Ramai rasanya yang telah tahu akan viralnya Laksa Janggus yang terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau, Penang. Walaupun saya duduk menetap di Penang, saya tak tahu akan kewujudan Laksa Janggus ini sehinggalah salah seorang rakan sekolah menengah menyebutnya. Kalau dari kisah viral Laksa Janggus, nampak ramai yang sangat suka akan rasanya ... atau mungkin kerana namanya yang unik.

Jadi, atas desakan isteri ... saya pun bawalah satu keluarga mencari lokasi Laksa Janggus Balik Pulau yang disebut-sebut ramai orang. Nak juga merasa, adakah ia sesedap yang dikatakan. Al maklumlah, saya ni antara penggemar laksa, terutama Laksa Penang. Dan emak saya pula antara yang terbaik menyediakan Laksa Penang.... jaranglah saya kecewa dengan menu laksa yang emak saya buat.

Laksa Janggus Balik Pulau, Bukan Selera Semua Orang

Laksa Janggus Balik Pulau, Bukan Selera Semua Orang
Lokasi kedai atau restoran Laksa Janggus ni agak jauh juga sebenarnya. Kalau anda dari arah utara .. uhh memang jenuh juga nak sampai kalau ikut Jambatan Pulau Pinang, mahupun Jambatan Kedua Penang. Ia terletak di Kampung Perlis, Balik Pulau .. perjalanan dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ambil masa lebih kurang sejam jugalah nak sampai. Boleh dapatkan lokasinya dalam Google Maps atau Waze, in Sha Allah.

Masalah Parking

Restoran Laksa Janggus agak besar dan luas. Memang banyak meja makan untuk pelanggan. Cuma masalah parking je .. sbb ia terletak di tepi jalan, dan saya lihat kejiranan pun tak berapa nak support sangat untuk bolehkan pelanggan parking kenderaan dengan mudah dan selesa. Siap ada letak batu tepi jalan lagi untuk halang orang parking kereta .. uhh ..
Laksa Janggus Balik Pulau, Bukan Selera Semua Orang
Laksa Janggus Balik Pulau, Bukan Selera Semua Orang
Saya pergi hari Jumaat, petang dalam pukul 5 macam tu ...  tak ramai orang sangat. Tapi selepas beberapa ketika, ada rombongan datang dengan bas. Jadi, kedai Laksa Janggus agak riuh rendah dengan pelanggan. Disebabkan sistem kat kedai ni adalah layan diri, jadi akan nampak ramai orang beratur dan berhimpun untuk buat dan ambil pesanan makanan.

Menu Lain di Gerai Laksa Janggus

Laksa bukanlah satu-satunya menu yang ada. Ada Mee Kari, Mee Udang, Bihun, rojak dan juga Pisang Goreng.

[Baca] Kerang Rebus Pak Mat Memang Lejen di Parit Buntar Ketika Ramadan

Ramai yang kata, Laksa Janggus sedap dan istimewa kerana ia laksa buatan sendiri (homemade). Ia bukan seperti laksa lain yang dihasilkan guna mesin. Saiznya juga dikatakan agak besar, dan kuahnya nampak lebih pekat. Ada dua versi Laksa Janggus, biasa dan juga istimewa. Kalau istimewa ada diletakkan telur. Pastu ada kecil dan ada besar.... ini pastinya dek kerana mangkuk laksa.

Saya pun pesanlah satu mangkuk Laksa Janggus ... sebagai permulaan nak merasa betapa sedapnya.

Tapi ..

Kecewalah ... Ini Pengakuan Jujur

Hmm jujurnya, saya dan isteri agak kecewa dengan rasa Laksa Janggus yang digembur-gemburkan sangat sedap itu. Sebabnya kami pernah merasa yang lagi sedap dari apa yang disediakan di gerai Laksa Janggus Balik Pulau ini. Walaupun kuahnya nampak pekat, tetapi agak kurang pada rasa ikannya.
Laksa Janggus Balik Pulau, Bukan Selera Semua Orang
Bila dihirup kuah laksa, ia seperti kekurangan rasa laksa sebenar .. kurang masam, kurang rasa ikan, kurang pedas (untuk Laksa Penang) ... bak kata ia serba tak kenalah bagi saya sekeluarga.

Hmmm ... mungkin sebab kami datang agak petang, jadi kuah Laksa Janggus tak berapa nak kick. Mungkin juga sebab makcik yang tuangkan kuah laksa kepada kami tak menguntumkan senyuman .... dan mungkin juga kami dah hilang rasa disebabkan perjalanan yang jauh untuk sampai ke gerai Laksa Janggus ini.

Apapun, selera semua orang tak sama. Ada yang suka, ada yang tak berapa nak suka.

Saya yang pesan semangkuk Laksa Janggus ni pun tak terhabis, dikongsi pula 4 orang. Mungkin kerana banyak isi laksanya ...  huhuhu... atau tak boleh nak diterima oleh tekak.

[Lihat] Sedapnya Mee Rebus Balak Inn, Parit Buntar

Tapi, Pisang Goreng yang dijual memang sedap. Siap kami repeat order ..... dan bungkus untuk dimakan dalam perjalanan pulang.

Kepada yang mungkin nak mencuba rasa Laksa Janggus Balik Pulau, bolehlah anda cari nanti. Ianya dibuka dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam, dan ditutup pada setiap hari Rabu. Boleh cuba cari menerusi alamat berikut:

Laksa Janggus Kak Timah
338, MK1, Kampung Perlis, Balik Pulau

Saya mohon maaf kalau ada yang tidak berapa suka dengan pengakuan jujur ini.

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kekadang susah sikit nak caya orang cakap, kena gi try sendiri gitu..sama juga laksa kat Kuala Kangsar nu, bukan semuanya sedap, depa kata sedap la apa la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dgn laksa kuala kangsar, laksa janggus ni menang. Tapi kalau dgn laksa sarang di simpang pulai rasanya laksa sarang menang! Walsu apa pun ia bergsntung kepada selera masing2. Laksa Kuala Kangsar sekarang ini rasanya takde yg sedap. Kuah pun ceroi. Mungkin sebab keuntungan lebih diutamakan dr kualiti.

      Delete
  2. @Hasrul Hassan

    Your comment is true.. dlm thn ujung thn 90an my family stay there.. family govt servant(pindah randah). .dulu mmg champion.. we stay at umah kuarters sk pulau betong.. not far frm laksa janggus.. org lua yg mai.. mmg kata sedap.. but we're local people.. taste not like the those days

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement