hadirin yang hadir .. haha. Tapi, paling saya suka ialah Mee Kari, dan kuih muih tradisional. Anak saya cukup suka dengan kuih Cara, sampai dua tiga kali juga ambil ... huhu.
Cuma, saya tak ambil Kambing Bakar, yang ramai kata sedap. Bukan apa, sebab sehari sebelum tu, saya dah makan menu yang sama di Bangi Golf Resort. Tak tergamak nak makan banyak .. sbb ada banyak menu lain yang memikat selera.
Kalau anda nak mencari menu masakan yang sedap untuk berbuka puasa, bolehlah cuba Buffet Selera Ramadhan Casa Ombak ... butirannya adalah seperti banner di bawah .. klik gambar untuk paparan lebih jelas mata melihat ..
Kalau nak tengok gambar menu masakan kampung yang dihidangkan sempena Buffet Rasa Ramadhan Casa Ombak, bolehlah jenguk di blog-blog berikut ye ...
Oh ya, terima kasih kepada KLEzCar Rental yang sponsored kereta sewa untuk ke majlis iftar Ramadhan ni ... :)
Rezeki Ramadhan. Alhamdulillah.
p.s: Terima kasih juga sbb bagi sampel kuih raya ..
wow bestnya
ReplyDeletenak jugak
Terima kasih HH dan keluarga sudi datang dari jauh2 berbuka tempat kami..yg kuih rasa tu bkn tester utk jual....kami beli & as buah tangan aje hehe
ReplyDeleteHaha.. oh ye ke, ingatkan jual. Apapun terima kasih kerana terima kehadiran kami sekeluarga.
Deleteseronoknyaa..
ReplyDeleteFinally kita dapat jugak berjumpa, bertegur sapa dan ber'wefie' sama2. Heheheee.. saya pun tak brp kenal ramai blogger lagi. Abg HH takpelah dah femes. hehehee.. thanks jugak sbb sudi share ilmu blogging dgn saya.. very nice blog! informatif sungguh...
ReplyDeleteMaaf...semua rakan-rakan. Saya tak dapat join bersama dengan korang sibuk dengan jualan di Bazar Ramadhan. Moga Casa Ombak terus maju jaya.
ReplyDeleteKalau dengan HH dan banyak kali jumpa. ha...ha...
Insha Allah... jika umur panjang boleh kita berjumpa di Casa Ombak pada Ramadhan tahun depan.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.