D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan. Kalau anda ke Parit Buntar, jangan lupa untuk singgah makan di restoran D'Paradise Cafe yang terletak bersebelahan dengan Bank Muamalat, dan sebaris dengan KFC Taman Wawasan Parit Buntar. Ia menawarkan menu Shell Out makanan laut segar dengan kadar harga yang sangat berpatutan.

Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk mencuba beberapa menu terbaik yang ada disediakan di restoran D'Paradise ini. Semuanya berlaku seminggu sebelum bermulanya puasa Ramadhan 2016. Antara menu makanan laut segar yang kami cuba ialah menu utama iaitu Set Chili Shell Kebaboom, dan menu sampingan Mee Ketam Kebaboom dan juga Ketam Telur Masin Meletop.

D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan

D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
Set Chili Shell Kebaboom yang kami cuba memang puas hati. Shell Out ini mengandungi ketam segar saiz besar dan sederhana (2 ekor), sotong, Lala, udang saiz besar dan juga jagung serta sayuran. Ia dihidangkan bersama nasi putih di atas meja yang dilapik dengan kertas putih serta plastik bersih. Kalau anda rasa kurang selesa, boleh minta disediakan pinggan tanpa dikenakan sebarang caj tambahan .. hehehe.

Lihat senarai harga yang saya ambil dari restoran ini .. harga set bermula dari serendah RM33 sehinggalah ke RM89. Dan saya pasti, setiap set itu boleh dinikmati oleh lebih orang. Serius .. anda mungkin tak terhabis dibuatnya. Memang berbaloi dan berpatutan jika nak dibandingkan dengan harga Shell Out di tempat lain (dibandingkan menerusi promosi dalam FB).
D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
Di bawah ini adalah beberapa gambar set Shell Out ini yang kami nikmati. Sekali letak atas meja ... uhh naik teruja anak-anak saya dibuatnya. Tak pernah mereka makan selambak begini, dengan ketam dan udang besar terhidang menyelerakan depan mata. Siap berasap-asap lagi sebab ianya baru dimasak ... fuhhh ...
D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan

Makanan Laut Segar

Rasa makanan ini memang best, sedap dan menyelerakan, pedas-pedas .. dan ada rasa masam sikit (ada potongan lemon disediakan). Isteri saya kata, udang dan ketam memang segar sebab boleh terasa isinya yang manis. Mana tidaknya, balik je rumah terus rasa gatal-gatal kat tangan setelah menjamah ketam dan udang saiz besar...hoho.

Kata pemilik D'Paradise, bekalan segar untuk ketam, sotong, udang dan bekalan seafood lain didapatkan secara terus dari nelayan kawasan Tanjung Piandang serta Jeti Sungai Udang Nibong Tebal yang tidak jauh dari pekan Parit Buntar. Memang tidak syak lagilah .... makanan di D'Paradise semuanya fresh dari laut!

Nak tengok menu dan harga? Boleh lihat di sini - Gambar dan Harga Menu D'Paradise Cafe

Sedapnya Ketam Telur Masin

Menu kedua yang kami sempat merasa ialah Ketam Telur Masin.

Dah lama sebenarnya saya nak merasa menu ni .. tak pernah lagi dapat. Alhamdulillah, D'Paradise ada menyediakan masakan Ketam Telur Masin yang memang kaw kaw sedapnya. Saya cium bau pedas-pedas masin sehingga terliur dibuatnya. Ratah gitu je ... perghh ... best ooo ...
Ketam Telur Masin D Paradise Cafe Parit Buntar
Menu terakhir ialah Mee Ketam. Kalau tengok rupa persembahan menu ni, memang rasa tak sabar nak menjamahnya, tetapi disebabkan perut kami semuanya dah kenyang dengan Shell Out, maka saya ambil keputusan untuk bungkus sahaja.

Tapi, dari bau ... fuh memang terangkat. Tengok saiz ketam dan udang memenuhi mangkuk mee ... dah membuatkan ia satu menu yang berbaloi untuk dinikmati. Harganya bermula dari RM12 semangkuk. Siap ada telur rebus dan juga bebola ikan lagi .... memang menarik.
Mee Ketam
D'Paradise Cafe Hidang Mee Ketam Segar Harga Berpatutan
Hoho .. tak boleh nak cerita banyak ... anda patut cuba menu yang ada di D'Paradise Cafe Parit Buntar ini.
Lokasinya mudah, in Sha Allah anda boleh nampak restoran ini dari Jalan besar Taiping - Butterworth. Andai anda melalui jalan utama ini, dari arah Taiping .. lihat sahaja sebelah kanan anda .. anda akan nampak signboard KFC besar, dan berderetan dengannya adalah lokasi D'Paradise Cafe.

Waktu operasi restoran ini adalah dari jam 6 petang sehingga tengah malam. Jadi, memang sesuailah sekarang untuk menikmati hidangan buka puasa istimewa di restoran ini.

Saya difahamkan sambutan daripada masyarakat setempat sangat menggalakkan walaupun D'Paradise Cafe baru dibuka pada awal bulan April 2016. Menu Shell Out yang ada di D'Paradise Cafe telah menjadi sebutan ramai kerana harga yang berpatutan dengan kesegaran makanan laut terbaik.

Jika anda mahu mencuba, boleh buat tempahan awal:
Facebook - D'Paradise Cafe Parit Buntar, Perak
Tel atau Whatsapp - 011 32207961 / 017 4867944

D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
D'Paradise Cafe Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
D'Paradise Cafe Hidang Shell Out Segar Harga Berpatutan
Oh ya, untuk bulan puasa ni, ada tawaran istimewa percuma Kerang Rebus .... yang sememangnya dah lama viral sejak beberapa tahun apabila bulan Ramadhan di Parit Buntar.

[full_width]

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pagi pagi saya dah lappppaaaarrrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err minta maaflah sbb buat kelaparan tanpa sengaja di bulan puasa ni Eny .. keh keh keh.

      Delete
  2. memang sedap ja nampak semua menu...boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedappp Arz Moha ... serius, dan ia mengenyangkan walaupun ambil set paling simple.

      Delete
  3. Replies
    1. Habis. Shell Out memang habis kami makan anak beranak. Cuma hidangan kedua tu je bungkus bawak balik, tak sentuh pun Mee Ketam tu ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement