Kali terakhir bercuti ke Pulau Langkawi adalah pada tahun 2014. Dan ketika itu juga, kami sekeluarga dapat merasai percutian penuh bajet, menginap di Rumah Persekutuan Langkawi - Federal Villa. Memang best dapat menginap di RPP Langkawi ni .. biliknya luas dan selesa.
Permohonan RPP Langkawi - Federal Villa Berjaya
[Baca] RPP Langkawi - Federal VillaRamai sebenarnya yang ingin menempah Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang disediakan khas untuk kakitangan kerajaan ini, tetapi agak sukar untuk mendapatkan tarikh dan bilik yang sesuai. Al maklumlah, biliknya terhad, dan nak cari tarikh yang kosong tu memang gila kentang susah.
Tapi entah macamana, mungkin rezeki .. isteri saya berjaya buat tempahan baru-baru ini, dan saya pun telah selesai membuat pembayaran untuk penginapan di RPP Langkawi ni.
Jika anda seorang kakitangan kerajaan, cuba ambil peluang untuk pergi bercuti dan menginap di seleksi RPP yang ada. Memang berbaloi-baloi. Untuk cara tempahan, boleh baca artikel yang saya telah tulis di sini - Cara Buat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP)
In Sha Allah, bila tiba masanya nanti .. saya akan kongsikan kisah percutian ini kepada anda semua. Kalau rasa nak tengok perkongsian gambar-gambar menarik di sana nanti, ikuti saya di Instagram Hasrul Hassan ye.
Mungkin kali ini, kami nak cuba ambil pakej sarapan yang disediakan ...sebab setahu sayalah RPP yang lain tak ada menyediakan servis ni. Yelah, RPP Langkawi selain RPP Port Dickson yang gunakan operator dari hotel. Harga pula nampak sangat berbaloi iaitu hanya RM8.00 seorang .. huhuu dan kanak-kanak cuma RM5.00 seorang. Saya baru tahu selepas baca terma syarat yang terkandung khas untuk RPP Langkawi - Federal Villa ni.
Untuk mereka yang teringin nak menginap di RPP, baca tips ini dulu - Tips Untuk Dapat Tempah Rumah Peranginan Persekutuan
Semoga berinformasi. :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.