Saya dengar ramai juga rakan-rakan blogger yang sudah mulai seronok buat duit dengan platform Google AdSense ni. Ada yang berjaya dapat sehingga USD300 - USD500 sebulan dengan hanya meletakkan iklan AdSense di 3 tempat sahaja di dalam blog. Tak perlu nak letak semua kod AdSense, paling penting kod AdSense versi responsive (untuk mobile dan desktop) wajib diletakkan untuk memaksima income.

Alhamdulillah, blog saya pun dapat juga tempias teknik yang saya sebutkan di atas. Income dari platform Google AdSense mula bertambah baik dari sehari ke sehari. Tak sangka sedikit pelaburan untuk ilmu membuatkan hasil yang seronok dilihat. Yelah, saya ni bukannya pandai sangat pun .. bila rasa diri kurang ilmu, maka cari ... dan praktik.

Praktis Terbaik Letak Iklan Adsense

Saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat, tapi ini ilmu biasa-biasa je mengenai praktis terbaik letak iklan AdSense dalam blog. Saya fikir ramai dah otai buat duit dengan blog yang dah gunakan praktis terbaik dan kongsikan dengan pengikut mereka.

Sebelum ini, saya pernah berikan beberapa tips mengenai AdSense ini. Atau cara paling mudah ialah dengan membaca panduan Buat Duit Dengan Google AdSense

Namun, secara amnya .. apabila anda nak letakkan kod/banner iklan dari AdSense, anda perlu pastikan anda ikuti 100% Rule of Thumb Google AdSense. Kalau tidak, anda kelak akan menangis di penghujung bulan kerana pendapatan AdSense anda disekat dan diberikan penalti. Bab kena banned .. usah cakaplah, memang akan segera secara automatik dikenakan kalau anda terlalu 'bijak' memanipulasi. Saya dah kongsi beberapa kisah sebenar saya hadapi situasi ini di dalam blog... hoho ... lenguh dibuatnya weihhh.

Orait, berbalik kepada tujuan asal ... apakah praktis terbaik untuk letak iklan AdSense di dalam blog?

Saya tak mahu pening, dan malas nak belitkan kata-kata .. anda lihat sahaja grafik di bawah ini:

Cara Betul Letak Iklan AdSense Dalam Blog

Iklan tersebut mesti berada di dalam persekitaran yang kaya dengan konten blog. Nasihat saya, jangan campurkan iklan AdSense ini dengan iklan dari platform lain. Daripada apa yang saya tahu, ia akan mengurangkan kadar Cost-per-Click (CPC), yang mengakibatkan anda bakal gagal mendapatkan income yang sepatutnya.

Cara Salah Letak Iklan Google AdSense

Jangan sesekali letak iklan AdSense seperti ditunjukkan di bawah ini:
Dengan kurangnya konten dan kata kunci di sekitar banner/kod iklan AdSense, blog anda akan gagal mendapatkan iklan-iklan AdSense lalu menyebabkan income AdSense tidak berganjak. Iklan AdSense di blog tidak dapat dipaparkan seperti sepatutnya, dan pastinya anda akan rasa kecewa setelah susah payah nak dapatkan akaun AdSense.

Saya kerap kali diajukan soalan ... "Kenapa dan mengapa iklan AdSense tidak muncul di blog?"... dan salah satu sebabnya adalah kerana sebab di atas.

AdSense memerlukan kata kunci untuk paparkan iklannya di blog dan laman web. Untuk itu, anda perlu pastikan kata kunci yang ada nilai komersil masuk ke blog anda. Cuba lihat kategori di bawah ini...

Nampak? Apa yang paling di atas tu .... jadi, apabila anda terfikir nak menulis sebuah entri yang baru, fikirkan kategori yang saya paparkan di atas. Tapi .. ehemm .. stats di atas adalah untuk blog saya, ia mungkin berlainan dengan blog anda. Jadi, pastikan anda selalu jenguk Google Analytics untuk ketahui statistik di atas.

Jadi, jangan terkejut kalau saya sering bercerita mengenai percutian saya, hotel yang saya menginap, tempat makan yang saya pergi, bercerita tentang hartanah, berkongsi info tentang kereta dan automotif atau tentang telefon pintar yang saya pernah guna ... sebab ia merupakan antara kategori topik yang boleh berikan banyak sumber untuk iklan AdSense di blog ini.

Jelas?

Saya harap perkongsian ilmu ini dapat bantu rakan-rakan blogger untuk jana income blog menerusi AdSense dengan lebih baik. Seperti awal saya katakan, saya bukanlah pandai sangat .. income AdSense pun taklah sampai cecah ribuan ringgit setiap bulan tapi in Sha Allah, bolehlah saya tersenyum lega.

Mahu income dalam USD menerusi Adsense? Cuba dapatkan panduan ini - Ebook Panduan Adsense Revive 2017

Cuba gunakan ilmu yang saya berikan ini. Kalau boleh kongsikan kepada rakan blogger yang lain. Tak dapat income dari segi wang ringgit, dapat income dari segi pahala ilmu pun bagus. Ye tak?

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Patut la income gua kejab mencacak, kejab mendatar

    ReplyDelete
  2. tq info... saya baru je dapat acc adsense, masih belajar lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dah berjaya dapat hasil daripada iklan Adsense di blog

      Delete
  3. Replies
    1. Sama-sama lokman, semoga tips mengenai praktis adsense ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

      Delete
  4. Faham-faham... InshaAllah akan diperbaiki dari masa ke masa... Thanks sifu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement