Sejak dua menjak ni, ada beberapa isu viral berkaitan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di laman sosial. Antaranya ialah isu bil elektrik terbaru yang diterima di rumah, nombor akaun berbeza dengan nombor akaun bil TNB sebelum ini. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah penstrukturan sistem bil elektrik TNB yang kini sedang dinaik-taraf untuk sistem semakan online.

Pihak TNB telahpun memaklumkan bahawa mereka sudahpun menaik-taraf sistem bil elektrik online TNB, dan kerana ini, menjadikan nombor akaun berbeza dengan nombor akaun lama bil elektrik yang dicetak dan diberikan kepada pengguna. Nombor akaun baru yang tertera pada bil elektrik terkini adalah nombor akaun bil elektrik yang sudah dimasukkan ke dalam sistem bil online terbaru TNB.

Cara Daftar Akaun TNB Secara Online

Cara Daftar Akaun TNB Secara Online
Saya sudah pun menggunakan sistem online TNB dan mendapati bahawa nombor akaun di dalam bil online adalah sama dengan bil eletrik cetakan terkini buat bulan Ogos 2016. Akaun online TNB adalah berdasarkan kepada nombor kad pengenalan yang didaftarkan dengan akaun lama. Jadi, buat mereka yang mahu menyemak akaun TNB secara online, anda perlu mendaftar ke sistem semakan bil TNB online terbaru dengan menggunakan kad pengenalan.

Untuk pendaftaran akaun TNB secara online, sila ikuti langkah berikut:
  • Pergi ke laman web myTNB online - https://www.mytnb.com.my/User/RegistrationLanding
  • Klik pada bahagian pendaftaran dan anda akan dibawa ke laman berikut:
Cara Daftar Akaun TNB Secara Online
  • Isi dengan betul butiran yang diminta. Pastikan anda memasukkan alamat email yang sah dan betul, kerana selepas ini anda mungkin akan menerima bil menerusi email. Anda perlu tahu, ada 3 cara pihak TNB menyediakan bil elektrik kepada anda, iaitu menerusi bacaan meter elektrik, menerusi semakan bil terdahulu, dan juga bacaan meter sendiri oleh pengguna.

Menerusi sistem ini, agak mudah untuk anda pantau penggunaan tenaga elektrik sebelum dan semasa. Anda juga boleh terus bayar bil elektrik TNB secara online menerusi sistem baru TNB ini.

Kalau ikutkan sistem sekarang, bil yang sampai mungkin tidak sampai betul-betul ke tangan pengguna. Ada yang basah kena hujan, terkoyak, hilang dan sebagainya. Ia juga untuk elakkan pengguna dari terkena denda kerana terlupa membayar bil elektrik TNB, selain memastikan bahawa pengguna akan lebih bertanggungjawab.

Setelah selesai pendaftaran, anda akan diminta untuk sahkan menerusi email yang dihantar oleh myTNB. Kemudian anda akan diminta untuk login ke akaun TNB online anda untuk buat semakan.

Video Cara Daftar Akaun TNB Secara Online

Jika anda tidak berapa jelas mengenai cara nak daftar akaun TNB secara online ini, boleh tonton video yang disediakan di bawah ini:

Semoga blog post atau artikel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. In Sha Allah.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Macam mana kalau rumah tuu rumah atuk nenek, and mereka sudah meninggal dunia? mana nak cari i/c mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa sijil kematian ke mana-mana pusat TNB, potong dn mohon yang baru atas nama anda.

      Padam
  2. saya dah register. tetapi tak boleh check bil. boleh bantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah semak samada nombor akaun/bil elektrik anda betul tak?

      kena lihat pada kertas bil ..

      Padam
  3. Boleh ke saya nak apply no akaun baru untuk syarikat tanpa penama asal menutup akaun sedia ada

    Boleh tak saya register no akaun baru di kawasan berdekatan tempat tinggal saya (P.Jaya) untuk syarikat yang berada di kawasan / area Kuala Lumpur

    terima kasih krn membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akaun baru kena potong penama asal, kena beritahu pihak TNB.

      Daftar akaun baru boleh, asalkan tahu nombor kontrak bil.

      Padam
  4. kenapa tidak dapat view akaun nmbr?

    BalasPadam
  5. macam mana cara untuk dapatkan bil melalui email?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement