Trip memancing ini adalah seminggu selepas Raya Aidilfitri 2016. Kami sewa dua buah chalet di D'Amir Chalet, dengan harga dari RM120 dan RM140 sebuah. Ada chalet lain ditawarkan dengan harga serendah RM80 semalam. Harga berbeza disebabkan kemudahan, saiz dan kedudukan chalet. Dan ada lebih daripada 10 buah chalet di sini ... huhu.
Hasil Memancing Muara Kampung Baru Ayer Tawar, Perak
Seingat sayalah, ini merupakan penginapan buat kali kelima kot di chalet ini. Di chalet serupa juga, adik ipar saya pernah menaikkan lebih 10kg ikan Siakap ... jadi, tempat ni memang menjadi lubuk ikan Siakap liar dan popular di kalangan pemancing sekitar kawasan Lumut, Setiawan dan Manjong. Lagipun, kawasan muara Kampung Baru, Ayer Tawar ini juga berdekatan dengan Jambatan Bainun, Segari .. yang memang dikenali sebagai lubuk ikan-ikan besar seperti Pari, Jenahak, Siakap, GT dan beberapa spesies yang lain, termasuk juga Kerapu.[Baca] Lihat gambar adik ipar saya naikkan Siakap lebih 10kg - Siakap Chalet Amir Kampung Baru Ayer Tawar
Gambar Hasil Memancing di Chalet Amir, Kg Baru
Nah .. meh saya jamu mata anda dengan hasil tangkapan saya baru-baru ini .. hoho .. sila jangan jeles, sebab ini rezeki Allah S.W.T berikan...huhu .. sebelum ni saya bangau je ... dan alhamdulillah, berkat sabar terus memancing di chalet ini, saya dah menaikkan 9 ekor Siakap liar di muara sungai Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak. Jauhh oo saya datang .. dari Penang ke sini ...Memang syokkk ... kalau anda leh tengok apa di dalam hati saya ketika menaikkan ikan Siakap ni ... fuhh mesti penuh dengan bunga-bunga matahari ... hehehe.
[Baca] Tempat Sarapan Best Bila Memancing di Chalet Amir
Emak saya suka, isteri saya seronok .. anak-anak teruja. Kegembiraan mereka melihat saya berjaya menaikkan ikan Siakap takkan saya lupa.
Masak Ikan Hasil Pancing di Restoran Halimah
Dah dapatkan hasil tangkapan memancing ini, kami pakat untuk masak ikan-ikan ini di restoran berdekatan. Pilihan kami selalunya di Restoran Halimah, yang memang tidak pernah menolak permintaan kami untuk menyiang dan memasak ikan hasil pancing kami sejak 2 tahun dulu. Restoran ini terletak di sebelah Giant Manjong.Nahh .... sedappppp ... segar dari laut weihh ....
Nak tahu banyak kisah saya dan keluarga pergi sana sini ... sila follow saya di Instagram ye .. in Sha Allah, saya akan kongsikan gambar-gambar percutian, tempat menarik untuk anda. Instagram saya di sini - http://www.instagram.com/hasrulhassan
Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh tinggalkan komen anda di bawah, in Sha Allah saya akan jawab.
Nak tanya, mancing siakap kat sini guna umpan apa?
ReplyDeleteGunakan umpan udang hidup. Lebih spesifik, udang kaki merah.
Deletebeli umpan dekat area situ jugak ke..?
DeleteBeli kat kedai umpan area berdekatan. Ada bbrpa kedai umpan yang dibuka 24 JAM dan On-Call. Byk papan iklan kat situ. Pilih je mana yang rasa berbaloi. tetapi diingatkan, agak mahallah sbb servis 24 jam.
DeleteTuan, d'amir challet ni ada sedialan bahan2 untuk masak sendiri ke ikan hasil pancing?
ReplyDeleteTak disediakan. Untuk memasak, hanya perkakasan sahaja disediakan/dapur tetapi bukan semua chalet ada. Ada chalet tertentu je yang ada kelengkapan ni
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.