10 Tips Untuk Turunkan 10kg Dalam Masa Sebulan. Wow ... ini dikira satu keajaiban dan sememangnya sukar untuk dilakukan bagi kebanyakan mereka yang mempunyai masalah berat badan. Tetapi, gadis bernama Alia Amira Rohadi membuktikannya. Daripada mempunyai berat 90kg, gadis ayu ini berjaya menurunkan berat sehingga turun menjadi 58 kg (terkini).

Dek kerana penampilan XXLnya sebelum ini, Alia Amira sering diejek oleh rakan-rakan. Dia tekad untuk menguruskan badan, lalu membuktikan bahawa dia boleh tampil cantik, mempunyai potongan badan yang menarik dan kelihatan lansing. Malah, dengan amalan serta tips turunkan berat badan yang diamalkannya, wajahnya kelihatan lebih berseri dan cerah.

10 Tips Diet Menurunkan Berat 10kg Sebulan Daripada Alia Amira Rohadi

Meh ikuti 10 tips menurunkan berat badan 10 kg sebulan yang telah dikongsikan oleh gadis bernama Alia Amira Rohadi ini. Saya pun kagum dengan hasil yang telah ditunjukkan ...mana tidaknya, tanpa ambil sebarang produk atau ubat kurus, Alia Amira Rohadi berjaya menguruskan berat badan, dan tampil menarik.

Berikut adalah apa yang telah dikongsikan di FB Alia Amira:

Assalamualaikum,
Bismillahirahmanirahim, hye guys
(90kg-58kg) 32kg

Haaa sebelumm tu nak cakap dulu,, ni bergantung kepada metabolisma, kerajinan serta disiplin yg kuat tau!

Firstly, Loss 10kg in 1 month

1. Kena Detox dulu badan tu haaa. Tahu ke idok brape tan matrix lemak-lemak yang menapak beranak pinak dekat usus tu?? So, korang boleh Google tau.

2. Pengambilan diet seharian yang saya amalkan ni kalau korang nak tukar atau untuk bf mom boleh lebihkan portion protein (better refer pakar dietitian dulu)

Diet Pagi
  • Roti 3 keping dengan Green Tea
  • Air suam (wajib ambik macammana pun)
  • Sebelum pukul 9 pagi (kalau untuk pesakit kencing manis whole grain bread tau ... Kalau yang memang manis muka dia tu.. Roti Gardenia kosong tu jee haa
Diet Tengahari
  • Nasi 2 senduk (sebab orang Melayu tulin. Kalau tak makan nasi tak boleh hdup rasa), ayam atau ikan, sayur hijau rebus/kukus (saya tak suka lauk kari jadi memang tak ambik, kadang-kadang kuah kicap je. Student kann pepaham lah ekonomi macammana. Kalau duduk rumah request dengan Umi nak makan ikan singgang
  • Ni kalau hari-hari makan telor goreng nanti jadi sadoo jangan salahkan sis yee
Diet Makan Malam
  • Buah epal hijau (ni pon pilihan, kalau lunch tak ambil lagi nasi, saya ambik time dinner, tak lebih pukul 8 malam) ehh plisss, jangan gatal-gatal nak makan pizza kaa nugget kaa malam-malam ni acah-acah mat salleh tau

3. Dalam sehari kene ambik 2-3 liter air suam per day ni wajibalghunoh untuk yang nak loss weight 10 kg/month. Korang boleh Google jugak macammana nak kira brape liter air untuk diperlukan oleh badan dan cara nak devide tak adelah nanti ulang alik tandas je..

4. Saya memang tekankan pengambilan Green Tea....bukan kata minum Green Tea tak jaga makan, tak senam tup tup turun 20kg.. Ehh memang idokkk ler.. Dia membantu meningkatkan metabolisma selain itu dia jugak bantu dalam loss weight say peminat Green Tea Ahmad - boleh dapatkan di Tesco atau Aeon.
10 Tips Turunkan Berat 10kg Sebulan

5. Setiap hari korang wajib workout 30 min/day untuk perempuan boleh lah nak zumba... Haaa ni kalau yang keje opis tu mohon buat lebih.. Sebab korang kurang bergerak berbanding cikgu atau nurse (macam Alia Amira) ke hulu hilir ni..

6. Jangan nak acah-acah makan oat, makan biskut, roti, tahu tak sebenarnya semua ni lagi banyaakkk bebanan untuk diproses berbanding ambik nasi.... Sooo please!! Refer dietitian sebelum buat keputusan tau!

7. Kena pantang ais, air yang disejukkan, ABC, Cendol, Cool Blog, segala mak nenek yang sejuk. Just minum air suam mengikut liter yang badan korang perlukan (whole day)

8.Pantang lah segala fast food macam KFC, Mc D, Pizza, Subway semua tu untuk 3 bulan pertama tanpa ada 'treat day'.

9. Timbang dulu sebelm mulakan misi.. Setiap minggu make sure timbang! Jaga juga emosi tu biar stabil, sometimes dia akan memberi kesan jugak. Kalau genetik jenis obesiti, korang kenelah lipat gandakan usaha. Sebab potensi untuk loss weight 10 kg/weeks tu rendah

10. Bangunnn je dari tido sebelum korang pergi toilet, sebelm gosok gigi, teruss minum air kosong agak-agak dalam 2-3 gelas (kalau air suam, amaaaat dan sangattt digalokkan) korang boleh Search kebaikan minum air selpas bangun tido. Banyak manfaat dia 😉.

Okeh. Amacam? Bolehkah anda ikuti 10 tips kurus atau turunkan berat badan daripada bakal jururawat ni? Susah? Sukar? Macam rasa tak boleh nak buat je? Cuba ikuti nasihat seterusnya daripada Alia Amira ni .... huhuhuhu ....

Satu lagi nak pesan ni, jenis yang tak kuat semangat, cepat down.. Please sayang cari kekuatan kamu. Kalau ade awak tu suami yg ade istri gemok! Jangan dihina badannya tapi temanlah dia buat zumba or jagakan anak masa dia tengah workout tu! Kan nampak sawit di situ.... Hahahaha

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement