In Sha Allah, dalam blog post ini saya akan kongsikan satu tips dan petua mudah untuk mendapatkan body cantik, menarik luar dan dalam, hanya dengan menggunakan tiga bahan semulajadi. Tak perlu banyak belanja untuk beli produk kecantikan, sebab ada cara lain yang boleh anda buat di rumah.
Mahu Body Cantik Luar dan Dalam. Ikuti Tips dan Petua Dengan 3 Bahan Ini
Ok, sebenarnya tips dan petua ini telah dikongsikan oleh salah seorang usahawan wanita yang memang cantik rupawan, iaitu Puan Nureeman Ramli. Perkongsian tips beliau di laman Facebook telah mendapat reaksi yang sangat baik daripada Facebooker. Ianya telah dikongsi hampir 10K shares, dan mendapat lebih 2000 likes.Berikut adalah perkongsian dari Puan Nureeman Ramli, untuk wanita yang mahukan body cantik luar dan dalam.... huhu... resepi tradisional body cantik luar dalam ini telah beliau peroleh dari seorang kenalan berbangsa Cina yang menurutnya memang mempunyai potongan badan yang cantik menawan.
Apa yang diperlukan adalah 3 bahan semulajadi ini iaitu Lemon, Halia dan Bawang Putih.
Cara Penyediaan
1. Potong halus 3 bahan berikut:- 3 biji lemon (jgn buang kulit) potong
- 3 labu bawang putih bukan 3 ulas yer (buang kulit) potong
- 2-3 inci halia (buang kulit) potong
3. Rebus selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend (akan jadi pekat macam pati)
5. Tapis atau tak terpulang. sy tak tapis
6. Lepastu dah boleh minum
Cara Minum
Setiap pengambilan ambil 2 sudu campur madu 1 sudu. Ambil waktu pagi sebelum breakfast (perut kosong) dan waktu malam sebelum tidur, selebihnya simpan dalam peti ais dan amalkan setiap hari.Kelebihan/Khasiat
- Nak kurus
- Perut kempis
- Buang toksin
- Buang air jadi lawas
- Untuk dalaman wanita
- Buang angin
- Badan ringan
Mungkin ada yang risau mengenai bau bawang, tapi menurut beliau, bau bawang akan hilang setelah dicampur dengan bahan-bahan lain. Tips ini juga boleh diamalkan untuk ibu yang breastfeeding. Apabila minum, badan akan terasa lebih ringan dan kemungkinan mereka yang mencubanya akan jadi ketagihan.
Ok tu ... kepada semua rakan pengunjung dan pembaca, anda bolehlah mencuba tips dan petua yang telah diberikan ini ye ... ini petua tradisional, in Sha Allah akan beri kesan yang baik .. nak body cantik, lentik, menawan luar dalam .. bolehlah amalkan.
Sumber: Body Cantik Luar Dalam Dengan 3 Bahan Semulajadi
best juga petua nie... saya pernah cuba tetapi terlupa buang biji lemon tu... Pahitnya tak tahu nak katalah..
ReplyDeletePerghhh .... memanglah ... kalau minum teh o ais limau .. tak buang pun gitu, sama gak fresh orange
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.