Anak-anak saya masing-masing dah besar. Pejam pejam celik saya lihat anak-anak saya membesar di depan mata saya. Ia satu pengalaman sangat bermakna untuk diri saya sebagai seorang ayah. Baik buruk kelakuan anak, ia tanggungjawab saya dan isteri. Pastilah saya akan ingat akan pesanan ini anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Jika salah corakan, ia memberi kesan kepada kehidupannya apabila dewasa nanti.
Tips Didik Anak Menjadi Anak Yang Soleh dan Solehah
Jadi, saya perlu didik sebaik mungkin mengikut ilmu dan pengetahuan yang saya ada. Perkara paling penting dalam didikan anak-anak ialah soal agama. Agama menjaga tingkah laku dan adab seorang anak. Anak-anak perlu dididik agar sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika anak-anak mengerti erti kasih sayang dan tanggungjawab terhadap orang tua; pasti kerja mendidik itu mudah.Anak-anak itu anugerah, dan doa mereka terhadap ibu bapa adalah doa yang terbaik. Semua ibu bapa mahukan anak yang soleh dan solehah.
Ajar 6 Perkara Ini Jika Mahu Anak Soleh
Jika anda mahu anak-anak yang soleh dan solehah, bolehlah ikuti panduan di bawah ini. Ada enam perkara utama yang perlu diajar kepada anak-anak. Enam perkara ini akan mendidik anak-anak agar menghormati orang tua, terutama ibu bapa. In Sha Allah.1. Rujukan al-Quran
Sikap yang baik adalah tuntutan agama. Luangkan masa untuk bercerita tentang perintah Allah S.W.T supaya menghormati ibu bapa seperti diceritakan di dalam al-Quran. Terdapat juga kisah-kisah pengajaran di dalam sirah sebagai panduan anak-anak.2. Teladan
Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sebagai ibu bapa, anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah S.W.T.3. Membantu Ibu Bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.4. Tunjukkan Kasih sayang
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak iaitu suka dirinya dihargai dan dibelai. Tunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif si anak. Kesannya, anak tahu dirinya disayangi dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.5. Ajar Sikap Pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan sering mengeluarkan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya akan membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap dirinya. Hal ini kerana, anda sedang mengajarnya suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.6. Ajar Anak Bersopan
Sopan santun adalah suatu tindakan yang amat mulia. Anak perlu didedahkan dengan sikap ini. Anak yang dibiasakan sejak kecil untuk bersikap sopan santun akan lebih mudah bersosial. Dia akan mudah memahami peraturan yang ada dalam masyarakat. Malah lebih mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan baru, selalu menghargai orang lain, penuh percaya diri dan memiliki kehidupan sosial yang baik.Seburuk-buruk seorang anak ialah anak yang menderhaka kepada kedua ibu bapa. Tidak akan bau syurga anak-anak yang derhaka ini. Sebagai ibu bapa tentulah kita mahu elak diri mereka menjadi anak sebegini.
Doalah sentiasa agar anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Ingatkan mereka tentang agama dan perintah Allah S.W.T. Dan tunjukkan teladan terbaik kepada mereka, jika mahu mereka jadi anak yang terbaik, maka jadilah ibu bapa yang terbaik.
Semoga bermanfaat.
Rujukan: Majalah Pa&Ma
Subanahallah terima kasih entri hebat ni ya HH
ReplyDeleteKena doa kat anak selalu.
ReplyDeleteIbu bapa adalah contoh terbaik buat anak-anak semasa membesar.
ReplyDeleteSatu lagi. Jom ajak dia solat jemaah Heee.. http://shehanzstudio.com/2016/10/daripada-suruh-lebih-baik-ajak-tips-ajak-anak-solat-telekung-safiya-telekung-kanak-kanak.html/
ReplyDeletesubhanallah ..
ReplyDeleteSubhanallah...dosa gw masih banyak sama emak
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.