Ok. Pertama sekali, saya ingin tekankan bahawa saya bukanlah seorang agen hartanah, pakar hartanah, otai hartanah mahupun seorang pemberi pinjaman atau pembiayaan berkaitan. Saya hanyalah seorang blogger yang mungkin ada sedikit ilmu pengetahuan yang lebih sedikit daripada yang bertanya. Almaklumlah, kerjaya blogger kadang perlu mencari maklumat dan fakta tentang apa yang perlu ditulis, jadi kadangkala saya terserempak dengan info-info dan pengetahuan yang sebelum ini tidak saya tahu, lalu saya kongsikan menerusi blog.
Prinsip Pembiayaan Konvensional vs Prinsip Pembiayaan Islam
Apakah yang anda faham mengenai pembiayaan konvesional dan pembiayaan Islam? Mana satu lebih baik? Ada yang beritahu saya, pembiayaan konvensional lebih baik sebab ia lebih murah, berbanding dengan pembiayaan Islam. Ada yang kata pembiayaan Islam lebih bagus sebab tiada unsur riba yang sangat tidak dibenarkan dalam apa jua perniagaan, termasuklah pembiayaan pinjaman.Jadi bagaimana?
Untuk itu, kita perlu faham dulu mengenai prinsip yang digunakan untuk setiap jenis pembiayaan ini - pembiayaan konvensional vs pembiayaan Islam .. dari segi prinsipnya.
Prinsip Pembiayaan Konvensional
Prinsip pembiayaan ini mempunyai kadar faedah yang berubah-ubah. Contohnya, bank pemberi pinjaman atau pembiayaan, akan memberikan pinjaman untuk mendapatkan keuntungan daripada faedah yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman prinsipal.Sebahagian daripada setiap ansuran yang dibayar, peminjam akan membayar servis faedah, manakala selebihnya untuk membayar pinjaman prinsipal.
Oleh kerana kontrak pembiayaan tidak berdasarkan kepada nilai mutlak (contohnya harga jualan), lebih cepat peminjam membayar dan menjelaskan prinsipal, maka jumlah faedah yang dibayar juga akan menjadi lebih rendah.
Prinsip Pembiayaan Islam
Sebagai ganti kepada faedah yang terdapat dalam prinsip pinjaman konvensional, prinsip pembiayaan Islam akan menakrifkan kadar keuntungan di dalam kontrak. Majoriti pilihan pembiayaan Islam di Malaysia adalah berkonsepkan Bai' Bithamin Ajil (BBA) yang dikenali sebagai perjanjian jual dan beli balik. Satu lagi konsep pembiayaan Islam ialah Musyarakah Mutanaqisah (MM).
Kelebihan Pembiayaan Islam Berbanding Konvensional
- Buat masa sekarang, akan ada diskaun duti setem 20% bagi dokumen-dokumen Perjanjian Pinjaman Islam. Nota: Dalam pembiayaan konvensional, hanya terdapat 2 dokumen undang-undang terlibat - Perjanjian Pinjaman dan dokumen caj. Tetapi bagi kewangan Islam, terdapat sekurang-kurangnya 3 (sesetengah produk, 4 dokumen / perjanjian), yang menyebabkan peningkatan kos undang-undang.
- Dalam kes-kes pembiayaan semula daripada konvensional kepada pakej Islam, akan ada pengecualian duti setem 100% ke atas baki pinjaman yang sedia ada. Ini tidak dapat dikenakan kepada mana-mana jumlah yang melebihi baki pinjaman pembiayaan semula yang sedia ada.
Kelebihan Pembiayaan Islam Berkonsepkan BBA
Kelebihan pembiayaan Islam berkonsepkan BBA mempunyai beberapa kelebihan iaitu:- Bagi kadar keuntungan terapung, kadar keuntungan dihadkan pada maksimum.
- Sekiranya berlaku kelewatan membayar pembiayaan, boleh dibayar dengan kadar yang lebih rendah tanpa ada konsep denda pengiraan faedah yang dikenakan, berbeza dengan pembiayaan konvensional yang mengenakan konsep ini. Walaubagaimanapun, kemungkinan pihak pemberi pinjaman atau bank akan kenakan caj yang lain untuk menggantikan konsep ini.
Jika anda nak tahu lebih info mengenai prinsip pembiayaan konvensional vs prinsip pembiayaan Islam ini, saya syorkan anda klik pada pautan ini - Perbandingan Pinjaman Islamik dengan Pinjaman Konvensional yang ada menceritakan mengenai kelebihan dan kekurangan bagi setiap jenis pembiayaan.
Sumber: Loanstreet dan Mega3 Housing
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.