Mee Hailam Syamok Unik dan Popular di Parit, Perak. Jika anda ke pekan Parit, Perak .. anda pasti akan tertanya-tanya mengenai satu kedai makan milik pasangan suami isteri berbangsa Cina yang tidak lekang dengan pengunjung. Setiap hari, setiap kali dibuka, ia pasti akan penuh dengan pelanggan yang kebanyakkannya dari kalangan bangsa Melayu Islam, samada orang tempatan mahupun orang luar.

Mee Hailam Syamok dah lama ada. Ia memang dah popular sejak lokasi asalnya di tepian Sungai Perak di pekan Parit. Ia berkembang dan sudah menjadi sebahagian daripada keunikan dan tarikan di pekan Parit, Perak. Tak pernah lekang dengan pengunjung, Mee Hailam Syamok digemari kerana ramai anggap mee yang unik, tidak terdapat di tempat lain dan rasa kuahnya yang pekat, manis-manis pedas.

Mee Hailam Syamok Unik dan Popular di Parit, Perak

Mee Hailam Syamok Unik Popular Parit
Mee Hailam Parit memang unik. Mee nya tak sama bentuk dengan mana-mana mee lain yang ada di pasaran. Ia lebih lebar, dan lebih kenyal. Setakat yang saya tahu, mee hailam dengan bentuk sebegitu hanya boleh didapati di pekan Parit sahaja. Ada yang beritahu, mee tersebut boleh juga didapati di Ipoh, tetapi saya masih belum jumpa selain tempat asalnya di Parit, Perak.

Mee Hailam Parit Memang Terkenal Sejak Lebih 10 Tahun Lalu

Sebelum saya berkahwin dengan isteri saya yang berasal dari Parit, Mee Hailam Parit atau Mee Syamok sudah dikenali serata daerah di Perak. Kadang ada orang Ipoh, Kuala Kangsar, Lumut malah Teluk Intan sanggup datang ke pekan Parit hanya semata nak menikmati Mee Syamok.

Walaupun ada yang skeptikal kerana mee hailam disediakan oleh pasangan suami isteri bukan Islam, namun kedai ini tidak pernah pun lekang dari pengunjung beragama Islam. Bila tiba cuti sekolah, cuti perayaan seperti Hari Raya, kedai makan ini sentiasa penuh .. malah ada yang sanggup berdiri menunggu meja makan dikosongkan.
Mee Hailam Syamok Unik Popular Parit

Kenapa Diberikan Nama Mee Hailam Syamok?

Kenapa diberikan nama Mee Hailam Syamok? Syamok di sini bermaksud orang-orang cina yag tak makan daging baa alip baa ya.... mereka tak makan, sebab mereka menghormati kawan-kawan dan masyarakat Melayu di kawasan mereka.

Memang ada yang mereka yang was-was nak makan Mee Hailam Syamok.

Kedai ini terbuka, malah tukang masak memasak mee hailam di tempat orang ramai boleh lihat. Tiada bahan yang difikirkan dan dirasakan terlarang dicampurkan ke dalam masakan. Malah, pembekal bahan-bahan mentah juga datangnya dari kalangan orang Melayu pekan Parit yang berniaga di pasar berdekatan. Manakala, minuman disediakan dan dibancuh oleh orang Islam. Kedai ini tidak menjamu minuman keras, atau menjual makanan tidak halal selain Mee Hailam serta Bihun Hailam.

Didatangi Pegawai JAKIM

Pernah sampai ke pengetahuan saya, bahawa kedai Mee Hailam Syamok pernah didatangi pegawai daripada JAKIM, tetapi tiada tindakan dikenakan. Lagipun, kedai ini tidak menggunakan sebarang logo Halal Jakim di premisnya, walaupun premis ini berada di ruangan Medan Mara, yang semuanya disewa oleh kedai milik orang Melayu Islam kecuali Mee Syamok.
Mee Hailam Syamok Unik Popular Parit
Orang Parit memang tiada masalah makan di kedai ini. Mereka dah kenal dengan pemilik kedai mee hailam ini sudah lama, malah pemilik kedai memang mesra dengan setiap pelanggan yang datang. Tauke sendiri yang akan melayan anda apabila anda hendak makan dan minum di situ. Pemilik kedai dah sebati dengan adat, budaya masyarakat Melayu yang merupakan majoriti penduduk di Parit, Perak.

Saya bukanlah penggemar Mee Hailam Syamok Parit ni, tetapi saya memang pernah merasa beberapa kali Mee Hailam Syamok yang unik dan popular ini. Ianya memang berlainan dengan rasa mee hailam lain yang pernah saya makan, itu sebab ia kekal bertahan dan popular lebih 10 tahun di situ.

Ada yang kata, Mee Hailam Syamok Parit ni tak ada kelebihan pun. Mee pelik, gemuk semacam cacing pun ada. Ada yang komen, mee hailam ni tak ada apa istimewanya, mee biasa-biasa je, ditambah daging cincang dan sayur sawi sahaja. Tapi itulah, lain orang lain citarasa. Namun seperti saya katakan tadi, Mee Hailam Syamok ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, budaya dan trademark Parit sejak sekian lama.

Kalau anda ke pekan Parit, bolehlah mencuba; tetapi kalau anda ada rasa was-was kerana pemilik kedai adalah dari bangsa Cina maka baik anda cari alternatif lain.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pernah try mee hailam parit yang kedainya berdekatan sungai perak tu dekat jambatan apa entah... sedap jugak.. yang ni pun pasti akan cuba jika balik ke rumah mentua di kg piandang lama terima kasih sbb share...

    ReplyDelete
  2. walaweh...mee hailam parit masuk blog..ahaha..raya aritu tak sempat nak gi makan..:P

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement