Blog saya sendiri ramai yang masuk dan baca menggunakan aplikasi Firefox dan Google Crome. Firefox adalah pelayar internet bersifat terbuka yang dibangunkan oleh Mozilla.
Cara Update Firefox Versi Terkini
Memandangkan Mozilla Firefox adalah pelayar internet bersifat terbuka, ia sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Pembabitan ramai dalam komuniti Mozilla membolehkan Firefox sentiasa ke hadapan dalam banyak aspek berkaitan pelayaran internet yang selamat, lancar dan pantas.Namun begitu, tidak ramai pengguna internet yang menggunakan Firefox tahu untuk update dan upgrade pelayar internet ini di komputer desktop mereka. Walaupun Firefox boleh update secara automatik, tetapi disebabkan ada sesetengah komputer yang menggunakan Windows Firewall, dan juga perisian antivirus yang ketat, proses update atau kemaskini Firefox sering terhalang.
Untuk itu, saya sukacita nak kongsikan beberapa tatacara mudah untuk anda tahu cara nak update Firefox versi terkini secara manual. Moga ia dijadikan panduan berguna untuk anda, agar browser internet Firefox anda sentiasa dikemaskini, tidak bermasalah, dan lancar setiap kali anda mahu mencari maklumat dan info di internet.
Hanya ikuti langkah-langkah di bawah:
Klik pada hujung atas Firefox anda, dan anda akan nampak paparan seperti di bawah ini. Anda kemudian klik pada bahagian bertanda 'tanda soal'.
Apabila anda klik tanda soal, paparan di bawah pula akan keluar, klik pada 'About Firefox'. Pelayar internet anda, akan kemudiannya mencari kemaskini terkini. Jika tiada update atau kemaskini yang diperlukan, ia akan keluar status - 'Firefox is up to date'.
Sekiranya tidak, paparan di bawah akan keluar dengan memperlihatkan kemaskini yang sedang dilakukan. Apabila selesai, ia akan minta untuk anda restart Firefox anda.
Senang je kan? Jangan abaikan tatacara ini jika anda mahu pastikan Firefox anda memberikan pengalaman untuk browsing internet yang mantap. Anda juga boleh menggunakan Firefox untuk versi lebih personal seperti ditunjukkan di bawah ini; di mana ia tidak menyimpan data berkaitan laman web yang anda pernah lawati, kata kunci apa yang anda cari, fail-fail sementara seperti video dan juga cookies.
Namun, ia tidak menjadikan anda seorang anonymous kerana data anda masih boleh diperoleh menerusi ISP dan juga admin network rangkaian anda jika menggunakan internet di pejabat (Wifi/LAN).
Jika anda mahukan browser bercirikan Islam, boleh gunakan Salam Browser yang pernah saya tulis untuk pastikan anak-anak tidak melihat sesuatu yang tidak sesuai dengan umur mereka - 6 Cadangan Untuk Elak Kanak-Kanak Lihat Iklan Tidak Sesuai di Internet
Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteSama-sama .... moga dapat bantu orang lain juga
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.