Speed Streamyx Mengecewakan Walau Setiap Bulan Bayar RM150. Saya tulis kerana rasa kecewa. Sudah hampir seminggu kelajuan Streamyx di rumah saya berada di bawah 1Mbps, walhal saya membayar setiap bulan sebanyak RM150 untuk pakej Streamyx 4Mbps. Walaupun aduan telah dilakukan, dan bahagian teknikal telah hadir ke premis kediaman saya, namun masalah masih kekal sama.

Untuk info, saya melanggan pakej Streamyx 4Mbps sudah lebih 2 tahun, yang sebelum ini ditawarkan kepada saya dalam bentuk bundle dari pakej asal saya iaitu Streamyx 2Mbps. Semasa naik taraf pakej, tiada apa-apa peralatan fizikal samada modem/router Wifi mahupun telefon diberikan. Dalam tempoh sehari sahaja, saya sudah dapat menikmati pakej baru yang telah ditawarkan... memang pantas, dan automatik.

Speed Streamyx Mengecewakan Walau Setiap Bulan Bayar RM150 Untuk Pakej 4Mbps

Setelah merasai kelajuan 4Mbps yang memang sesuai dengan kerja saya sebagai blogger dan house husband sepenuh masa, saya fikir ... saya mungkin tidak akan berubah ke mana-mana pakej lain walaupun hakikatnya ialah .. ada tawaran dari pengendali lain yang lebih berbaloi dengan nilai yang saya bayar setiap bulan. Fikir ... bayar RM150 setiap bulan untuk kelajuan internet 4Mbps .. walhal ada pengendali lain yang berikan kelajuan 10Mbps untuk harga yang sama. Tetapi sebab saya ni jenis setia, saya dok guna juga .... walaupun kadang-kala geram dirasa teramat sangat.
[Baca] 4 Cara Mudah Untuk Lakukan Ujian Kelajuan Internet
Di bawah ini adalah screen shot kelajuan yang dicatat oleh Streamyx 4Mbps pada 21hb September 2016. Anda boleh uji kelajuan capai internet anda di sini - Test Speed Internet Anda
Speed Streamyx Mengecewakan Walau Setiap Bulan Bayar RM150
Speed Streamyx Mengecewakan Walau Setiap Bulan Bayar RM150
Tapi itulah .. bila diingatkan saya perlu bayar dengan harga tersebut on-time ... ditambah dengan masalah speed down yang datang berkali-kali, saya jadi hilang sabar. Sebelum ini, saya  tak lakukan aduan untuk masalah-masalah sama sebelum ini. Namun, apabila ia memakan diri saya dan jejaskan satu-satunya sumber pendapatan .. maka, saya fikir sudah tiba masanya dibuat sesuatu.

Gunakan Hak Sebagai Pengguna Bijak

Jadi, apabila berlaku sekali lagi... saya gunakan hak saya sebagai seorang pengguna.

Masalah bermula pada 17 hb September 2016, apabila saya tergerak hati nak lihat Streamyx speed. Saya rasa hairan kenapa beberapa laman web sebelum ini agak lancar di paparan Crome, Firefox dan Edge ambil masa lama (lebih daripada 30 saat) untuk loading, termasuklah blog saya sendiri.

Terkejut saya apabila mendapati bahawa pakej Streamyx 4Mbps yang telah lama saya langgan memberikan kelajuan di bawah 1Mbps. Mana hilangnya lagi 3Mbps??

Saya pun tukar password Wifi dan buat setting semula di router TP-Link TD-W8961N. Namun, hasilnya masih sama.
[Baca] Cara Pantas Setting Modem Router TP-Link
Kemudian, saya tukar password akses akaun Streamyx saya di MyTM... juga tiada apa-apa perubahan dari segi kelajuan internet. Ia masih lagi di bawah 1Mbps.
[Baca] Cara Tukar Password Streamyx dan Wifi
Nak tak nak, saya pun buat aduan melalui beberapa saluran yang disediakan oleh Telekom Malaysia. Saya telah gunakan kesempatan daripada kelajuan Streamyx yang mengecewakan ini untuk akses akaun Telekom saya menerusi MyTM. Dari situ, saya berhubung dengan bahagian teknikal Customer Service menerusi Ask TM (Live Chat).

Menerusi Live Chat, saya diberikan beberapa arahan untuk periksa kelajuan Streamyx. Saya dikehendaki memberikan nama pemilik akaun, nombor akaun dan juga nombor kad pengenalan untuk dilakukan semakan pada akaun Streamyx. Selepas dilakukan penelitian am, didapati tiada masalah dari segi gangguan teknikal.
Guna Bantuan Ask TM
Kemudian, saya diberitahu oleh Customer Service di Live Chat bahawa mereka akan reset port akses Streamyx saya bagi kembalikan kelajuan asal. Saya diminta untuk restart semula modem router.

Daripada pengalaman rakan-rakan saya yang lain, yang ada masalah speed Streamyx ini; selalunya apabila port akses telah direset, masalah akan selesai serta merta... tetapi .. apa yang saya harapkan tidak jadi kenyataan. Kelajuan internet masih lagi di bawah 1Mbps, malah ada ketika ia mencatat bacaan 0.05Mbps .... memang mengecewakan betul.

Mana Hilangnya Kelajuan Streamyx 4Mbps?

Mana hilangnya speed Streamyx saya? Saya usaha bayar awal RM150 setiap bulan untuk puaskan hati pihak TM, tetapi ,,,, uhhh .. greeeemmmm weih.

Disebabkan penyelesaian menerusi Live Chat tidak berikan hasil yang diharapkan, saya terus ke TM Center untuk buat aduan. Aduan no rujukan 1-15512XXXXXX dicatat dan saya simpan. Aduan tersebut dibuat di TM Center Parit Buntar jam lebih kurang pukul 12:30 petang 21 September 2016 - selepas saya ambil anak saya Maira pulang dari Tadika.

Saya diberitahu bahawa technician akan datang ke rumah pada petang itu juga, atau paling lewat pada keesokan paginya.

Tak Update Blog Sebab Kecewa Speed Streamyx

Jadi, sementara menunggu, tiada apa yang saya dapat lakukan. Blog memang tak update, dan saya terpaksa balas beberapa email client yang masuk menerusi telefon saya. Kalau anda lihat, saya nak akses perbankan internet pun tak boleh .. (gambar di bawah). Walhal, saya baru je install browser yang baru selepas saya update PC dengan Windows 10.
Sukar nak buat urusan perbankan
Technician TM datang pada pagi 22 September 2016. Pemeriksaan dilakukan ke atas peralatan saya, dan juga talian Telekom... hasilnya - tiada masalah berkaitan dengan peralatan atau fizikal di kediaman saya. Kata technician tersebut, masalah mungkin berpunca dari luar - fizikal.

Jadi, seharian lagi saya terpaksa melangut tanpa buat apa-apa. Beberapa email yang masuk terpaksa saya jawab menggunakan mobile data Digi yang hanya ada kuota 1GB sahaja menerusi telefon. Mesej-mesej dari Facebook juga saya jawab dari situ.

Selain saya mengadu menerusi Live Chat TM, dan juga buat aduan di TM Center, saya juga berhubung dengan Customer Service TM menerusi Twitter. Fuh .. berbalas balas mesej Twitter saya dengan pihak mereka. Jalan penyelesaian tetap sama diberikan.... tetapi hasilnya masih menghampakan saya. Setiap kali mereka kata ini dan itu... saya berharapkan masalah kelajuan Streamyx akan selesai .... tapi tidak.

Luah Kecewa Selepas Buat Aduan

Hari ini (post ini ditulis) 23hb, saya menggunakan broadband YES YTL (guna dongle) yang saya dapat percuma semasa pembelian laptop isteri saya beberapa tahun lepas. Terpaksalah saya tambah nilai akaun YES untuk bolehkan saya luahkan kisah dan pengalaman saya ini dengan anda. Uhh bayar lagi untuk internet ... hmmm makin kaya rayalah syarikat pengendali internet di Malaysia - tapi servis macam berada kat Kutub Utara .. walhal ada Cyberjaya, ada MSC, BestariNet di Malaysia.

Saya betul-betul hampa dan kecewa. Masalah tak selesai .. dan saya perlu harunginya sejak dari 17 September 2016 - ini yang saya laporkan ... yang dulu-dulu tu .. walaupun ada - saya hanya buat-buat tak tahu sahaja .. termasuklah semasa kes kabel bawah laut yang rosak hari tu - katanya boleh claim rebate untuk mereka yang terjejas.

Saya harap sebelum berakhirnya minggu ini iaitu 25hb September, masalah speed Streamyx dari 4Mbps menjadi bawah 1Mbps ini dapat diselesaikan oleh pihak TM seberapa segera.

Jika tidak, terpaksalah saya menulis satu lagi artikel kekecewaan saya ... mungkin kali ini dengan bahasa yang mungkin kurang menyenangkan untuk dibaca. Kesabaran saya ada batasnya. Ramai sebenarnya pengguna TM Streamyx mahupun Unifi yang dah banyak kali kecewa .. tapi mereka tak ada platform (blog) untuk tulis sepanjang lebih 300 patah perkataan. Yang boleh mereka luahkan adalah di FB yang mungkin tak ramai perasan pun.

Harapan Saya

Saya harap pihak TM ambil langkah-langkah perlu untuk pastikan hati pelanggan-pelanggan dijaga. Pihak anda caj kami sehingga RM150 - RM300 untuk servis yang sepatutnya bertaraf dunia tetapi apa yang kami dapat adalah kelajuan internet yang boleh dikatakan berada di takuk lama.

Kepada anda yang nak tahu, di mana kedudukan Malaysia di dunia apabila dibandingkan dengan negara lain untuk kelajuan internet, boleh refer laporan ini (dikeluarkan oleh Akamai untuk suku ketiga 2015) - State of the Internet (Q3 2015)

Jadual Kelajuan Internet Di Beberapa Negara Lain

Dan secara amnya, saya senaraikan di bawah ini:

Country/Territory Avg. connection speed (Mb/s) Avg. Peak Connection Speed (Mb/s) Above 4 Mbit/s Above 10 Mbit/s Above 15 Mbit/s
 South Korea 20.5 86.6 96% 68% 45%
 Sweden 17.4 69 92% 55% 38%
 Norway 16.4 55.9 88% 54% 37%
  Switzerland 16.2 62.6 93% 61% 36%
 Hong Kong 15.8 101.1 92% 59% 36%
 Netherlands 15.6 63.5 95% 60% 34%
 Japan 15 78.4 90% 54% 32%
 Finland 14.8 57.4 91% 51% 28%
 Czech Republic 14.5 50.9 86% 46% 27%
 Denmark 14 50.1 94% 51% 29%
 Romania 13.1 72.9 94% 57% 27%
 United Kingdom 13 54.2 87% 46% 28%
 Belgium 12.8 59.3 91% 52% 26%
 United States 12.6 57.3 80% 46% 24%
 Singapore 12.5 135.4 87% 51% 27%
 Ireland 12.4 52 76% 41% 23%
 Canada 11.9 52.4 87% 43% 21%
 Germany 11.5 49.2 87% 37% 19%
 Austria 11.4 44 90% 33% 17%
 Israel 11.2 70 94% 36% 14%
 Slovakia 11.2 49 85% 28% 17%
 Hungary 10.7 53.9 90% 36% 18%
 Poland 10.6 45.6 88% 34% 17%
 Portugal 10.6 47.9 85% 37% 19%
 Spain 10.4 53.5 85% 34% 17%
 Russia 10.2 57.9 87% 38% 15%
 Taiwan 10.1 77.9 88% 29% 13%
 New Zealand 8.7 42 87% 22% 8.20%
 Thailand 8.2 58.3 93% 18% 5.80%
 France 8.2 38.9 74% 21% 8.70%
 Australia 7.8 41.9 72% 18% 7.40%
 Indonesia 7.45 31 17% 0.90% 0.40%
 United Arab Emirates 6.8 45.8 85% 10% 2.30%
 Italy 6.5 30.1 71% 9.20% 3.40%
 Turkey 6.2 38.5 77% 7.60% 2.90%
 Uruguay 5.9 60.2 68% 7.70% 1.60%
 Chile 5.7 42 62% 7.10% 1.60%
 Mexico 5.5 27.3 64% 6.40% 1.70%
 Sri Lanka 5.1 33.5 76% 2.20% 0.60%
 Malaysia 4.9 38.3 52% 4.00% 0.90%
 Peru 4.4 30.4 46% 2.90% 0.60%
 Argentina 4.2 26.9 39% 3.10% 0.50%
 Colombia 4.2 28.1 48% 1.70% 0.40%
 Ecuador 4.1 25.5 36% 2.50% 0.60%
 China 3.7 23.1 33% 1.60% 0.30%
 South Africa 3.7 18.9 22% 2.90% 1.70%
 Brazil 3.6 29 32% 2.20% 0.60%
 Panama 3.5 16.9 33% 1.50% 0.40%
 Vietnam 3.4 25.5 31% 0.60% 0.10%
 Costa Rica 3.2 16.4 20% 1.10% 0.50%
 Philippines 2.8 25.3 10% 0.90% 0.30%
 India 2.5 18.7 14% 2.30% 0.80%
 Bolivia 1.8 13.9 2.80% 0.20% 0.10%
 Paraguay 1.5 13.4 2.10% 0.10% 0.10%
 Venezuela 1.5 11.8 2.10% 0.20% 0.10%

Saya akan update dalam entri lain apakah penyelesaian kepada masalah saya ini. Moga anda peroleh sesuatu dari artikel yang saya tulis ini, in Sha Allah.


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kenapa begini jadinya. saya dah lama tutup akaun streamyx tm... sebab kecewa jugalah. Tetapi saya tidaklah tahu macam mana nak semak kelajuan .

    ReplyDelete
  2. Betul tu... kita perlu jadi pengguna yang bijak gunakan saluran yang ada dengan baik.

    ReplyDelete
  3. emm mmg gram la dgn streamy ni..jie pun kena skali..ada ke aku buat aduan tapi nampaknya hampa..masalah sama jer..

    ReplyDelete
  4. Nasib anda dan saya serupa
    Saya ambik streamyx 8Mb hanya dalam masa 8 Bulan ja speed cantik
    lepas tu mula macam siput ... speed test bawah 2Mb .. kita buat report dengan pihak TM tapi result tetap sama .. mungkin ni last saya guna streamyx ni pas tu bye bye streamyx, guna data fon lagi laju 3Mb boleh dapat ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement