Antara lokasi kegemaran saya untuk memancing pastilah di Lumut dan Manjong. Kalau rasa ketagihan sangat, saya boleh sahaja ke Tanjung Piandang atau Kuala Kurau yang letaknya tidak jauh dari tempat saya ni iaitu Parit Buntar.
Lokasi Beli Umpan Udang Hidup di Lumut
Apabila pergi memancing, saya lebih suka menggunakan umpan Udang Hidup. Umpan Hidup biasanya dijual dari RM0.25 - RM0.50 seekor mengikut saiz. Kalau anda merupakan pelanggan tetap sesuatu kedai yang menjual umpan, anda boleh dapat harga purata RM0.30 seekor untuk udang bersaiz rawak, maknanya .. anda beli umpan Udang Hidup tidak ikut saiz .. mungkin ada yang besar, ada yang kecil.Jika saya pergi memancing di Lumut atau sekitarnya, saya akan dapatkan umpan Udang Hidup di beberapa lokasi, antaranya ialah:
- Kampung Setiawan, sebuah perkampungan nelayan yang memang banyak bekalan umpan. Anda boleh dapatkan umpan dari umpun-umpun, ulat pasir, anak belanak, dan pastinya udang hidup. Kadangkala umpan seperti kerang dan kepah juga ada dijual.
- Ah Keong. Jika anda berada di Lumut, dan sekitar Manjong .. anda pasti akan nampak iklan Ah Keong. Banner Umpan Hidup Ah Keong boleh dikatakan ada di merata tempat. Ah Keong adalah tekong yang bawa pemancing ke tiang bawah Jambatan Bainun, iaitu salah satu lokasi memancing di Lumut. Ah Keong juga ada kelong untuk kaki pancing yang mahu memancing ikan saiz mega .. huhu... Nak cari umpan udang hidup, boleh hubungi Ah Keong ini. Dukacitanya, saya tak simpan nombor telefon si Ah Keong ini ... huhu...
- Kedai Ah Keong. Selain berhubung dengan Ah Keong untuk dapatkan umpan, anda boleh je pergi ke kedainya yang terletak di deretan kedai bersebelahan dengan OUM (Open Universiti Malaysia) Marin. Lokasinya ialah di jalan besar menuju ke Taiping dari arah Lumut. Deretan kedai ini betul-betul sebelum simpang ke Kampung Baru, satu lokasi kegemaran saya untuk memancing Siakap.
- Panjang Kampung Baru. Setiap kali saya nak memancing di Lumut, saya akan hubungi lelaki cina bernama Panjang, saya akan tempah bekalan umpan udang hidup darinya. Dia hanya menjual umpan jika ditempah sahaja ... jadi memang perlu telefon dahulu sebelum dia turun ke laut untuk menjala udang. Yeap .. dia menjual udang hidup liar selalunya Udang Kaki Merah yang menjadi kegemaran ikan Siakap di perairan Lumut. Kedainya terletak betul-betul berhadapan Jeti Kampung Baru, Setiawan .... atau dengan kata lain, berhadapan dengan jalan masuk ke Chalet Amir yang selalu saya ceritakan.
- Kedai menuju ke Kampung Baru. Ada satu lagi tempat untuk dapatkan dan beli umpan udang hidup .. iaitu di satu kedai yang terletak di jalan besar menuju ke Kampung Baru ... ia sebuah kedai baru dibuka. Tak ramai lagi tahu akan lokasi kedai umpan ini. Hanya mereka yang menggunakan jalan pintas dari arah Taiping/Lumut untuk ke Ayer Tawar sahaja akan sedar kewujudan kedai ini.
[post_ads]
Sebenarnya ada beberapa kedai lain yang sediakan umpan udang hidup untuk kaki pancing. Cuma anda perlu cari dan pandai bertanya dengan orang tempatan. Ini adalah kerana ada sesetengah kedai itu letaknya agak terpencil, dan hampir dengan jeti nelayan.[Baca] Seronoknya Memancing Bawal Emas dan Siakap di Kolam RM3 di Jugra
Anda boleh cuba Google .. tetapi sebaiknya apabila tiba di lokasi tempat memancing di Lumut, cubalah tanya dengan kaki pancing tempatan .. in Sha Allah mereka tak lokek berkongsi info. Lagipun .. kadangkala Google ni 'sembang' je macam tahu ... haha.. tapi ntah mana-mana dia tunjuk .. jadi, lebih baik gunakan khidmat insan, mana tahu boleh dapat tips tambahan.
[post_ads_2]
Dapat umpan macam ni seronok nak mancing.
ReplyDeleteMenarik juga tawaran umpan yang disediakan.
ReplyDeletewahhh.
ReplyDeleteBerbaloi-baloi
ReplyDeleteseronoknya..
ReplyDeletekul brapa kedai umpan kat kampung baru setiawan buka .waktu pagi.
ReplyDeleteDibuka seawal pagi ... jam 6 pagi dah buka kalau umpan udang tu ada. Malah ada je kedai jual umpan 24 jam.
DeleteKtne ek kedai jual umpan hidup 24jam?
DeleteSaya tak ingat, tetapi nombor telefon tu merata ada sekitar tempat memancing.
DeleteAde no fone panjang kg baru tu x encik?tlg wasap sy no dia.0145065362 terima kasih
ReplyDelete0165945117 panjang
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.