Dengan Sedekah Wanita Berstatus Ibu Tunggal Ini Berjaya Bina Bisnes. Hebat. Ini bukan cerita untuk anda sekadar baca, tetapi sebuah kisah realiti yang terjadi pada seorang wanita yang saya kenal menerusi laman sosial Facebook. Wanita ini pernah jatuh dalam bisnes, pernah ditipu dalam perniagaan, hutang keliling pinggang. Namun, satu hari wanita ini mula amalkan sedekah suboh setiap hari.... dan hidupnya Allah kurniakan perubahan.

Wanita yang saya maksudkan ialah Puan Rohayati Ridzuan, sekarang menjawat jawatan Presiden dalam Pertubuhan Kumpulan Wanita Malaysia (2016). Beliau juga adalah pengasas Leora Legacy dan adalah bekas guru di bawah Jabatan Agama Islam Melaka.

Dengan Sedekah Suboh, Wanita Ini Tukarkan RM3K Menjadi Sebuah Bisnes Berjaya

Dengan Sedekah Wanita Ini Bina Bisnes
Secara peribadi saya tidak kenal sangat siapa Puan Rohayati Ridzuan ini, tetapi saya telah dihubungi beliau untuk berkongsi satu kisah benar yang berlaku ke atas diri beliau lebih dua tahun dahulu (sekitar 2014/2013). Ini semua disebabkan perkongsian pengalaman saya mengenai kehebatan sedekah yang pernah saya terbitkan pada tahun 2015.

Di awal pembabitannya dalam bisnes, beliau tiada tabungan dan simpanan. Apa yang ada telahpun dilaburkan untuk bisnes. Namun, Allah S.W.T itu Maha Mengetahui, ntah macamana, bisnes yang diimpikan untuk maju, musnah dek kerana ditipu. Hutang keliling pinggang sehingga nak hadap orang pun jadi segan.
[Baca] Naikkan Bisnes Dengan Teknik Like di Facebook
Ramai yang jatuh dalam bisnes. Masing-masing ada cerita selepas kejatuhan ini. Tetapi apa yang saya nak kongsikan ialah cara Puan Rohayati bangkit - iaitu menerusi amalan sedekah suboh. Ikuti sedikit perkongsian beliau, secara peribadi kepada saya menerusi Facebook ...

Kisah Sedekah Suboh Puan Rohayati - Pengasas Leora Legacy

Kisah Pengasas Leora Legacy Berjaya Bisnes

Daripada situ ... Puan Rohayati gunakan sebaiknya untuk kumpul modal. Nak tahu apa yang dibuat beliau dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T?
"Dengan RM 3k saya mulakan melabur saham, sebab saya memang ada belajar saham...hari2 saya dapat profit margin yang cantik. Ada 1 hari tu saya dapat gaji dari saham sampai 1.5k" - Puan Rohayati
Daripada sedekah suboh, Puan Rohayati dapat RM3K daripada orang yang berhutang dengannya ... dan dari RM3K itu, beliau mengumpul modal untuk bisnes. Dan alhamdulillah, wujudlah bisnes sebenar dengan nama Leora Legacy.

Jadi Ikon Untuk Ibu Tunggal

Bisnes berkembang dengan maju, dan beliau dianggap sebagai ikon wanita dalam bisnes terutama mereka yang berstatus ibu tunggal!
Lihat bagaimana Allah S.W.T merancang ... hanya kerana hati kita terbuka untuk bersedekah dan bebaskan masalah dan kesukaran orang lain, hatta ketika diri sendiri juga masih belum selesai dengan masalah yang diuji. Ini ujian dan cabaran dalam hidup.

Sedekah Itu Adalah Cara Untuk Kita Murahkan Rezeki

Ramai dari kita .. apabila gagal dalam bisnes, gagal nak dapatkan sesuatu ... tak ingat pada Tuhan, malah amalan yang Tuhan suruh kita buat, kita buat tak tahu ... malah ada yang seolah mengejek ... dan tidak percaya akan Qada' dan Qadar Allah S.W.T.
[Baca] Cara Untuk Hidupkan Bisnes di Facebook.
Apa juga kita mahu, kita mesti cuba dengan cara yang betul seperti mana yang telah ditunjukkan dalam Al Quran dan Hadis. Saya bukanlah alim sangat dalam soal ini, tetapi apa yang ditunjukkan oleh pengasas Leora Legacy yang juga Presiden Pertubuhan Kumpulan Wanita Malaysia ini harus dijadikan panduan dan tips untuk berjaya dalam hidup.

Tak susah pun nak bersedekah ... asalkan ia mampu mengurangkan masalah dan kehibaan orang lain. Jadilah seperti Puan Rohayati. Beliau bijak kerana bersedekah suboh. Dan Allah kurniakan beliau ... sesuatu yang menjadikan kita semua kagum.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. hbat puan ni..dgn bersedekah telah menjadi usahawan berjaya..boleh dijadikan panduan utk kita..

    ReplyDelete
  2. Rezeki dari sedekah ...
    Banyak kita memberi banyak kita akan menerima.

    Alhamdulillah. Kita kena banyak bersyukur atas kurniaannya.



    P/S: Tambah pendapatan lumayan dengan UBER. Cara daftar >> http://www.uber.hebahkan.com/2016/03/bagaimanakah-cara-mendaftar-untuk.html

    ReplyDelete
  3. Sesuai dengan hadis yang mengatakan sedekah tidak akan mejadikan seseorang itu mufis, sebaliknya menambahkan lagi keberkatan.

    ReplyDelete
  4. sedekah tak kira subuh atau bila-bila memang hebat penangannya..saya selalu alami keajaiban sedekah ini..

    masa paling best sedekah ketika hidup sudah

    ReplyDelete
  5. Sedekah subuh ni letak dlm tabung dahulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika masuk dalam tabung dulu .. bolehlah dapat banyak. Tunggu sampai hujung bulan ... sedekah pada tabung masjid ke ... badan kebajikan ke. Beri makan anak-anak yatim ke.
      ..

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement