Hoho ... bukan benda pelik. Dah lama orang buat, cuma saya dan isteri je pertama kali merasa. Ia lebih kepada cara untuk beramah-mesra sesama keluarga kakitangan Hospital Parit Buntar.... dalam semangat dan suasana hari raya.
Gelagat Anak Main Bowling Pakai Baju Raya
Anak-anak saya join main bowling pakai baju raya ni. Saya tak main .. sebab saya dah tersangat pro ... haha .. kang main semua kalah .. kah kah kah. Isteri saya join, tapi kemudiannya diganti oleh anak saya.
[Baca] 10 Idea Hari Keluarga Jadi Meriah
Anak-anak saya memang suka main bowling. Jadi bila dapat kesempatan macam ni, saya serah je mereka untuk berseronok. Saya jadi pemerhati je. Boleh tengok kesungguhan mereka untuk bermain dengan baik, untuk jatuhkan semua pin bowling. Nampak mereka ada semangat nak bersaing dan perbaiki kelemahan.
Boleh Jadi Aktiviti Menarik Untuk Hari Keluarga
Kalau anda nak kelainan dan keunikan untuk buat hari keluarga .. bolehlah cuba pendekatan macam ni. Mungkin bermain bowling dengan pakaian tradisi ke, pakai kain pelekat ke ... sambil riadah, sambil seronok ... adalah macam-macam emosi sikit .. baru meriah.Saya kongsikan beberapa gambar ni ... untuk tatapan anda ... huhu...nampak comel je kan? tak tahulah pandangan anda .. tapi saya ... cam best je .. bila tunjuk gambar-gambar ni kat anak-anak .. pasti derang akan tersenyum dan ingat keseronokkan yang dah mereka rasai.
haha..nampak pelik jer..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.