Tak sangka ada juga pihak yang ingin tahu tips saya yang mempunyai anak untuk UPSR 2016. Hmm .. terima kasih pada wartawan Sinar Harian yang selama ini mengikut penulisan dan artikel saya dalam seleksi Tips dan Panduan serta kisah House Husband di blog saya.

Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh wartawan Sinar Harian untuk berkongsi pendapat serta sedikit tip pantas untuk anak-anak hadapi peperiksaan besar, dan dalam kes saya ... UPSR 2016. Soalan lebih tertumpu mengenai perspektif seorang bapa. Apa perasaan saya apabila anak sulong saya bakal menghadapi peperiksaan UPSR bermula 5 September 2016 ini, dan apa persediaan yang saya buat untuk anak saya untuk hadapi peperiksaan awam besar pertama.

Mulanya, wartawan Sinar Harian tersebut contact saya menerusi Facebook, dan kemudian dilanjutkan menerusi perbualan telefon. Hmm agak lama juga temubual yang dibuat menerusi telefon ... hampir 20 minit gitu.

Tips UPSR 2016 - Terima Kasih Sinar Harian

Soalan satu je .. tapi sayalah yang meleret-leret memberikan jawapan. Haha .. mana taknya, saya sangat excited nak kongsi apa yang saya buat serta apa yang saya tahu ... lagipun hasilnya telah ada. Alhamdulillah, pendekatan yang saya serta isteri lakukan telah menjadikan anak sulong saya antara murid terbaik di sekolah, dan berjaya mendapat tempat pertama beberapa kali sejak dari tahun pertama.
Tips UPSR 2016 - Terima Kasih Sinar Harian
Dan sekarang, anak sulong saya antara harapan sekolah untuk mendapat 6A dalam UPSR 2016.

Saya tidaklah berdebar mengetahui hakikat anak saya akan berhadapan dengan peperiksaan UPSR, peperiksaan awam besar pertama di dalam hidupnya. Tetapi, saya lebih kepada risau andai apa yang diharapkan oleh guru-guru dan sekolahnya tidak dapat ditunaikan.
[Baca] 26 Tips serta Petua Untuk Anak Lulus Cemerlang UPSR 6A
Apabila orang lain meletakkan harapan tinggi pada anak saya, memang risaulah .. nak-nak lagi apabila saya hari-hari tengok apa yang dilakukan oleh anak saya untuk hadapi peperiksaan ini. Uhh rileks je ... macam konfiden .. tapi bila ditanya .. anak saya kerap kata .. "tidak tahu".. sambil layan YouTube - Minecraft.

Saya bukanlah seseorang yang suka mendesak, apatah lagi bila tahu kesan dan akibat apabila terlalu mendesak ni. Lihat sahaja beberapa kes baru-baru ini dalam akhbar tempatan, ada anak-anak yang tension untuk hadapi peperiksaan. Mereka tertekan, mereka rasa terbeban ... akibatnya ... hmm rugi pelajar, rugi ibu bapa, rugi sekolah.

6 Tips Mudah Dari Seorang House Husband Untuk Anak Hadapi UPSR

Dalam Sinar Harian, saya kongsikan beberapa tips mudah anak saya hadapi UPSR 2016...
  1. Ibu bapa dan sekolah kena proaktif untuk pastikan anak-anak bersedia
  2. Kurangkan stress atau tekanan kepada anak
  3. Beri peluang untuk anak lakukan sesuatu yang dia suka
  4. Gunakan teknologi untuk buat persediaan
  5. Gunakan masa terluang untuk bincang mengenai persediaan peperiksaan
  6. Tidak tekankan soal hasil akhir, tetapi lebih kepada usaha ... 
Pun begitu, dalam usaha mesti ada soal berserah pada Tuhan. Jadi, penekanan dari segi kerohanian juga perlu. Bukan setakat usaha dari anak, tetapi juga dari ibu bapa sendiri, seperti yang telah saya tulis di post berikut - Tips Untuk Ibubapa Yang Ada Anak Hadapi UPSR

Banyakkan berdoa. Dan bolehlah praktikkan doa dalam post berikut - Doa Untuk Anak Hadapi Peperiksaan UPSR

Selamat menghadapi peperiksaan UPSR untuk semua anak-anak. Dan moga semuanya berjaya dengan keputusan yang menggembirakan. Amin.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement