Anda mencari lokasi untuk berbuka puasa secara buffet Ramadhan 2016? Apakata anda cuba sajian istimewa di Restoren Bangi Golf Resort (BGR). Buffet Ramadhan 2016 di Bangi Golf Resort (BGR) Restaurant kali ini menampilkan sajian selera istimewa iaitu Selera Pantai Timur. Malah, terdapat lebih 200 pilihan juadah berbuka puasa yang dihidang secara buffet disediakan pada tahun ini.

Alhamdulillah, pada 15 Mei 2016 .. saya dan keluarga diberikan kesempatan untuk mencuba menu dan masakan sempena preview Buffet Ramadhan yang disediakan oleh Bangi Golf Resort (BGR) Restaurant. Ini merupakan kali kedua; saya dan keluarga diberikan kesempatan untuk memberi nilaian kepada juadah, menu dan masakan buffet yang disediakan khusus untuk Buffet Ramadhan.

Buffet Ramadhan 2016 Selera Pantai Timur BGR Restaurant Bangi

Buffet Ramadan 2016 Selera Pantai Timur BGR Restaurant Bangi
Buffet Ramadan BGR akan bermula pada 9 Jun sehingga 4 Julai 2016. Untuk tahun ini, pihak BGR menawarkan seleksi lebih 200 pilihan juadah yang menarik dan memikat selera semua. Yang menariknya ialah, BGR akan menawarkan menu masakan Selera Pantai Timur khususnya dari negeri Kelantan sebagai tarikan utama Buffet Ramadan 2016.

Antara menu Selera Pantai Timur yang bakal menarik perhatian ialah Nasi Kerabu yang dihidangkan bersama ulam, ikan goreng, telur masin, keropok ikan, dan pastinya dengan keunikan nasi berwarna biru. Warna biru untuk Nasi Kerabu yang disediakan oleh pihak BGR bukan terhasil daripada pewarna tiruan ye .. tetapi daripada kelopak Bunga Telang iaitu sejenis bunga hutan. Ia merupakan teknik tradisional masyarakat Melayu Kelantan untuk memberikan warna biru ke dalam menu Nasi Kerabu.
Menu Selera Pantai Timur Buffet Ramadan 2016 Bangi Golf Resort
Isteri saya yang merupakan penggemar Nasi Kerabu (walaupun bukan orang Kelantan) amat tertarik dengan menu istimewa Selera Pantai Timur ini. Ia pasti menjadi antara hidangan yang laris untuk Buffet Ramadan BGR 2016. Dan saya pula, tertarik dengan budu yang disediakan ... fuhhh ... terliur hanya tengok gambar sahaja .. ehemmm..

Ais Krim Gelato BGR - Pencuci Mulut Mesti Cuba!

Selain daripada tarikan Selera Pantai Timur, ada satu lagi menu yang saya fikir unik dan menarik untuk dikongsikan dengan anda semua ... iaitu Ais Krim Gelato BGR. Fuhh .. memang sedap ais krim ni. Memandangkan saiz hidangannya yang comel, anda pasti tak akan puas dengan hanya sekali rasa. Anak-anak saya memang suka sangat, malah saya sendiri pun suka. Antara perisa yang bakal disediakan untuk Buffet Ramadan 2016 di BGR ialah Cendol, Jagung Bakar dan Bunga Kantan. Serius .. menu pencuci mulut ini yang paling best dan harus anda cuba.
Ais Krim Gelato BGR

Apa Lagi Yang Menarik Untuk Buffet Ramadan BGR 2016?

Kambing Bakar BGR Buffet Ramadan 2016
  • Menu masakan makanan Melayu yang sedap dan unik seperti Rendang Daging Taik Minyak dan Sambal Sotong Kembang.
  • Menu masakan ala oriental seperti Buttered Prawn, Daging Masak Lada Hitam serta Filet Ikan Bersama Sos Serai.
  • Makanan ala barat seperti Cream of Smoked Chicken, Lasagna Ayam dan Daging serta Spagetthi BGR.
  • Sate serta menu terkenal BGR iaitu Kambing Bakar dengan aneka sos.
  • Live Station menyediakan hidangan klasik Malaysia iaitu Mee Goreng Mamak dan Kuey Teow Goreng.
  • Pelbagai jenis kuih muih samada tradisional mahupun moden.
Menu pencuci mulut Buffet Ramadan Bangi Golf Resort 2016
Menu pencuci mulut Buffet Ramadan BGR 2016
Buffet Ramadan 2016 Selera Pantai Timur BGR Restaurant Bangi
Seperti tahun-tahun sudah, saya percaya Buffet Ramadhan BGR 2016 akan mendapat sambutan yang hangat daripada warga Lembah Klang, apatah lagi pihak BGR Restaurant menyediakan lebih 800 ruang parkir kenderaan, selain kemudahan ruang solat.

Saya juga diberitahu bahawa kali ini, pihak BGR akan bersedia untuk memberikan yang terbaik buat semua tetamu dan pelanggan Buffet Ramadan 2016. In Sha Allah, menu masakan makanan akan disediakan secukupnya buat semua.

Tempahan Awal Harga Early-Bird Buffet Ramadhan BGR 2016

Buffet Ramadan 2016 Selera Pantai Timur BGR Restaurant Bangi
Seandainya anda bercadang untuk menempah tempat Buffet Ramadan 2016 BGR, saya syorkan anda buat seawal yang boleh untuk mendapatkan harga early-bird serendah RM25 (kanak-kanak) dan RM52 (dewasa).

Untuk tempahan tempat dan juga info lanjut mengenai Buffet Ramadhan BGR 2016, anda boleh hubungi Pegawai Pemasaran BGR berikut:
  • Rohani : 03-82100265 atau 011-12558589
  • Wani : 016-9645544 atau 016-2678284 

Info BGR Restaurant:
Bangi Golf Resort Restaurant, No: 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor.
GPS: 2.95716N,101.76518E
www.bgrrest.com
Peta Lokasi BGR

[full_width]

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tuan Hasrul kena ambil dan masukkan banyak gambar terutama sekali juadah utama, baru "ngam" dengan artikel makanan. Selamat berpuasa dari saya.

    BalasPadam
  2. selamat berpuasa tuan, sedap2 semuanya tu

    BalasPadam
  3. tengok nasi kerabu rindu nak balik kelantan la...

    BalasPadam
  4. woww, sedapnyaaa.. terliur den..")

    BalasPadam
  5. saya pun dekat ngan bangi ta sampai-sampai lagi. Leh cuba pasni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement