Ok. Saya tidak mahu buat anda menambah marah. Tetapi, saya tulis post berikut adalah untuk tunjuk cara dan berikan panduan untuk anda tanggani masalah kelajuan internet anda yang semput secara tiba-tiba, walhal anda dah bayar nilai yang sepatutnya.
Apa yang akan saya tulis ini adalah khusus untuk pengguna dan pelanggan TM Streamyx. Ia adalah bersandarkan kepada seminggu pengalaman saya berurusan dengan pihak Customer Service TM untuk masalah kelajuan (speed) internet Streamyx saya yang sebelum ini berkelajuan 4Mbps tetapi jatuh menjadi 1Mbps. Akibatnya beberapa tugasan kerja secara online yang perlu disiapkan tertangguh, dan saya terpaksa tanggung kerugian.
Apa Perlu Anda Buat Sebelum Dail 100 Untuk Selesaikan Masalah Speed Streamyx
Orait, ramai orang beritahu saya, apabila berlaku masalah dengan TM Streamyx, apa yang perlu saya lakukan ialah dengan mendail 100. Tetapi, dalam kes saya .. saya tak gunakan kaedah itu, malah sebelum saya membuat aduan kepada pihak TM, saya terlebih dahulu buat troubleshooting sendiri .. supaya dapat menyelesaikannya dengan kadar segera tanpa menunggu bantuan dari pihak TM.Mengapa? Sebab kadangkala masalah itu sangat simple dan boleh ditanggani sendiri. Agak membazir masa dan tenaga, andai kita buat aduan dan laporan, walhal masalah yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan sendiri. Kita mesti berdikari, dan jadikan diri ini lebih berilmu dan berpengetahuan ... kerana silap haribulan, anda boleh menjadi mangsa kepada penipuan ... huhu...
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil sebelum anda buat aduan mengenai masalah kelajuan internet Streamyx anda.
Pemeriksaan Fizikal
- Reset modem router anda dengan tekan butang on/off di belakang modem atau padam suis power modem. Lihat pada lampu pada modem anda, adakah semuanya berfungsi dengan baik, dan seperti sepatutnya?
- Sambungkan telefon pada adapter wayar telefon. Dengar samada ada bunyi bising. Jika perlu dail apa-apa nombor dan mula bercakap. Jika ada kedengaran bunyi bising di kedua-dua pihak, ini bermakna ada masalah pada talian anda.
- Periksa kabel pada modem router anda, termasuk kabel di PC anda jika anda membuat sambungan terus dari PC ke modem router. Cabut dan sambungkan semula.
- Periksa sambungan talian telefon anda. Jika perlu, anda buat sambungan terus kabel dari adapter telefon terus ke modem.
- Periksa kad network di belakang PC anda, adakah sambungannya berkelip? Jika ya, maknanya ok. Jika tidak, ada masalah pada perkakasan.
- Periksa wayar kabel yang disambungkan ke kediaman anda. Adakah ia terputus? Adakah kotak hitam yang disambungkan berada di dalam keadaan baik?
Jika anda dah periksa, dan semuanya nampak ok, sila buat pemeriksaan kelajuan internet anda. Anda boleh buat pemeriksaan kelajuan dengan pergi ke laman web berikut - TM Speed Test
Atau baca artikel yang telah saya tuliskan untuk panduan ini - 4Cara Mudah Untuk Uji Kelajuan Internet
Pemeriksaan Software
Kadang kita lihat speed internet kita ok, tetapi setiap kali kita nak buka laman web tertentu, ia agak lambat dan ambil masa lama. Jadi, anda mungkin perlu untuk update pelayar internet anda.Untuk pengguna Windows yang menggunakan perisian Internet Explorer atau yang terbaru Microsoft Edge, anda boleh pergi ke bahagian Setting dan buat update dari situ, cara paling mudah ialah dengan klik butang berbentuk kanta, dan taip 'Windows Update'. Anda boleh lihat seperti dipaparkan di atas.
Jika anda ada menggunakan perisian seperti Crome atau Firefox, pergi ke bahagian help, dan klik About - Ia amnya terletak di bahagian atas bucu. Klik dan cari Help/Info/About. Ia akan semak dan update sendiri, seperti tertera pada gambar di atas. Jika tak berapa nak faham, boleh baca ni - Cara Update Firefox Versi Terkini
Anda juga boleh semak samada ada perisian lain yang sedang beroperasi dengan capaian internet yang tidak anda sedar dengan tekan Ctrl-Alt-Delete dan lihat samada adan perisian yang pelik-pelik yang tidak pernah anda install sedang beroperasi contoh perisian yang tertulis dalam bahasa Cina, atau bahasa German atau India atau Russia.
Semua tatacara di atas, anda boleh cuba dahulu sebelum anda membuat aduan ke talian TM 100 yang anda boleh dail terus daripada talian di rumah. Jika anda telefon guna telefon bimbit, anda mungkin dikenakan caj yang boleh buatkan anda marah di akhir nanti. Jadi, gunakan telefon yang telah disediakan.
Jika tak ada telefon, anda boleh buat aduan menerusi TM Centre atau gunakan MyTM dan bersembang dengan bahagian teknikal TM untuk masalah Streamyx.
[Baca] Luahan Speed Streamyx Mengecewakan Walau Bayar Rm150 SebulanSebutkan apa yang telah anda buat, dan nyatakan masalah anda.
In Sha Allah, nanti saya akan ceritakan pengalaman saya bagaimana masalah speed Streamyx saya diselesaikan tidak sampai 24 jam selepas aduan di Twitter, malah saya terima bonus, kelajuan Streamyx jadi luar biasa dari sepatutnya.
Perkongsian berguna. Terima kasih bro HH buat panduan macam ni. Nanti boleh guna.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.