Terima kasih KLEzCar Rental kerana memberikan peluang untuk melakukan review ringkas terhadap servis kereta sewa mereka. Secara amnya, saya berpuas hati dengan apa yang telah disediakan oleh KLEzCar. Jom ikuti pengalamana saya menggunakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri KLEzCar Rental ini semasa saya outstation bersama keluarga ke Putrajaya dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebenarnya, KLEzCar Rental merupakan pelanggan blog saya. Mereka adalah antara yang pertama yang support kerjaya saya sebagai blogger, iaitu sejak KLEzCar masih lagi bertatih mempromosi servis menggunakan platform blogspot. Kini, perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri diterajui KLEzCar ini telah mencakupi hampir seluruh Semenanjung Malaysia dengan adanya hampir 100 cawangan, kebanyakannya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar

Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Saya berkesempatan untuk melakukan tempahan online servis sewa kereta oleh KLEzCar semasa membawa anak-anak saya ke Putrajaya dan KL baru-baru ini. Masih dalam cuti sekolah, jadi saya ambil keputusan untuk membawa pengalaman berbuka puasa di perantauan untuk anak-anak saya, lagipun isteri saya masih lagi bertungkus lumus untuk peperiksaan akhir di UM, manakala ibu saya pula masih lagi tinggal bersama adik saya di Pandan Indah.

Tempah Online Guna Telefon

Saya telah membuat tempahan online kereta sewa KLEzCar semasa di dalam tren ETS dari Parit Buntar ke KL Sentral. Tempahan telah dilakukan menerusi laman web tempahan online KLEzCar Rental di sini - http://www.klezcar.com

Laman web yang mesra platform mudah alih ini sangat mudah untuk saya akses walaupun signal 4G LTE saya agak terhad. Semuanya di hujung jari .... 
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Semua informasi berkaitan tempahan ditunjukkan dengan jelas tanpa ada sebarang prejudis mahupun caj-caj tersembunyi. Apa yang anda nampak, itulah yang harus anda bayar. Dan paling menarik, anda boleh dapatkan diskaun khas menggunakan baucer (jika ada ditawarkan).

Menerusi laman web, anda boleh pilih perkara berikut semasa tempahan:
  1. Jenis kereta dari sekecil Axia sehinggalah ke kereta mewah seperti Toyota Alphard
  2. Lokasi untuk ambil kereta / cawangan KLEzCar Rental 
  3. Tarikh dan masa untuk ambil / serah kereta yang disewakan 
  4. Aksesori tambahan untuk kereta seperti navigasi GPS
Selepas isi butiran sewaan kereta dan maklumat yang diperlukan, saya bacalah juga apa yang diperlukan untuk pastikan saya menyewa kereta mengikut terma, dan undang-undang yang ada. Alhamdulillah, semuanya ada jelas dinyatakan. Anda sendiri boleh lihat paparan di bawah ini ...
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Setelah itu, terus sahaja saya buat pembayaran menerusi laman web KLEzCar ni, segalanya dipermudahkan untuk urusan yang lancar dan selamat. Pemabayaran tempahan online boleh dilakukan samada:
  • Kad Kredit/Debit
  • Online Banking
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Anda akan menerima pemberitahuan mengenai pembayaran dan butiran tempahan kereta sewa KLEzCar anda menerusi email. Semua proses ini mengambil masa kurang daripada 15 minit ... in Sha Allah. Semuanya saya lakukan menerusi telefon sahaja.

Tempah Alza Untuk 3 Hari

Saya telah menempah kereta sewa KLEzCar selama 3 hari, ia untuk digunakan bagi hadiri beberapa jemputan review Buffet Ramadhan dan juga untuk bawa emak dan adik saya berbuka puasa.

Disebabkan saya akan bawa anak-anak, isteri dan keluarga ipar .. maka, saya telah memilih untuk menyewa sebuah kereta Alza, dengan sewaan RM170 sehari. Rasanya memadai untuk membawa kesemua 9 orang termasuk 2 bayi kembar .. hoho.

Lokasi saya ambil kereta yang telah ditempah adalah di Putrajaya Sentral. Jadi, memang mudahlah orang seperti saya yang travel ke KL menaiki ETS. Turun sahaja KL Sentral, boleh ambil ERL ke Putrajaya Sentral untuk ambil kereta. Pejabat cawangan KLEzCar Rental betul-betul terletak di kawasan stesen bas Putrajaya Sentral, bersebelahan Pejabat Pos mini.

Ketika ambil kereta, ada dokumen yang perlu ditandatangani, alhamdulillah urusan semua mudah dan pantas kerana sistem online KLEzCar sudah lakukannnya ...
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Sempat saya bergambar dengan staff yang menjaga pejabat cawangan KLEzCar Putrajaya .. huhuhu .. disebabkan bukan awek, lupa pulak nama staff tu .. ekekeke.... dan saya lihat keadaan kereta Alza yang telah saya pilih.

Kenderaan Keadan Baik, Puas Hati ... Tetapi...

Anda boleh lihat sendiri .. bersih .. kemas. Cumanya ada beberapa benda yang bukan milik saya mahupun KLEzCar yang ditinggalkan. Namun, secara amnya .. saya puas hati.

Tapi ada satu kekurangan semasa ambil kereta ini .. iaitu saya tidak dibekalkan dengan kad Touch N Go. Adalah menjadi masalah bagi saya untuk guna kereta sewa ini di Kuala Lumpur sebab semua lebuhraya kini menggunakan sistem pembayaran tol secara automatik. Mungkin, selepas ini .. pihak KLEzCar boleh sediakan kad Touch N Go untuk kemudahan pengguna, boleh dimasukkan ke dalam sistem tempahan sebagai salah satu 'aksesori'.

Oh ya, satu lagi perkara ialah perlunya staff yang serahkan kenderaan untuk bertanyakan kepada pelanggan samada tahu atau tidak membawa kereta yang disewa. Contohnya seperti saya yang pertama kali memandu kereta Alza ..... jenuh juga mencari mana hand break .... sampaikan terpaksa ambil masa dalam 10 minit untuk mengetahuinya ... haha .. siap anak-anak saya kata .. "Abah .. mana benda tarik kat sini ..?" ..
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Pengalaman Tempah Online Kereta Sewa KLEzCar
Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan servis online, servis cawangan dan jenis kenderaan yang disediakan oleh KLEzCar Rental ini. Mungkin ada sedikit penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Untuk mereka yang mahu tahu lebih lanjut, atau mungkin mencuba perkhidmatan yang disediakan, boleh dapatkan terus di kesemua hampir 100 cawangan KLEzCar seluruh Malaysia - termasuk Sabah dan Sarawak, atau terus ke laman web rasmi KLEzCar.

KLEZCAR TRAVEL & TOURS SDN BHD
No.26-2 Tingkat 2 Jalan PJS 3/34, Taman Sri Manja, 46000 Petaling Jaya, Malaysia
fuad@klezcar.com
Laman web KLEzCar - http://www.klezcar.com
Hotline Booking - 1-300-88-4040

[full_width]

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah, terima kasih diatas review tuan.
    Cdgn tuan akan kami pertimbangkan.
    Terima kasih kerana sudi menggunakan perkhidmatan klezcar utk kereta sewa.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,terima kasih atas review tuan berkenaan servis sewaan kereta dari kami klezcar. Insyaallah kami akan perbaiki dan menambahkan lagi nilai kami kepada para pelanggan kereta sewa kami.

    BalasPadam
  3. Saya baca part review buffet ramadhan. :) Wah..murah rezeki Tn HH ..

    BalasPadam
  4. Tuan rumah sewa saya yang sebelum ni juga buat bisnes klezcar juga. memang klezcar ni ada cawangan satu malaysia ( smj ). Bagi saya, ratenya agak mahal 10 ringgit berbanding dengan yang lain. Tak banyak beza sangat, tapi memang saya akui, lebih banyak promosi berbanding dengan syarikat sewa kereta yang lain. Tapi saya masih lagi tak berapa setuju dengan 100 ringgit juga deposit nak kena bayar.

    Cara terbaik untuk guna klezcar ( saya rasalah ) suruh mereka hantar ke rumah sendiri. sebab takut takut diorang tak ada parking yang selamat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement