Isteri saya antara pengguna kedua-dua perkhidmatan ini, memandangkan isteri saya ketika entri ini ditulis masih menjadi seorang pelajar di UM. Servis Uber dan Grabcar memudahkannya untuk transit dari UM ke KL Sentral sebelum bertolak balik ke Parit Buntar menaiki KTM ETS. Menarik apabila isteri saya berkongsi pengalaman dan pengetahuannya mengenai kedua-dua servis ini.
Pertama Kali Naik Grabcar di Kuala Lumpur
Sebaik sahaja kami sekeluarga tiba di stesen KL Sentral dari Parit Buntar, dengan menggunakan aplikasi Grabcar MyTeksi, isteri saya telah membuat tempahan secara online untuk perjalanan dari KL Sentral ke UM. Kenapa UM? Sebab nak berbuka puasa kat situ sebelum bertolak ke Putrajaya, rumah adik ipar saya.
Harga Tambang Ditunjukkan Sebelum Sah Tempah
Dari aplikasi, Grabcar akan tunjukkan harga tambang yang perlu dibayar. Kalau tidak silap saya, RM14 Harga tersebut adalah harga standard mengikut kategori dan jenis kereta. Dalam hal ini, isteri saya telah tempah Grabcar kategori bajet. Jika nak naik kereta yang lebih besar, lebih kelihatan mewah .. boleh booking Grabcar kategori ekonomi atau premium, tak pun kalau rasa kurang selesa nak naik kenderaan milik persendirian orang lain, ambil sahaja Teksi1Malaysia.Jika setuju, pemilik kenderaan yang berdaftar dengan Grabcar berdekatan akan respon dengan permintaan atau booking anda. Mereka akan terus hubungi anda. Sebaik sahaja anda terima, anda akan diberitahu mengenai butiran pemandu dan kenderaannya, termasuk nombor plet kenderaan.
- Muat turun aplikasi Grabcar MyTeksi
- Nyatakan lokasi anda, dan destinasi
- Pilih kategori kereta - bajet, ekonomi, premium atau Teksi1Malaysia
- Pemandu Grabcar akan hubungi anda.
- Anda naik Grabcar di lokasi yang telah dinyatakan.
- Tiba destinasi, bayar tunai.
Perbualan Mengenai Income Sebagai Pemandu Grabcar
Sempat juga berbual santai mengenai servis Grabcar."Dah lama u bawak Grabcar?" tanya isteri
"Lama dah ... " jawabnya
"Part time ke?" tanya saya ..
"Full time bang .. " uhh terkejut saya.
"Full time? ok ke bawa Grabcar ni?" tanya saya lagi.
"Ok .. dalam seminggu bolehlah dapat RM1,500 ... dulu .. boleh dapat sampai RM3,000 seminggu" kata dia lagi.
Perghhh .. banyak tu. Patutlah dia jadikan pemandu Grabcar sebagai pencarian pendapatan utama. Kira dah lepas semua ... dalam kehidupan di kota Kuala Lumpur, seminggu boleh dapat RM1,500 .. kalau sebulan .. boleh cecah sampai RM5,000 ...memang oklah sangat, ye tak?
Sampai je destinasi, isteri saya bayar tambang mengikut apa yang telah dipaparkan menerusi aplikasi Grabcar MyTeksi, iaitu RM14 dari KL Sentral ke Universiti Malaya. Elok je sampai, waktu berbuka puasa telah masuk, jadi kami anak beranak berbuka puasa dengan bekalan yang dibawa dari rumah, iaitu buah kurma dan air masak. Cukup untuk batalkan puasa.
[Baca] Cara Buat Duit Dengan Aplikasi UBER tanpa Bawa Kereta
Ketika itu, saya lihat pemandu Grabcar tu sedang menunggu penumpang yang lain dengan melihat aplikasi Grabcar di telefonnya... hmm padanlah income pemandu Grabcar ni masyukkk... tiba satu destinasi, terus dapatkan penumpang lain untuk ke destinasi seterusnya.
Begitulah adanya kisah pengalaman pertama kali naik Grabcar.
Kesimpulannya, Grabcar adalah alternatif kerja sampingan yang lumayan di ibukota seperti Kuala Lumpur di mana permintaan untuk pengangkutan 'awam' sangat tinggi. Ia satu pekerjaan mudah, dan sangat bagus untuk mereka yang suka memandu, dan suka berinteraksi dengan orang ramai.
Hihi iena pn slalu guna grab car..cuma baru2 ni malang..dia hntr salah tmpt
ReplyDeleteHehehe.. malang betullah kalau gitu . :) kena cari pasangan ni .. senang nanti leh tolong ambil dan hantar
Deleterasa sekali baru tahu perasaannya..bagus ada perkhidmatan macam tu..untung pun bleh tahan..
ReplyDeleteMasa jenjalan kat KL tempoh hari sempat jugak pakai UBER. Lebih kurang sama gak lah servis dia dengan Grabcar. Murah pun murah. hehe
ReplyDeletearitu rasa nak naik Uber masa SBB, tapi nape tah rasa tak best plak mungkin sebab dekat sangat.ahaha.naik tren je aritu, RM1.60 sen lagi murah..dari hotel nak ke KL Sentral masa tu :P
ReplyDeleteHahaha.. adeh. Kena berbaloi kalau nak pilih UBER dan GRABCAR ni
Deletekelantan takde lagi uber dan grabcar ni.aiseh
ReplyDeleteTak banyak lagi tempat, tapi leh je daftar .. bukan kena bayar pun ..
Deleteantara servis yg menjadi kebencian para pemandu teksi...sedangkan segelintir mereka tidak mahu berubah kepada servis yg lebih baik..
ReplyDeleteJom tgk kat sini..sape mamat ni Misteri Pemuda Bernama Daniel Tyler
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.